Intip

1.2K 85 39
                                    

      Dua susuk tubuh berlainan warna sut melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. 

Kedatangan Ejen Fit dan Ejen Bobby itu disambut oleh tiga lagi ejen yang sudah berada di dalam bilik itu.  Janeral Rama, seorang ejen Kombat dan seorang ejen Neuro.

"Maaf kami lambat, Janeral.  Ada hal sikit tadi" kata Ejen Bobby sambil menunduk sedikit tanda maaf.

"Tak mengapa.  Sekarang semua dah ada, kita akan mulakan taklimat misi " balas Janeral Rama.  Meja hologram di pusat bilik itu mula bercahaya memancarkan imej tiga dimensi perlabuhan Cyberaya.

"Mengikut intel terkini,  kita telah berjaya mengesan aktiviti terbaru Komeng dan kumpulannya.  Intel kita mendapati, sejak kebelakangan ini, kumpulan Komeng semakin aktif merompak dan mencuri gajet-gajet terbaru di perlabuhan." terang Janeral Rama.

"Kenapa kita tak terus tangkap dan sumbat je si Komeng ni dalam penjara?  Dah banyak kali dia buat hal! Bukannya dia ni kuat sangat pun.  Selalu kalah je dengan kita? " kata Ejen Fit hairan. 

"Komeng merupakan salah seorang penjenayah paling licik dan dikehendaki MATA. Memang betul kita selalu berjaya gagalkan kegiatan kumpulannya, tapii... kita tak pernah berjaya tangkap dia. Entah apa bomoh dia guna pun saya tak tau " balas Ganeral dengan muka serius.

" Dia guna khidmat bomoh kelapa tu kot?? Tak pun pengikut Ayah Pin, kita kejar dia naik ke langit. Tu yang tak dapat tangkap tu~ " seloroh Ejen Bobby.

Semua be like.... krikk krikk...

Ejen Fit buat muka 'wtf broo??!' , manakala dua lgi , ejen kombat dan neuro tu berpaling ke belakang tahan ketawa. Ganeral dah menjegil mata macam nak telan.

"Oh, tak lawak eh? Ok sori sori sila sambung" Ejen Bobby tersengih macam kerang wangi.

'' Seperti apa yang saya katakan tadi, misi kamu berempat kali ini adalah untuk melindungi gajet dan menumpaskan kegiatan terbaharu Komeng. Malam ini, kapal kontena Cyberaya akan datang membawa gajet-gajet terbaharu untuk Cyberaya. Pastinya Komeng tak akan melepaskan peluang ini seperti itu sahaja.'' jelas Ganeral Rama.

''Pastikan kamu semua melindungi gajet-gajet itu. Kalau semua sudah faham... BERTINDAK SEGERA!! ''

.

.

.

.

.

.

Seperti yang diarahkan, Ejen Fit, Ejen Bobby serta dua teammates nya turun ke perlabuhan Cyberaya.

Aih..Kesian dua orang tu tak ada nama. Mai kita bagi nama eh? Ejen Neuro bernama Ejen  Amir manakala Ejen Kombat pula bernama Ejen Qowiy. Jangan pertikaikan nama mereka ya? Penat mak bapak depa bagi nama sedap sedap tu tauuu~

''Okey, semua. Kita berpecah dua kumpulan untuk cari Komeng. Fit dan Bobby, korang ke Timur stesen ni. Aku dan Qowiy akan ke Barat. Laporkan pada ahli pasukan kalau nampak apa-apa. Jangan bertindak melulu, faham?'' Ejen Amir mula memberikan arahan selaku ketua dalam misi malam ini.

''Apasal setiap kali misi, mesti aku nak kene dengan kau? Aku nak juga pair dengan Fit!'' rungut Qowiy tak puas hati.

''Tak ada masalah pun nak pairkan kau dengan Fit. Tapi untuk misi ni kita perlukan otot dan otak setiap satu kumpulan. Mana boleh letak otot dengan otot satu kumpulan tanpa otak.'' jawab Ejen Bobby dengan sengihan sarkastik.

''Oh, okok.......''

1 saat

2 saat

3 saat

MISI : Boboiboy X Ejen Ali FanfictionWhere stories live. Discover now