Chapter 19

209 19 9
                                    




"MAMA buat lawak apa ni?!"

Kerutan di dahi semakin jelas kelihatan. Mataku mencerlung tajam ke arah Mama di sebelah. Tanpa dipinta, jantung aku berdetak laju. Laju dan semakin laju bagai nak tercabut.

"Mama tak bergurau Ika. Mama cakap benda betul.." Berhati-hati Mama menyusun kata. Aku dapat melihat senyum plastik di wajahnya.

Tak, aku tak percaya.

Aku menggeleng laju.

Mama tipu! Aku tahu Mama tipu.

Bawah bibir digigit perlahan menahan gugup. Sesaat aku tertawa kelat, lalu kembali sebak. Kepala tidak henti menggeleng menafikan. Tubir mataku terasa hangat.  Menahan air mata daripada tumpah.

Kenapa tiba-tiba? Kenapa..

Aku angkat kepala.

"Tapi kenapa? Macam mana Eiz boleh hilang?" Masih tak percaya.

"Eiz hilang waktu diorang tengah buat latihan survival dalam hutan. Pihak sana cakap ada kemungkinan dia jatuh ke tebing ataupun kena bawa lari dengan makhluk alam lain. Dah masuk seminggu jasad dia hilang, sayang. Tapi sekarang masih tak jumpa."

Dada aku terasa sesak bagai dihimpit. Terus saja tanganku naik memegang dada. Sakit. Pedih. Saluran pernafasanku seakan tersekat.

Aku pandang Mama semula dengan mata yang berair.

Seminggu?

Eiz dah hilang seminggu? Tapi kenapa baru sekarang diorang bagitahu?

"Ika tak percaya."

Mama senyap. Bersalah. Tidak tahu ayat yang sesuai untuk dibalas.

"Macam mana dia boleh jatuh tebing? Dia takkan saja-saja nak bahayakan diri. Ini mesti ada orang khianat dia. Mesti ada orang buat sesuatu kat dia kan?!" Aku menggoncang bahu Mama.

"Kan?!"

Mama terdiam. Tidak tahu bagaimana lagi untuk memberi penjelasan. Mama menghela nafas panjang. Lalu tertunduk dan membisu.

"Mama jawab la Ika tanya ni!" Bahu Mama digoncang. Kali ini lebih kasar.

"Mama tak tahu."

Tangisanku mula kedengaran. Kuat. Sedu-sedan yang menjadi-jadi menyebabkan aku semakin sukar untuk bernafas.

Mama mengemam bibir. Gugup. Teragak-agak untuk bersuara.

"Penyiasat kata kemungkinan besar yang.. Eiz dah tak ada."

Spontan tanganku menolak bahu Mama menjauhiku. "Mama!"

Gigi diketap kuat.

"Kenapa Mama cakap macam tu?!" Aku pandang Mama tajam, tidak puas hati.

Sensitif.

Dadaku berombak kencang. Dengar sahaja perkara yang paling aku takutkan itu, mendadak darah aku naik. Benci. Risau. Takut.

Sampai hati Mama kata macam tu?

Tak, Eiz takkan tinggalkan aku. Dia takkan hilang macam tu je. Dia dah janji nak balik jumpa aku!

Mama menelan liur. Cuba menyusun  ayat.

"Ma- mama tak bermaksud pun nak cakap macam tu.. tapi pihak polis dan penyiasat sendiri yang kata. Itu hanya kemungkinan je sayang." Gelabah. Mama mengusap-ngusap lengan aku.

"Tak! Eiz ada lah! Eiz ada! Eiz masih hidup! Ika tahu dia masih hidup." Aku tepis tangan Mama.

"Eiz masih selamat. Eiz pandai bawa diri. Ika tahu dia baik-baik je. Dia cuma sesat! Dia tak dapat cari jalan balik."

Still With YouWo Geschichten leben. Entdecke jetzt