Chapter 45

77 21 6
                                    

CUACA hari ini agak panas dari biasa. Aku duduk termenung melihat air sungai yang mengalir sambil mengipas diri menggunakan tangan.

Aku mengeluh perlahan.

Haih, bila agaknya kami akan dapat balik?

Aku tak boleh berlama-lama lagi di sini. Hutan ni sangat bahaya untuk aku, malah Aril juga. Walaupun kami masih lagi tidak bertembung dengan mana-mana haiwan buas, namun siapa tahu apa yang akan terjadi nanti kan?

Cukuplah aku nampak ular lalu tepi aku hari tu. Dia lalu saja pun dah buat aku serik.

Seketika, aku menoleh melihat Aril yang sedang tidur di bawah pokok. Lena betul nampaknya. Bibirku menarik senyum.

Kesian dia, letih. Tadi pun dia ada beritahu aku yang dia dah mula sakit kepala. Jadi aku biarkan sahaja dia berehat.

Aku bangun lalu mula menapak menghampiri Aril yang sedang tidur membelakangi aku itu.

Kenapa aku pergi dekat dia?

Saja.

Aku duduk bertinggung di hadapan mukanya. Sekali lagi, aku tersenyum lebar. Suka melihat wajahnya yang polos dan nyenyak dibuai mimpi. Comel!

Sedang ralit aku mengusyanya, tiba-tiba Aril bergerak-gerak membetulkan posisi badan. Lantas, aku pun senyap-senyap melarikan diri dan duduk menjauhinya. Kalau kantoi ni, habis aku.

Hm, tiba-tiba pula batu dekat atas tanah ni menarik. Aku pun apa lagi, pura-pura buat benda lain seperti tiada apa yang berlaku.

Aku dapat lihat sekilas Aril yang tiba-tiba berkerut dan mengaduh sakit. Mulutnya ditutup dengan telapak tangan.

Sebelah keningku terjongket.

Is he okay?

Tak lama selepas itu, terus dia bangun dan bergegas ke tepi sungai lalu muntah di situ.

"Ya Allah, Aril." Terkejut.

Aku segera menuju ke arahnya.

"Kenapa ni?"

Aril masih lagi memuntahkan segala isi di dalam perut, sampai terbatuk-batuk. Belakang badannya aku tepuk dan usap perlahan, cuba untuk membantu.

Setelah beberapa minit, Aril akhirnya kembali okay. Tepi bibirnya dilap dengan belakang tapak tangan. Aku lihat dadanya turun naik, mengawal pernafasan.

"Awak okay tak ni? Sakit kepala lagi?" Soalku risau.

Aril hanya menggeleng. Jelas terpampang kepenatan di wajahnya. Tangannya naik mengurut tekak, loya.

"Jom, kita duduk bawah pokok. Awak tak boleh terdedah dengan cahaya." Ujarku. Aril lantas mengangguk dan kembali berdiri.

Baru dua tapak Aril melangkah, tubuhnya mula terhuyung-hayang sebelum kembali rebah ke tanah.

"Aril!"

Aku melutut mendapatkan Aril. Aril terbaring sambil mencengkam kepala. Giginya diketap kuat. Berkali-kali perkataan 'sakit' keluar daripada mulut.

Ya Allah, apa aku nak buat ni?

"Aril, bangun. Awak kena duduk tempat teduh ni." Dengan segala kudrat yang ada, aku menarik Aril bangun dan memapahnya ke bawah pokok.

Aril yang langsung tak bertenaga itu hanya menurut. Tubuhnya benar-benar lembik, aku yang angkat dia ni pun hampir-hampir saja nak terbalik.

Kemudian, aku sandarkan dia pada batang pokok dan menyuruhnya untuk baring.

"Aril, tahan kejap. Saya ambilkan air."

Aku segera bergegas ke tengah sungai untuk mengambil air. Namun tiba-tiba langkahku terhenti, teringatkan sesuatu. Kalau aku cedok air guna tangan je, aku kena ulang-aliklah pula.

Still With YouWhere stories live. Discover now