Chapter 23

144 15 13
                                    

"BANYAKNYA!" Membulat mata Mama melihat bekal makanan di atas meja. Satu-persatu tupperware aku buka.

"Umi yang suruh Ika bawa balik. Mama macamlah tak kenal Umi tu.."

Mama menggeleng perlahan. Tahu sangat dah.

"Ika dah nak lari dah tadi, dia tarik juga tangan Ika pergi dapur, tapau semua makanan ni."

Mama menarik senyum kecil. Syukur, rezeki hari ini. Tak payah susah-susah dah nak masak untuk makan malam.

"By the way, Umi kirim salam."

"Waalaikumsalam." Mama menggumam perlahan. Mata masih tak lepas dari memandang makanan yang tersusun di atas meja.

Ada bihun soto, tauhu bergedil, brownies dan cookies yang dibuat oleh Izzah.

Aku memanaskan kuah untuk makan malam sebentar lagi. Makanan-makanan  yang lain juga turut dihidang. Setelah itu, aku memanggil Papa untuk turun makan.




+++++++

"Kerja Ika kat sekolah macam mana? Okay?" Papa mengangkat wajah. Secawan nescafe panas dihirup perlahan.

Ahh, sedapnya nescafe!

"Okay je Pa.. Cuma adalah kadang-kadang tu geram sebab student tak siap kerja sekolah." Balasku lalu kembali menyuap bihun ke dalam mulut.

"Biasalah tu. Dah nama pun cikgu. Kena sabar sikit melayan anak murid. Ika pun dulu lebih kurang je. Lagi nakal adalah." 

"Sampai Mama Papa pun pening." Mama menambah. Kami bertiga tertawa kecil.

Ergh, suka hati je throwback zaman aku tak matang tu. Memalukan tahu tak.

"Tak apa, nakal baru cikgu ingat." Ujarku selamba. Cover diri sendiri.

Aku mengelap sedikit sisa kuah yang melekat di tepi bibir. Kemudian, air sejuk di dalam jag dicapai dan dituang ke dalam gelas.

"Ika,"

"Hm?" Aku memandang ke arah Mama.

"Ika berkawan tak dengan cikgu-cikgu kat sekolah tu?"

"Kawan je. Kenapa?"

"Diorang okay tak? Baik-baik ke semua? Ke ada yang sombong?"

"Alhamdulillah, baik-baik je semua Ma. Semua layan Ika baik. Cikgu-cikgu kat situ ramah gila. Semua tegur Ika. Ada juga la sorang dua yang sombong. Tapi tak kisah sangat pun."

Bila dah masuk dunia bekerja ni, memang macam-macam jenis orang kita akan jumpa. Ada yang baik, ada yang sombong, ada yang pick me, ada yang jenis berkawan dengan orang kaya-kaya je, ada yang jenis suka berkawan dengan yang goodlooking je, ada yang masih tak kenal common sense dan pelbagai lagi.

Ingatkan bila dah besar, masing-masing dah matang.

Rupa-rupanya tak.

Semakin besar, semakin banyak kau akan jumpa orang yang pelik-pelik. Dan aku dah rasa semua itu.

"Pengetua dia macam mana pula?" Soal Mama lagi.

"Pengetua dia lagi okay! Sporting nak mampus. Ika suka gila dia tu. Dia selalu belanja kitorang yang cikgu-cikgu ni. Dengan student pun dia baik."

"Lelaki ke perempuan?"

"Lelaki. Cikgu Rosly nama dia." Jawabku.

"Kat situ ramai tak cikgu muda yang baya-baya Ika?" Mama menyoal lagi. Tangan menggapai cookies di dalam balang lalu disumbat ke dalam mulut.

Still With YouWo Geschichten leben. Entdecke jetzt