Chapter 27

115 17 9
                                    

BAGASI ditolak masuk ke dalam bilik. Beg roda tersebut diletakkan di tepi dinding.

Katil yang kini hanya di depan mata menggoyahkan kesabaran. Tanpa berlengah, sepantas kilat aku menanggalkan kasut dan terus merebahkan diri ke atas katil empuk bersaiz queen itu.

"Ahhh, leganya dapat baring!" Gumamku.

Cikgu Laila yang sedang menanggalkan kasut, tergeleng perlahan melihat aku.

"Nak baring pun bukalah tudung tu dulu Yumna." Ujar Cikgu Laila.

Aku tersenyum ringkas. "Malaslah kak. Nampak katil ni kira nak baring je. Pening kepala saya duduk atas flight tu lama sangat."

Cikgu Laila tertawa halus. Sementara itu, kakinya melangkah ke cermin.

"Kita nak keluar pukul berapa pula kejap lagi ni?" Cikgu Laila bertanya sambil mencabut pin tudungnya.

"Keluar makan malam ke?"

"Ya.."

"Cikgu Kamil kata pukul 6.00 petang kita keluar. Makan malam terus. Lepas tu, stay hotel je." Balasku senada. Kemudian, badan ku alih mengiring ke kanan. Mengeliat.

Ah sedapnya dapat mengeliat!

"Oh, okay."

"Akak nak mandi ke?" Soalku kepada Cikgu Laila. Kepala didongak sedikit agar membolehkan aku untuk melihatnya.

"Haah. Yumna tidurlah dulu. Nanti akak habis mandi, akak kejutkan."

Aku tersengih.

"Okay. Nanti akak kejutkan tau. Mandi lama-lama sikit pun tak apa." Macam tahu-tahu je aku nak suruh kejutkan tidur.

Cikgu Laila hanya tersenyum lalu mengangguk akur. Wanita itu kemudiannya berlalu ke tandas untuk
membersihkan diri.

Akhirnya, setelah 6 jam perjalanan, kami semua selamat tiba di Sandakan, Sabah pada pukul 2 tengah hari. Kemudian, kami menyewa sebuah van untuk ke hotel. Hotel pula agak jauh dari airport, jadi memakan masa selama 30 minit untuk sampai.

Sekarang dah pukul 3.30 petang dah pun.

Kepala aku pening yang teramat. Sebab lama sangat tak naik flight, macam tu lah jadinya. Nasib baik tak muntah je.

Esok, awal-awal pagi lagi kitorang perlu bertolak ke lokasi pertandingan iaitu di MRSM Muhammad Fuad Stephens. Jadi, malam ni aku nak rehat dan tidur puas-puas!

Okaylah banyak pula aku sembang.

Dah lah, nak tidur.


********

Telefon di tangan ditatap kosong. Lama aku merenung skrin yang memaparkan ruangan chat. Izzah masih lagi tidak membalas mesej aku. Pesanan-pesanan yang telah dihantar hanya menunjukkan greytick. Dah nak masuk dua minggu dia marahkan aku.

"Huh.." Keluhan terlepas jua dari bibir.

Telefon tersebut kembali dimasukkan ke dalam beg tangan.

Tak sukanya bila bergaduh macam ni. Rasa tak tenang. Tak happy. Semuanya serba tak kena. Aku tak tahu sampai bila Izzah nak dingin dengan aku.

Dia takkan putuskan hubungan kitorang sebagai adik-beradik kan? Dia akan masih anggap aku sebagai kakak dia kan?

"Cikgu Yumna,"

Panggilan daripada Cikgu Kamil mematikan lamunan aku.

"Ya?" Tertoleh aku.

"Cikgu tak nak turun beli apa-apa ke?" Soal Cikgu Kamil, membuatkan aku berkerut.

Still With YouWhere stories live. Discover now