𝐭𝐞𝐧

3.5K 276 56
                                    

- aadheen and nazneen -


DUA orang lelaki dan seorang anak kecil yang menapak ke arah membuatkan kening semua orang berkerut. Siapa pula tu?

"Nazneen Alara tak boleh kahwin." suara tegas lantang lelaki itu berkata. Terkejut semua orang yang berada dalam masjid itu. Dua orang lelaki itu membuka cermin mata hitam mereka.

"Kalau kami berdua tak ada." senyuman tidak bersalah ditayang Wan Qayyum Aiden dan Wan Daiyan Adham. Jari peace di angkat kepada Nazneen yang memandang mereka tajam.

Nazneen menghela nafas tidak puas hati, "Eh bebal! Kau dua ekor sini sekarang." laju dia bangkit dari atas tempat duduknya lalu berlari ke arah dua orang lelaki yang sedang menyorok dibelakang Qhalish Haz. Anak lelaki Qayyum.

"Memang aku tampar dua ekor tenuk ni." omel Nazneen perlahan sambil berjalan ke arah mereka berdua.

Pap!

"Aduh! Sakit lah." rungut Qayyum dan Daiyan serentak. Belakang badan mereka digosok perlahan, senyuman tidak bersalah masih terhias dibibir.

Nazneen mencekak pinggangnya, "Aku nak nikah tau setan, kau dua orang ni macam mana boleh masuk masjid." marah Nazneen sambil menekup telinga kecil Qhalish. Budak ni terlalu suci untuk dengar carutan nya.

"Lek lah, baru happening sikit akad nikah kau. Cuba hargai sikit." beritahu Daiyan sambil mencebik bibir. Malas mahu mendengar bebelan Nazneen, dia dan Qayyum menapak ke arah ramai tetamu itu. Kepala ditunduk memohon maaf.

"Let's go Qhalish." budak lelaki kecil itu dibawa Nazneen ke tempat duduknya, nafas dihela. Sabar Neen, ini semua ujian dapat sepupu bebal.

"Maaf lah semua, dua orang ni memang masalah sikit. Boleh mula balik ya tok?" ucap Nazneen lembut sambil menjeling Qayyum dan Daiyan yang duduk tidak jauh dari dirinya.

Anggukan dari tok kadi itu membuatkan Nazneen kembali tenang. Tangan kecil Qhalish di genggamnya, wajah anak kecil itu direnung seketika. Orked's little boy.

"Aadheen Arian bin Aazreeq Haiy," tok kadi itu menjabat tangan Aadheen.

"Aku nikahkan engkau dengan Nazneen Alara binti Nazeem Alhaz dengan mas kahwinnya, lima ribu ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Nazneen Alara binti Nazeem Alhaz dengan mas kahwinnya, lima ribu ringgit tunai."

"Sah!"

"Sah!"

Dengan sekali lafaz, kini Nazneen Alara binti Nazeem Alhaz dah tak single. Yes, makcik-makcik dah tak boleh tanya bila nak kahwin. Dan dengan sekali lafaz, Nazneen kini sudah sah menjadi isteri kepada Aadheen Arian.

A wife to Mr Rich.

Setitis air matanya menitik, sebak. Terasa badannya dipeluk oleh dua orang dari tepi itu membuatkan bibirnya serta merta mengukir senyuman nipis. Tubuh kecil Qhalish juga dipeluknya.

Matanya terancap ke arah Ieman yang berdiri setentang dengan dirinya, tapi jarak yang memisahkan mereka itu agak jauh. "You did it." gerakkan bibir lelaki itu membuatkan air matanya menitis lagi.

MR AND MRS RICH Where stories live. Discover now