- aadheen and nazneen -
Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur.
Nazneen berlari laju ke arah kaunter hospital besar itu. Fikirannya serabut sekarang ini, tadi sempat dia tanya ibu dekat mana Aadheen dihantar.
Katanya di hospital ini atas arahan ayah mertua nya. Terus Nazneen memecut keretanya ke sini! Jantungnya berdegup kencang dari tadi.
Nasib juga ya ketika dia memandu ke sini kereta masih tidak memenuhi jalan raya dan jalan tidak lah gelap sangat. Sekali lagi, buat Aadheen dia sanggup bawa kereta dalam gelap.
"Miss, patient names Aadheen Arian. Where is his room?" soal Nazneen dengan sedikit getaran dalam nada suaranya.
Matanya masih sedikit berkaca akibat tidak berhenti menangis sebentar tadi. Matanya juga sedikit merah.
"Let me check first ma'am," pinta petugas itu sambil memeriksa komputer nya. Lama pertugas perempuan itu senyap dan memeriksa.
"Mr Aadheen Arian are at the ICU ma'am and the ICU at level two." kata petugas itu. Nazneen hanya menghadiahkan sebuah senyuman nipis lalu berlari ke arah lif.
Dalam kepalanya sekarang hanya lah Aadheen Arian sahaja. Macam mana keadaan Aadheen? Aadheen okey atau tidak? Aadheen ada cedera atau tidak?
Rambutnya yang serabai dan pakaian nya yang tampak sangat serabut itu diabaikan. Dia tidak kisah jika orang lain fikir dirinya itu gila.
Asalkan dia dapat tengok Aadheen dengan matanya sendiri. Yang pasti dia mahu lihat suaminya itu dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Dan dia mahu peluk tubuh Aadheen seerat yang dia mampu. Dia mahu peluk tubuh suaminya itu sampai rindu yang menggunung dalam dirinya hilang.
Nazneen membetulkan cardigan miliknya sebelum merempuh masuk ke dalam unit ICU itu. Dua orang nurse datang menerpa ke arahnya.
Barangkali nurse itu fikir dia mahu ceroboh unit ini mungkin? Dengan pakaian yang serabai dan masuk macam hospital ini bapak dia punya!
"Ma'am, can we help you?" soal nurse wanita itu.
Nazneen memandang wajah nurse itu buat seketika, "Where is Mr Aadheen Arian?" senada suara Nazneen menyoal.
"Please wait for a little ma'am,"
Tolong lah nurse ni buat kerja cepat sikit. Dia nak jumpa Aadheen cepat sikit!
Nazneen sudah tidak boleh tunggu, rasa mahu pergi tolong sahaja dua orang nurse itu buat kerja.
Baru sahaja dia mahu pergi menyapa nurse itu, nurse itu terlebih dahulu mengajak nya ke suatu sudut di dalam unit ICU itu. Sempat dia memakai mask dan sarung tangan yang diberi nurse sebentar tadi.
Dirinya tersentak saat melihat tubuh Aadheen yang berselirat dengan beberapa jenis wayar, topeng oksigen juga dipakai suaminya.
Bibir digigit perlahan, mahu saja dia memeluk tubuh itu seerat yang boleh. Tetapi disebabkan keadaan Aadheen yang begitu, dia pendamkan sahaja niatnya itu.
YOU ARE READING
MR AND MRS RICH
Romance𝟎𝟕 | 𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘺 𝘴𝘦𝘳𝘪𝘦𝘴 - 𝘸𝘦 𝘧𝘭𝘪𝘳𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘪𝘭𝘭 𝘸𝘦 𝘧𝘦𝘭𝘭 𝘪𝘯 𝘭𝘰𝘷𝘦 - 𝘯𝘢𝘻𝘯𝘦𝘦𝘯 𝘢𝘭𝘢𝘳𝘢 • 𝘢𝘢𝘥𝘩𝘦𝘦𝘯 𝘢𝘳𝘪𝘢𝘯 Rich, beautiful, bad and powerful. Nazneen Alara, siapa tak kenal jutawan wanita yang berkacukan...