𝐭𝐡𝐢𝐫𝐭𝐲

2.4K 210 30
                                    

- aadheen and nazneen -


Sudah dua hari dia tidak bercakap dengan Aadheen. Aadheen asyik mengelak saat dia ingin berbincang tentang hal itu.

Memang patut lah Aadheen tak mahu bercakap dengan dirinya, kejadian haritu bukan hal kecil. Dia siap tertinggi kan suara lagi pada suaminya.

Pasti lah suaminya itu terasa hati. Dengan dirinya berkali-kali mengucap kata cerai itu, haih tu lah kau Nazneen! Sebelum buat hal fikir dulu.

Aadheen yang baru sahaja masuk ke dalam bilik itu membuatkan Nazneen mengangkat kepalanya. Seharian Aadheen berada dalam bilik kerjanya, padahal hari ni hari sabtu.

Jelas sangat yang suaminya itu tidak mahu bercakap, bersama atau buat apa-apa dengan dia. Biasanya hari cuti, suaminya itu yang akan melekat dengan dirinya.

Tapi harini, Aadheen juga tampak sibuk jadi dia tidak berniat untuk menganggu suaminya itu. Mana lah tahu, hal syarikat suaminya penting dan perlu diselesaikan dengan cepat.

Dirinya pun semalam balik lewat dari Aadheen. Tak ada pun suaminya complain, tapi memang tak complain lah sebab diorang dalam fasa sepi sahaja!

Dia sedar Aadheen perlukan waktu bersendirian, disebabkan itu suaminya membuat silent treatment. Tapi hal penting suaminya itu tetap mengambil tahu.

Dia ingin memanggil nama Aadheen tapi baru dia perasan lelaki itu baru sahaja mengambil wudhu, tertangguh lah lagi. Haih, jam sekarang tepat lapan empat puluh malam.

Sekejap lagi lah dia bercakap dengan Aadheen, lepas lelaki itu habis solat. Setelah Aadheen memberi salam dia mula menapak ke arah lelaki itu.

"Can we talk for a while?" pinta Nazneen perlahan. Kepalanya didongak memandang wajah Aadheen, nasib lah dia tinggi juga tak ada lah sakit kepala memandang suaminya.

"Sorry wifey, i had a online meeting after this. It's not going to be a while, maybe after that." Aadheen menarik tubuh isterinya ke dalam pelukkan.

Dia perasan sudah berkali-kali Nazneen mahu mulakan perbualan hari ini, tapi dia agak sibuk jadi tak sempat ingin melayan.

"Or you can sleep first and we'll talk about it tomorrow. Sorry darling, goodnight. May Allah protect you, i know you're on your period and if you felt hurt just come to my room." dahi Nazneen dikucup sebelum dia berlalu pergi keluar dari bilik mereka itu.

Nazneen hanya mengangguk dan memandang kelibat Aadheen yang sudah keluar dari bilik besar itu. Nafas berat dihela, makna nya dia kena tunggu esok lah?

Aadheen itu kalau sudah buat kerja, tak ada nya sekejap. Kecuali lah lelaki itu benar-benar letih, baru sedar perlukan tidur dan masuk bilik.

Nazneen kembali mencapai ipad nya, haih dia pun kena buat kerja sedikit. Mark itu punya pasal lah, baru nak bagi file suruh semak!

Semalam waktu dia dekat pejabat taknak pula bagi, mentang-mentang sekarang selalu pergi date. Kerja pun tak siap! Potong gaji baru tahu.

Nazneen mengemam bibirnya tatkala perutnya terasa sakit. Haih, sengugut ni pun sekarang baru nak datang. Waktu nak tidur pula tu!

MR AND MRS RICH Where stories live. Discover now