- aadheen and nazneen -
"This might be our last dinner together." ujar Aadheen sambil menyuap spaghetti ke dalam mulutnya.
"Hm, you fly esok kan?" tanya Nazneen.
Mereka berdua sekarang tengah dinner di sebuah restaurant mewah di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Hubungan mereka setelah berbincang pagi tadi baik-baik sahaja.
Macam biasa lah, bangun pagi, sarapan sama-sama, pergi kerja, balik kerja, makan malam dan tidur. Kitaran yang berlaku sama seperti hari-hari lain.
Normal bagi mereka berdua. Tidak normal bagi orang luar.
"Yeah, how about you? Where are you going?" soal Aadheen sengaja ingin memgambil tahu.
Pelik pula rasanya tanya isteri sendiri mana nak pergi lepas berpisah buat sementara. Kalau pasangan bahagia yang lain pasti meraung-raung nak berpisah, diorang pula?
"I need to go to Singapore this Friday." kata Nazneen dengan keluhan kecil. Berat hatinya ingin berpisah dengan suaminya itu.
Tapi itu pilihan nya dan Aadheen sendiri yang mencadangakan perkara tersebut. Lagipun, sekejap sahaja. Dua bulan, enam puluh hari itu adalah satu tempoh masa yang sekejap.
Tapi, yang membuatkan tempoh dua bulan itu lama adalah dia perlu buat keputusan yang akan melibatkan masa depan nya. Dan mungkin rasa rindu nya yang bakal membukit terhadap Aadheen?
"Where are you staying there?" tanya Aadheen sambil memandang isterinya. Wajah putih mulus tanpa cacat cela itu direnung nya lama.
Haih, bagaimana cara untuk dia kurangkan rasa rindu nya pada Nazneen nanti? Dua bulan, dua bulan itu adalah tempoh masa yang lama.
Enam puluh hari dia tidak boleh jumpa isterinya, tiada lagi wajah itu menyapa dirinya setiap pagi. Tiada bebelan daripada wanita itu selama dua bulan.
Mungkin awal ramadhan nanti pun dia tidak sempat bersama wanita itu. Sekarang sudah pertengahan bulan dua, bulan empat sudah puasa. Haih.
Rindu nya pasti membukit; rindu untuk menatap wajah itu, rindu mendengar suara isterinya itu dan terutama sekali pelukkan yang menenangkan dari isterinya itu.
Dia bakal rindu berada dalam dakapan wanita itu.
"Hotel, as usual." jawab Nazneen sebelum menyisip perlahan ice chocolate miliknya. Sebelah kening diangkat kepada Aadheen tanda; kenapa?
"It's dangerous to stay at the hotel, before you go there. Takes my house key from Afrina." arah Aadheen senada.
Memang tidak lah dia membenarkan Nazneen membahayakan diri sendiri untuk menginap di hotel di negara itu. Mana tahu ada orang yang berniat jahat atas wanita kesayangan nya itu.
Nazneen memandang Aadheen lama. "Oh okay!" ujar Nazneen sebelum meminta izin untuk ke tandas.
Aadheen hanya melihat kelibat isterinya yang berlalu ke tandas seorang diri. Badannya disandarkan pada kerusi kayu itu, nafas berat dihela.
Huh, esok dia perlu ke London dan terus menuju ke pejabat di sana. Nampak seperti dia tidak akan mendapatkan rehat yang cukup, wajah diraup perlahan.
YOU ARE READING
MR AND MRS RICH
Romance𝟎𝟕 | 𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘺 𝘴𝘦𝘳𝘪𝘦𝘴 - 𝘸𝘦 𝘧𝘭𝘪𝘳𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘪𝘭𝘭 𝘸𝘦 𝘧𝘦𝘭𝘭 𝘪𝘯 𝘭𝘰𝘷𝘦 - 𝘯𝘢𝘻𝘯𝘦𝘦𝘯 𝘢𝘭𝘢𝘳𝘢 • 𝘢𝘢𝘥𝘩𝘦𝘦𝘯 𝘢𝘳𝘪𝘢𝘯 Rich, beautiful, bad and powerful. Nazneen Alara, siapa tak kenal jutawan wanita yang berkacukan...