𝐭𝐡𝐢𝐫𝐭𝐲 𝐭𝐰𝐨

2.4K 215 8
                                    

- aadheen -


London, United Kingdom.

Aadheen memarkir kan keretanya di bawah garaj yang memuatkan dua buah kereta itu. Tubuhnya dikeluarkan dari perut kereta mewah itu.

Kunci rumah dikeluarkan dari poket, pintu rumah itu dibuka perlahan-lahan. Sudah sebulan dia berada di sini, dan semuanya baik-baik sahaja.

Mungkin dia sudah terbiasa dengan keadaan di negara ini? Semuanya berlaku dengan pantas, setiap hari berkerja membuatkan dirinya leka dari melakukan beberapa aktiviti lain.

Salam diberi selepas kakinya menapak ke dalam rumah yang agak besar itu. Badannya dihempaskan atas sofa panjang itu, sekarang sudah jam empat petang dan dia baru tiba di rumah.

Di sini jam empat petang pun sudah gelap seperti malam. Keadaan disini pun berbeza dengan Malaysia, kalau di Malaysia jam enam setengah baru dikira malam.

Di London maghrib pun pada jam lima petang. Hm, kalau mengikut kiraannya sekarang Malaysia sudah satu pagi. Pasti Nazneen sudah tertidur.

Dia pun tidak tahu Nazneen berada di Malaysia atau Singapura sekarang, wanita itu tidak memberi tahu dirinya lagi. Katanya, sejak dari sebulan lepas isterinya itu perlu ulang-alik ke Singapura.

Nak berbual dengan wanita itu walaupun sementara pun tidak boleh, jarang sekali mereka berdua berbual. Semua disebabkan kekanggan masa dan dua-dua sibuk dengan hal kerja, masa tempat tinggal berbeza mereka berbeza.

Dirinya juga selalu sibuk dan tidak punya banyak masa, balik kerja sahaja sudah gelap. Balik terus tidur, kadang kala sahaja dia tidur lambat itupun kerana buat kerja.

Kalau Nazneen pula, pasti wanita itu juga sibuk. Aadheen pun tidak mahu mengganggu wanita.

Aadheen menghela nafasnya perlahan, mata dipejam buat seketika. Harini sahaja dia ada tiga mesyuarat dan semua di tempat-tempat berbeza.

Penat dirinya memandu ke tempat-tempat yang agak jauh dari biasa, dari pagi hingga petang. Bunyi deringan telefon nya membuatkan Aadheen mencelikkan matanya.

Telefon bimbitnya dicari, haih mana pula dia campak telefon itu tadi. Skrin yang tertera nama Nazneen itu membuatkan dahi Aadheen berkerut.

Tidak tidur lagi ke wanita itu di sana? Soal Aadheen dalam hati, sebelum skrin itu digeserkan ke tepi. Butang speaker ditekan nya, lalu telefon itu diletakkan atas meja kecil tepi sofa.

"Assalamualaikum," suara Nazneen mula menyapa sistem pendengaran nya. Sudah lama dia tidak dengar suara lembut wanita itu.

"Waalaikumusalam, how are you?" soal Aadheen senada. Kepalanya dipicit perlahan menunggu Nazneen membalas soalannya.

"I'm good here, how about you? Busy? Did you already have your dinner?" beritahu Nazneen lembut. Dengar suara isterinya itu sahaja boleh membuatkan rasa penat Aadheen hilang begitu sahaja.

Aadheen terdiam buat seketika, "Glad you're good there, i'm doing well here. Kinda busy, just arrived at home and didn't have my dinner yet." kata Aadheen sambil membayangkan Nazneen berada di hadapannya.

"What you doing wifey, it's already midnight there right? Why don't you sleep yet?" tanya Aadheen pula. Risau dirinya kalau Nazneen tidak tidur lagi.

MR AND MRS RICH Where stories live. Discover now