WinKun

178 18 5
                                    

Kun, Ten dan Doyoung sedang makan sama sama di kafe fakulti perubatan. Perbualan mereka sangat rancak, nasib baik tiada kelas lepas tu.

"Minggu depan Johnny balik dari oversea. Tak sabar nak jumpa dia. "Ujar Ten, senyuman manis menghiasi wajahnya. Dia sangat tidak sabar hendak berjumpa dengan Johnny setelah 2 bulan tidak berjumpa.

Maklumlah kekasih dia belajar di America jadi mereka terpaksa berpisah. Cuti mid semester, Johnny akan balik Korea untuk jumpa Ten.

"Wah.. Patut happy. "Ujar Doyoung sambil tersenyum memandang Ten. Ten tersengih.

"By the way, macam mana hubungan kau dengan Jay? "Tanya Ten, pipi Doyoung bersemu merah apabila Ten mention nama Jay ataupun lebih dikenali Jay Jaehyun. Doyoung menunduk kepalanya sambil tersenyum, dia menunjukkan jarinya.

Terdapat cincin perak pada jari kahwinnya. Itu membuatkan Kun dan Ten terkejut dan excited. "Korang bertunang? "Tanya Ten, Doyoung menggeleng kepala. "Haah, minggu lepas dia melamar. "Ujar Doyoung, pipinya semakin memerah dan jauh di sudut hatinya dia sangat bahagia kerana sekian lama couple, akhirnya Jay mengajak bertunang.

"Wow, so happy with you. "Ucap Ten, kini dia beralih pada Kun yang sedari tadi hanya mendengar mereka bercakap. "Kau pula? "

"Hah? "

"Haah, kau dengan Sicheng apa cerita. Jarang tengok korang bersama, tup tup dah tunang. "Ujar Ten. Kun hanya terdiam, memang betul pun mereka dah bertunang tetapi Sicheng sangat tidak suka menunjukkan hubungannya dengan Kun pada public.

Senang cerita, diorang seperti kawan tetapi sebenarnya kekasih. Sicheng tidak romantik, dia hanya biasa biasa sahaja dengan Kun.

"Korang pernah bermesraan tak kat rumah? "Tanya Doyoung, dia sangat curious dengan hubungan Sicheng dan Kun. "Jaranglah, dia busy sangat dengan assignment dan projek dia. Lagipun dia busy dengan latihan bola keranjang dia. "Ujar Kun, dia dan Sicheng memang jarang bermesra di rumah.

Ya.

Dia dan Sicheng tinggal satu apartment dan mereka sudah bertunang. Kadang dia terfikir hanya dia sahaja yang berusaha menyelamatkan hubungan mereka yang tampak seperti bukan sepasang kekasih. Seperti hanya dia sahaja yang kelihatan terhegeh hegeh dengan Sicheng padahal lelaki itu hanya biasa biasa sahaja dengannya.

Kun tidak tahu hendak berkata apa apa, Sicheng memang begitu. Dia jarang mengucapkan kata kata cinta dengan Kun tetapi dia prihatin dengan Kun. Contohnya kalau Kun sakit, dia akan jaga Kun. Dia sanggup belajar memasak sebab nak jaga Kun.

"Kun kau okay? "Tanya Doyoung dan itu membuatkan Kun tersentak, dia mengangguk kepala dan tersenyum tawar kepada kawannya. "Kun, kalau kau ada masalah dengan Sicheng, bagitau. Jangan pendam. "Ujar Ten.

"Aku okay je, hubungan kitorang okay je. "

"Dah tu kenapa hubungan korang kelihatan renggang? "Tanya Ten dan itu membuatkan Kun terdiam. Kun percayakan Sicheng, dia percaya lelaki itu tidak melakukan apa apa.

Buktinya Sicheng selalu memberi Kun telefonnya untuk Kun memeriksa telefonnya tetapi Kun tidak melakukan perkara itu. Sebab dia percayakan Sicheng.

"Hubungan korang macam bertepuk sebelah tangan. Hanya kau sahaja yang berusaha dalam hubungan tu sedangkan dia buat tidak kisah. "Ujar Ten.

"Apa yang kau cakap ni, aku dan Sicheng okay je. "

"Yela, kau selalu cakap macam tu. Kalau Sicheng dah tak sayang kau, bagitau aku. Aku cekik dia. Kalau aku dapat boyfriend macam tu, dah lama aku tinggalkan. "Ujar Ten, Kun hanya terdiam. Dia mengeluarkan telefonnya kerana ada chat masuk.

Your Favourite NCT Ships ✅ Where stories live. Discover now