-Four-

14 3 1
                                    

Kedengaran bunyi pergaduhan antara dua ekor kucing di rumah jiran sebelah mampu membuat lena seorang gadis terganggu.

Choi Mina tersedar dari lenanya kerana bunyi pergaduhan itu cukup kuat menyapa gegendang telinganya. Mina lantas bangun dari pembaringan dan menukar posisi kepada duduk. Disandarkan badannya di kepala katil. Comforter masih dipegang olehnya supaya tidak terlucut.

Mina menyelak sedikit comforter dan melihat kebawah. Ternyata perkata yang berlaku malam tadi adalah kenyataan dan bukan khayalan. Kerana tubuh Mina tidak tersarung sebarang baju. Atau kata inggeris nya naked.

Mina mengalihkan pandangan nya kesebelah dan melihat susuk tubuh seseorang yang sedang berbaring menghadapnya dan juga turut tidak berbaju sama sepertinya, Taehyung. Jejaka itu masih dibuai mimpi. Mina mengeluh pelahan.

"Macam mana la aku boleh terjebak dengan game dia semalam" soal Mina pada dirinya sendiri dengan nada yang pelahan. Risau kalau Taehyung dapat mendengarnya.

"Sebab kau pun tergoda dengan aku" balas Taehyung lalu membuka matanya dan memandang tepat pada wajah Mina.

Terkejut Mina apabila secara tiba-tiba Taehyung bersuara. Mina fikir Taehyung masih tidur.

"Awak dah bangun? Sejak bila?" soal Mina sambil menahan malu kerana ayatnya tadi didengari oleh Taehyung.

"Bunyi kucing bergaduh tu kuat sangat. Kau ingat kau je ke tersedar?" balas Taehyung tanpa menjawab soalan Mina, namun ayat Taehyung tadi cukup jelas menunjukkan yang dia sudah terjaga dari tadi, saing dengan Mina.

"Err.. Saya nak pergi mandi dulu. Nak tolong ahjuma Im siapkan sarapan" balas Mina yang sengaja ubah topik.

Selain malu akibat Taehyung mendengar percakapan nya tadi, Mina juga segan apabila berada diatas katil bersama Taehyung tanpa seurat benang di tubuh mereka berdua. Ya, malam tadi cerita lain la, kerana kedua mereka sudah di datangi makhluk yang bernama syaitan. Oleh sebab itu, malam tadi menjadi malam indah buat dua insan tersebut. Tetapi pagi ini, semuanya sudah kembali normal. Jadi Mina berasa tidak selesa dengan kedudukan mereka di atas katil itu. Sebab itu, Mina mencari jalan untuk beredar dari situ.

"Biar la ahjuma siap kan sarapan sendiri. Kau teman la aku dekat sini." balas Taehyung dengan nada miangnya.

"Ta-tak baik la biar kan ahjuma Im masak sorang-sorang. Tak ape la, sa-saya nak pergi to-tolong dia masak sekejap" jawab Mina yang penuh gagapnya.

Lalu, laju sahaja Mina mencapai bajunya yang berada di lantai dan segera memakainya. Dan dia terus menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Taehyung hanya melihat sahaja susuk tubuh Mina sehingga hilang dari pandangannya lalu membetulkan bandannya ke posisi terlentang sambil kedua tangannya diletakkan di bawah kepalanya.

Sedang asyik berbaring diatas katil empuk itu, tiba-tiba fikrian Taehyung teringat akan ayat yang Jimin dan abangnya pernah katakan padanya.

'Cinta boleh datang lepas kahwin.'

Ya, ayat itu sedang bermain di fikiran Taehyung. Dan Taehyung cuba untuk memahami maksudnya.

"Mungkin sekarang aku tak cintakan kau, Mina. Tapi aku janji, yang aku akan cuba untuk cintakan kau layaknya seorang isteri.Just give me some time" kata Taehyung sendirian.



Mina masih memakai baju dan seluar jeans milik Taehyung lagi. Entah berapa lama lagi dia akan memakai baju suaminya yang besar itu, dia pun tak tahu. Tak selesa Mina dibuatnya.

Selesai sahaja membersihkan diri, Mina turun ke bawah untuk membantu ahjuma Im membuat sarapan. Ahjuma Im sudah melarang Mina untuk tidak membantunya, tetapi Mina tetap berdegil.

The Struggle Of LoveWhere stories live. Discover now