-Nine-

7 3 0
                                    

"What?" Taehyung menyoal seolah-olah dia tidak tahu mengapa Mina tiba-tiba menjerit.

"Baju apa yang awak pilih ni!?" Mina geram apabila melihat baju yang dipilih oleh Taehyung itu.

"Baju tidur kau la."

"Tapi saya tak suka la baju ni."

"Tak payah pakai. Naked je. Settle." jawab Taehyung selamba sambil menahan tawa.

"Ishh Taehyung.. Awak ni kan..." Mina sungguh geram melihat perangai Taehyung yang suka menyakat dirinya.

"Kau nak pakai..pakai la. Tak nak pakai..sudah."

"Dah jangan jerit-jerit..Nanti diaorang yang dalam meeting ni dengar pulak." Taehyung bersuara sebelum kembali fokus pada screen laptopnya.

Mina yang berada di dalam bilik mandi masih geram dengan Taehyung, tapi dia harus turut dengan kata Taehyung supaya jangan menjerit lagi kerana dia tak mahu merosakkan meeting lelaki itu.

Mina kembali melihat baju yang dipilih oleh Taehyung itu. Dibelek-belek setiap inci baju itu dan dia masih tidak berpuas hati kerana bagi Mina baju itu bukan la style dia. Baju itu kelihatan seperti tidak cukup kain sahaja.

"Haihhh..Apa la nasib dapat suami macam ni."

"Dia tak tahu ke aku tak biasa pakai baju macam ni?"

"Ni mesti dia sengaja ni..Ambil kesempatan dalam kesempitan." Mina membebel seorang diri.

"Haihh..terpaksa la. Nak tak nak kena pakai jugak.." keluh Mina. Dia sudah pasrah. Apa lagi yang dia boleh buat. Baju pun hanya sepasang itu sahaja. Kalau ada baju lebih sudah lama Mina buang baju yang tidak cukup kain itu ke tong sampah.


Sedang Teahyung fokus mendengar perbentangan dari orang yang berada di dalam meeting online itu, tiba-tiba kedengaran pintu bilik mandi yang di buka oleh seseorang.

Taehyung menoleh kearah bunyi itu dan terlihat seorang gadis yang memakai bathrobe berwarna hijau turquoise. Tali bathrobe tidak di ikat dan menampakkan baju yang dipakainya di bahagian dalam itu.

Taehyung menelan air liurnya pelahan apabila melihat Mina yang mengenakan pakaian yang dipilihnya sewaktu di mall tadi.

Taehyung menelan air liurnya pelahan apabila melihat Mina yang mengenakan pakaian yang dipilihnya sewaktu di mall tadi

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Taehyung cuba mengawal riak mukanya. Di usap belakang tengkuknya berkali-kali. Di pukul-pukul lututnya pelahan. Kaki di goyang-goyangkan seperti orang yang sedang gementar. Kelihatan sungguh yang Taehyung tidak dapat mengawal dirinya apabila melihat Mina berpakaian begitu.

Disebabkan Mina jarang sekali memakai pakaian seperti itu, perkara itu lah yang membuat Taehyung tidak dapat mengawal dirinya. Bila wanita lain di luar sana memakai pakaian yang agak sexy dan terdedah, Taehyung hanya beriak biasa sahaja kerana baginya itu semua memang style mereka yang selalu mereka kenakan.

The Struggle Of LoveOnde histórias criam vida. Descubra agora