-Eleven-

9 3 3
                                    

Langsung sahaja mata Taehyung memandang tepat ke arah Puan Kim dan kelihatan wajah Puan Kim sangat tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mina pula hanya mampu berdiam sahaja. Dia tidak tahu sama ada mahu menjawab atau mahu menangis di situ. Sungguh dia terkejut dengan ayat yang keluar dari mulut Puan Kim itu.

"Mama ni dah kenapa?"

"Mama sedar tak apa yang Mama tengah cakap sekarang ni?" sudah hilang sedikit rasa hormat Taehyung kepada Puan Kim kerana sikap wanita itu yang agak keterlaluan.

"Mama sedar sebab tu la Mama cakap soal ni."

"Mama tak nak Tae hidup dalam rumah tangga yang tak bahagia tanpa seorang anak." jelas Puan Kim yang sudah kelihatan sangat marah.

"Ma, soal anak kita tak boleh nak pertikaikan untuk dapat cepat atau lambat."

"Tu semua kerja tuhan, Ma." balas Taehyung dengan wajah geramnya.

"Mama, mungkin bukan sekarang untuk kitaorang dikurniakan seorang anak."

"Mama sabar ya.." Mina yang dari tadi hanya mendiamkan diri kini berani bersuara.

Dia juga ada hak untuk mempertahankan dirinya. Memang dia dan Taehyung tidak pernah merancang untuk ada anak pada waktu sekarang tetapi andai kata mereka telah dipilih oleh tuhan untuk menimang cahaya mata, mereka terima dengan hati yang terbuka. Mendapat anak dalam sebuah perkahwinan adalah satu bonus yang sangat besar.

"Sabar apa nya?"

"Dah 2 tahun Mina. 2 tahun kamu berkahwin tapi masih tak ada anak."

"Kalau kamu mandul, memang selayaknya Taehyung berkahwin dengan perempuan lain yang boleh mengandungkan anak dia." balas Puan Kim dengan tatapan tajam kepada Mina.

"Mama!"

"Tae dah cakap kan jangan sebut perkataan tu." jawab Taehyung dengan tanpa sengaja telah menengking Puan Kim.

Kesabarannya sudah hilang apabila sikap Puan Kim semakin menjadi-jadi. Dia tidak suka bila Puan Kim menyebut perkataan mandul, lebih-lebih lagi di hadapan Mina. Memang dia tidak cintakan Mina tetapi baginya wanita mana yang boleh terima apabila di gelar mandul. Puan Kim sebagai seorang wanita seharusnya tahu perasaan sesama wanita.

"Kenapa?"

"Bukan memang betul ke yang Mina ni mandul."

"Sebab tu kamu berdua tak ada anak sampai sekarang." Puan Kim semakin menjadi-jadi memerli Mina.

Mina hanya diam tanpa sebarang suara. Sungguh dia tidak menduga bahawa ibu mertuanya bersikap seperti ini. Dia rindu akan ibu mertuanya yang 2 tahun lalu. Ibu mertua yang sangat sayang akan dirinya dan sangat prihantin.

"Stop Mama."

"Kitaorang nak balik." balas Taehyung lalu menarik lembut tangan Mina untuk keluar dari rumah itu.

"Mama akan uruskan perkahwinan kamu dengan calon pilihan Mama."

"Dan Mama nak kamu uruskan hal penceraian kamu dengan isteri kamu tu, faham?" Puan Kim bersuara lagi.

Terhenti langkah pasangan itu dan menoleh ke arah Puan Kim yang masih setia berdiri di tempatanya. Genggaman tangan Taehyung pada Mina terlerai seketika.

"Mama..dah la tu."

"Benda kecil tak payah la nak dibesar-besarkan."

"Sampai nak suruh Tae ceraikan Mina lepastu kahwin lain. Apa benda ni, Ma.." jawab Taehyung yang masih dengan nada yang marah.

"Benda kecil kamu cakap?"

"Kahwin dengan orang mandul, bukan perkara kecil Taehyung."

"Sampai bila-bila kamu tak akan ada anak. Kamu nak ke hidup tanpa anak walaupun dah berkahwin, hm?" Puan Kim memerli Taehyung dengan senyuman sinisnya.

The Struggle Of LoveWhere stories live. Discover now