-Eight-

8 3 0
                                    

Taehyung tersenyum sinis apabila melihat wajah Mina berubah kemerahan akibat menahan malu.

"Tae, saya tanya betul-betul ni." Mina cuba untuk mengawal rasa berdebarnya.

"Yela..Kau nampak tak sekarang ni, dekat depan kita ni apa?" soal Taehyung sengaja mahu membuat Mina semakin malu.

"Ho-hotel." jawab Mina pelahan dan sedikit gagap.

"So?" tanya Taehyung lagi.

"Apa?" Mina menyoal kembali dengan innocent nya.

"Biasa, orang buat anak dekat hotel kan?"

"So...." jawab Taehyung dengan suara serak nya dan semakin membuat Mina tidak senang duduk. Sengaja dia mematikan ayatnya kerana ingin membuat Mina tertanya-tanya.

"Apa yang so?" soalan innocent Mina lagi.

Taehyung sudah tidak tahan dan akhirnya dia ketawa melihat gelagat Mina yang sangat innocent bercampur malu itu. Habis tawa Taehyung keluar. Gelak sakan Taehyung dibuatnya. Mina yang masih blur hanya memerhati sahaja Taehyung yang sedang ketawa.

"Awak ni kenapa?" Mina masih hairan kenapa Taehyung tiba-tiba ketawa.

"Kau ni..Blur sangat la.." jawab Taehyung bersama sisa-sisa ketawa nya.

Mina hanya mampu memasang wajah blur.

"Kita datang sini sebab nak check in la."

"Takkan malam ni kau nk tidur dekat bus stop. Ke kau nak tidur dekat tepi jalan?" Taehyung menjelaskan mengapa mereka berada di hotel sekarang ini.

"Tapi pagi tadi awak kata kita balik hari ni jugak. Tak ada stay mana-mana." jawab Mina hairan.

Tadi pagi sebelum berangkat ke Busan. Taehyung kata yang mereka akan pulang ke rumah setelah habis acara. Mereka tidak akan bermalam di Busan. Tapi sekarang lain pula jadinya.

"Aku penat la nak drive."

"Kita stay satu malam je. Esok pagi kita gerak balik Seoul." jelas Taehyung lalu memakai kaca mata hitam miliknya.

"Kalau awak penat, bagi saya je la yang drive.. Kita tak payah stay hotel. Jimat sikit." Mina meminta izin untuk membenarkan dia memandu pulang ke Seoul.

"Kau suruh berjimat macam suami kau ni miskin sangat." balas Taehyung bengang. Mina ni lupa ke suami dia siapa?

Mina hanya tersenyum kambing apabila Taehyung berkata demikian. Dia terlupa yang suami dia seorang CEO terkenal. Tapi tak salahkan kalau nak berjimat?

"And one more thing...memang tak la aku nak bagi kau drive."

"Silap- silap kita tak sampai Seoul..Kita sampai ke gaung nanti." perli Taehyung. Dia tahu Mina tidak terlalu mahir memandu, apatah lagi pada waktu malam.

"Saya tahu la cara nak drive...Ishh awak ni." geram Mina.

"Dah la..Kita stay je satu malam. Aku dah penat ni."

"Jom turun.. pergi check in." ajak Taehyung lalu keluar dari kereta.

Mina hanya mampu diam dan ikut sahaja jejak Taehyung dari belakang.

Sesampai sahaja di kaunter hotel. Taehyung mulakan sesi check in bersama pelayan hotel. Mina yang berada di sebelahnya hanya memerhati segenap penjuru hotel. Hotel itu tersangat la mewah dan high class. Dan tiba-tiba Mina teringat akan sesuatu.

"Taehyung." panggil Mina lembut.

"What?"

"Kita mana bawa baju. Malam nanti dengan esok pagi kita nak pakai apa?" soal Mina bimbang.

The Struggle Of LoveDonde viven las historias. Descúbrelo ahora