-Seven-

14 3 2
                                    

Seminggu sudah berlalu. Pasangan TaeMina juga sudah pulang dari bermalam di rumah keluarga Kim hari itu. Kini mereka sudah pun pulang ke rumah agam milik mereka berdua.

Hari ni adalah hari yang agak memenatkan untuk Taehyung kerana dia terlalu sibuk dengan audition yang di adakan pada hari ini. Iaitu audition mencari model untuk projek  collaboration Kim Entertainment bersama Gucci Company.

Sepatutnya semua sudah siap tetapi ada sedikit masalah dan bagi seorang Kim Taehyung masalah itu adalah masalah besar. Kerana mereka kekurangan model. Model yang harus menyertai acara itu haruslah 33 orang tetapi yang Taehyung dapat hanya la 32. Hanya kurang seorang sahaja sudah cukup untuk membuat Taehyung stress. Taehyung memang tidak main-main kalau soal kerja. Dia sangat cerewet dalam pekerjaan. Baginya, semua harus la sempurna seperti yang dirancang.

Di rumah agam milik pasangan TaeMina, mereka berdua sedang menjamu makan malam bersama. Mina hanya masak Kimchi Jjigae dan Bulgogi untuk makan malam. Suasana seperti biasa hanya sunyi sepi. Tiada bunyi kipas kerana mereka menggunakan aircond. Jadi suasana memang sunyi seperti di hari permakaman. Mereka berdua hanya melayan diri dengan makanan masing-masing.

"Mina."panggil Taehyung sekaligus memecahkan kesunyian.

"Nae.." jawab Mina lalu memandang wajah tampan Taegyung yang berada di kerusi berhadapan dengannya.

"Kau nak jadi model tak?" Taehyung bertanya soalan yang agak merapu dengan selambanya.

"What?"

"No. Saya tak berminat." jawab Mina tidak tertarik.

"Kau kan lawa, rambut cantik, body pulak fuhh..."

"Tak minat ke nak jadi model?" soal Taehyung sambil memuji Mina.

"No, saya tak berminat pun nak jadi model. Saya malu la bila orang ramai tengok." jawab Mina malu.

"Oooo..Kau tak nak orang lain tengok kau sebab kau nak aku sorang je kan yang tengok kecantikkan kau, am I right?" Taehyung menyoal dengan nada memggoda.

"Ma-mana ada. Bu-bukan macam tu lah." balas Mina malu apabila Taehyung mengusiknya.

Taehyung hanya tersenyum apabila melihat wajah Mina merona merah. Suka dia mengusik isterinya itu.

"Wait..kenapa awak tanya?" soal Mina hairan.

"Aku kekurangan model. Sekarang ni dah ada 32 orang. Tinggal lagi sorang je untuk lengkapkan 33 orang....."

"And ni yang aku pening sekarang ni, mana nak cari lagi sorang. Sebab sisa-sisa model yang ada untuk aku ganti pun semuanya tak bagus." jelas Taehyung lalu sambung menjamu selera yang tergendala tadi.

Mina hanya meng-oh kan sahaja penerangan dari Taehyung tadi. Tiba-tiba Mina menghentakan sudu yang dia gunakan ke atas meja di tepi pinggannya. Terkejut Taehyung dibuatnya.

"Kau ni dah kenapa? Sawan ke?" soal Taehyung terselit perlian. Geram.

"Saya rasa, saya boleh tolong awak." kata Mina.

"Tadi kata tak nak jadi model. Malu la..Apa la." perli Taehyung lagi.

"Siapa kata saya nak tolong dengan cara saya jadi model?" balas Mina tersenyum senget.

"Then..what?" soal Taehyung pelik.

Mina hanya tersenyum sinis...



-Office Taehyung-

"Siapa ni?" Taehyung memandang isterinya yang duduk berhadapan dengannya kemudian memandang orang yang di duduk di sebelah Mina.

The Struggle Of LoveWhere stories live. Discover now