-Thirteen-

10 3 0
                                    

"Kau cakap apa ni?" soal Taehung lalu bangun dari duduknya. Dia mengerti apa yang disampaikan oleh Mina tetapi dia mahukan kepastian.

Mina juga begitu latas sahaja dia berdiri berhadapan dengan suaminya itu.

"Saya setuju kalau awak kahwin dengan Jisoo." Mina mengulang kembali ayatnya.

Taehyung mengerutkan keningnya tanda hairan dengan pernyataan Mina itu.

"Kau dah kenapa ni?"

"Kau tahukan yang aku takkan ceraikan kau." Taehyung menjawab dengan nada yang sedikit marah.

"Tapi itu je cara untuk bagi Mama awak cucu." jawab Mina lagi.

"Siapa kisah pasal Mama nak cucu?"

"Itu bukan alasan untuk kita bercerai.." Taehyung semakin meninggikan suaranya.

Dia fikir bahawa Mina tidak setuju dengan cadangan Puan Kim tetapi dia silap, Mina malah merelakan dirinya untuk berkahwin dengan perempuan lain semata-mata ingin memuaskan hati Mamanya.

"Awak tak nak ada anak ke, Tae?" soal Mina dengan nada sayu.

"Sejujurnya semua pasangan yang dah berkahwin nak ada anak.."

"Tapi andai kata kita tak ditakdirkan lagi untuk ada anak apa kita boleh buat?" Taehyung menyoal kembali, nadanya kembali seperti biasa.

'Dia memang nak ada anak.." Mina berbicara didalam hati.

"Jadi kalau saya tak boleh bagi awak anak..Awak kahwin je la dengan Jisoo.."

"Saya yakin dia boleh bagi awak kebahagiaan." jelas Mina yang cuba menyakinkan Taehyung.

Taehyung mengeluh serta meraup rambutnya kebelakang. Sungguh dia tidak menjangka bahawa perkara ini akan benar-benar terjadi.

"Okay..Kalau aku tak nak kahwin dengan Jisoo kau nak buat apa?" Taehyung bertanya lalu melangkah setapak ke hadapan.

"Saya tak kisah awak nak kahwin dengan siapa pun..Yang pasti saya nak awak ceraikan saya."

"Biar awak boleh kahwin dengan perempuan lain yang boleh bagi awak anak and boleh bagi Mama awak cucu." Mina menjawab lalu melanglah setapak kehadapan lalu memegang tangan Taehyung dengan pelahan.

Taehyung hanya memerhati dan membiarkan sahaja Mina berbuat demikian.

"Saya cintakan awak, Tae.."

"Saya buat semua ni sebab saya nak tengok awak bahagia.."

"Saya tak mampu untuk bahagiakan awak, Taehyung.." Mina mengungkapkan segala perasaannya kepada Taehyung.

Pelahan Taehyung melepaskan pegangan Mina pada tangannya.

"Kalau kau cintakan aku.."

"Kau tak akan relakan aku untuk perempuan lain, Mina.." balas Taehyung yang cuba menahan marahnya.

"Tapi ini je jalan yang terbaik untuk awak, Taehyung.."

"Apa yang terbaik?"

"Suruh aku kahwin dengan orang yang aku tak suka..Itu kau kata terbaik!" Taehyung meninggikan suaranya.

"Awak tak cintakan saya..Jadi kenapa susah sangat untuk awak lepaskan saya.." Mina menyoal lagi.

Dia juga mula meninggikan sedikit suaranya tetapi tidak sama seperti Taehyung kerana dia masih menghormati Tehyung sebagai suaminya lagi.

Taehyung terdiam seketika lalu perlahan kepalanya menunduk ke lantai. Dia seperti tidak mahu memandang wajah Mina buat masa sekarang. Dia berasa serba salah. Tiba-tiba...

The Struggle Of LoveWhere stories live. Discover now