-Six-

9 3 7
                                    

-Flashback-

Sewaktu Mina sedang sibuk melihat bunga-bunga yang berada di luar kedainya untuk memastikan tiada bunga yang layu. Tiba-tiba matanya menangkap sesusuk tubuh seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari sebuah kereta yang agak mewah.

Mata Mina tidak berkelip ketika memandang jejaka tampan itu. Jantung Mina berdegup dengan sangat laju seperti baru sahaja berlari daripada dikejar anjing.

Mina cuba mengawal dirinya sebaik sahaja jejaka tampan itu semakin menghampirinya. Sekarang ini, jejaka itu sudah pun berada di hadapan Mina.

"Hai" kata jejaka itu sambil tersenyum manis.

"Hai, selamat datang." Mina berkata.

"Ada apa yang boleh saya bantu? Ermm Encik.....

"Taehyung. Kim Taehyung" balas Taehyung sebelum Mina menghabiskan ayat.

"Ouh. Encik Taehyung  ye."

"Encik Taehyung nak cari bunga ke? Bunga yang macam mana dan untuk siapa?" soal Mina dengan lemah lembut nya.

"Aku nak cari bunga yang sesuai untuk melamar seseorang." kata Taehyung mendatar.

"Ouh, ada. Encik Taehyung tunggu sekejap ya" balas Mina lalu masuk ke dalam kedainya untuk mencari bunga yang di minta oleh Taehyung.

Mina masuk ke dalam kedainya dan mula mencari bunga yang sesuai dengan kehendak Taehyung.

"Hmm dah ada calon isteri rupanya. Baru nak jadikan crush." kata Mina seorang diri.

"Haihh Mina, mana boleh. Dia tu bakal suami orang. Tak elok tau suka bakal suami orang." nasihat Mina pada diri sendiri.

"Batalkan niat tu Choi Mina. Batalkan" ayat terkahir Mina sebelum dia berjalan keluar dengan membawa beberapa bunga ditangan nya.

Yuna dan Yeji hanya memerhati sahaja perangai pelik boss mereka yang tiba-tiba bercakap sendirian. Pada awalnya, mereka berdua sudah nampak kehadiran Taehyung di kedai mereka. Yuna sudah bersedia untuk melayan Taehyung sebagai pelanggan di kedai itu. Tetapi apabila dia ternampak bossnya berada di luar. Dia batalkan niat nya. Baginya, biar la bossnya yang melayan pelanggan sekali sekala. Bertuah punya Yuna. Curi tulang pula dia.

Sesampai di luar kedai. Mina menghulurkan bunga itu kepada Taehyung.

"Ini bunga nya Encik Kim." kata Mina sambil menghulur bunga tersebut.

" kata Mina sambil menghulur bunga tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cantik. Pandai kau pilih." balas Taehyung lalu mengambil hulur dari Mina.

"Semua sekali 9500 won (RM33.73) " jelas Mina sambil tersenyum manis. Taehyung pun segera membayar harga bunga itu.

"Terima kasih. Datang lagi. Have a nice day." kata Mina dengan sangat mesra.

Mina ambil duit tersebut dan berjalan untuk masuk semula ke dalam kedai tetapi tiba-tiba tangannya di tarik oleh seseorang. Mina menoleh kebelakang untuk melihat siapa yang menariknya.

The Struggle Of LoveWhere stories live. Discover now