BAB 5

13.3K 619 95
                                    


"hi Tuan Rayyan" dengan lenggang lenggoknya dia datang menghampiri meja kerja Rayyan.

Rayyan yang melihatnya sudah panas hati, dahlah kena block dengan 'bakal isteri' ni tiba-tiba datang pula 'langau' dalam ni.. aduhh kau memang wrong timing lah perempuan.

Perempuan itu adalah Wana yang baru berkerja dibawah syarikat Rayyan tapi niat sebenar dia berkerja disitu ialah kerana mahu menggoda Rayyan dan mahu memastikan Rayyan menjadi suaminya. Dia selalu dengar tentang desas-desus mengatakan bahawa Rayyan ini ialah 'anti-perempuan' tetapi dia tidak percaya kerana dia tidak pernah Nampak Rayyan memukul perempuan kecuali menghiraukan perempuan disekelillingnya.

Jadi dia mengambil tindakan berani dengan datang ke pejabat Rayyan untuk menggoda Rayyan, yalah 'kalau tak cuba, belum tahukan'.

"apa kau nak perempuan" suara Rayyan kedengaran kasar.

"tak tahu nak ketuk pintu dulu kah? Mana adab kau hah perempuan?!" Rayyan mula menjerkah Wana.

Wana yang terkejut terus saja tergagap "ma-maaf Tuan saya nak hantar fi-file ni sss---sa-ja Tuan" kecut perut dia rasa apabila melihat renungan tajam Qaiser Rayyan.

"lain kali ketuk pintu aku dulu sebelum masuk faham, kalau tak jangan harap kau dapat berkerja kat sini lagi" Rayyan Cuba menenangkan diri. "bak sini file tu" suara Rayyan mula mendatar.

Wana memberikan file tersebut kepada Rayyan. Setelah melihat Rayyan leka menyemak file tersebut dia pun mencuba nasib sekali lagi dengan bergerak ke belakang Rayyan dan terus mengurut bahu Rayyan.

Rayyan yang terkejut apabila merasakan urutan dibahunya terus saja menepis kuat tangan Wana dan menolak kuat si Wana untuk menjauhinya.. "kau buat apa dekat aku hah perempuan? Berani kau sentuh aku?!" Rayyan mula menjerkah

Wana yang mahu membela diri terus mengatakan "saya Cuma nak urutkan bahu Tuan saja, saya tengok Tuan macam letih" suara dilunakkan sambil menentang mata hitam pekat si Rayyan yang memandang tajam kearahnya.

Rayyan yang mendengarnya terus saja darahnya menggelegak naik.

Rayyan terus menolak Wana hingga tersandar ke dinding dan terus mencekik Wana dengan kuat sehingga muka Wana mula membiru.

"kau, kau jangan sesekali sentuh aku. Kau tak layak sentuh aku, yang layak sentuh aku hanyalah ISTERI AKU, FATIN ADEERA BINTI DATO ILHAM. Dia seorang sahaja yang layak sentuh aku, kau faham tak?!" Rayyan menengking kuat kepada Wana.

Wana yang tidak mampu bersuara hanya mengangguk sahaja dan menepuk tangan Rayyan untuk melepaskan lehernya.

Rayyan yang melihatnya hanya tersenyum sinis lalu melepaskan leher Wana lalu laju sahaja badannya terjatuh ke lantai.

Rayyan terus saja memanggil Xander.

"Xander!!!". Xander yang ketika itu sedang melihat laporan syarikat terus saja bangun menyerbu ke bilik majikannya. Apabila dia datang, dia melihat Wana seakan-akan mahu pengsan di atas lantai tersebut. ' haih tulah kau masuk kandang singa lagi' Xander hanya melihat kearah Wana dengan pandangan kosong.

Tadi dia sudah memesan supaya serahkan saja file tu kepadanya tetapi Wana tetap degil mahu menghantar sendiri file itu ke Tuan Rayyan, tanpa sempat dia menghalang, terus sahaja Wana merempuh masuk ke dalam bilik Rayyan tanpa mengetuk pintu dahulu.

"kau, aku rasa mesti kau dah dengarkan tentang desas-desus aku yang aku ni memang 'anti-perempuan' tapi kau ni memang berani eh datang ke kawasan aku, semasa kau datang sini kau ada Nampak tak perempuan yang berkerja di tingkat ni?"

Wana terus saja terdiam, ya.. dia baru perasan bahawa tingkat ini tiada langsung pekerja perempuan.

Selalunya jikalau pekerja perempuan mahupun lelaki yang ingin menghantar kerja mereka, mereka hanya menyerahkan kepada Xander sahaja, lalu Xander akan menyerahkan kerja itu kepada Rayyan. Hanya hal-hal tertentu sahaja dan dengan kebenaran Rayyan sahaja mereka akan dapat berjumpa dengan Rayyan.

"aku tak nak pekerja perempuan berkerja di tingkat aku ni disebabkan perangai perempuan macam kau lah sundal, datang kerja bukan sebab nak buat kerja tapi sibuk nak menggoda, menggedik dengan jantan lain! Kau jangan ingat aku tak tahu semua perbuatan kau, aku tahu semua aktiviti pekerja aku!!"

"Xander! Kau Uruskan betina ni, jangan bagi aku Nampak muka dia lagi, dia ni boleh jadi pemusnah dalam syarikat aku"

"baik bos" Xander menurut perintah.

"ma-maaf Tuan, saya minta maaf saya janji tak buat lagi. Tuan maafkan saya tuan" Wana yang ketakutan terus saja melutut memohonkan keampunan.

Rayyan hanya membuat tidak tahu saja dan terus bergerak kearah meja kerjanya dan mengisyaratkan supaya Xander mengeluarkan Wana dari biliknya.

Bergema satu tingkat tersebut dengan rayuan memohon keampunan Wana kepada Rayyan.

PUKUL 5 PETANG

"ahh letihnya" Rayyan merenggangkan badannya. Tiba-tiba dia teringatkan si babynya itu.

Tersenyum sinis dia melihat gambar-gambar Fatin yang telah 'diupdatekan' oleh 'spy-spynya'. Walaupun tadi berpanas hati kerana Fatin telah menyekatnya, kini tidak lagi kerana dia mempunyai banyak cara untuk menghubungi si kekasihnya itu.. sekatlah berapa kali pun dia tidak kisah.

"haihh baby.. baby jual mahal pula yer" dia terhibur dengan telatah Fatin yang memberikan sekotak coklat Cadbury yang diberi olehnya tadi kepada rakan-rakannya.

"hubby beli dekat baby bukannya dekat diorang, haihh baik pula baby aku ni bersedekah. Baguslah inilah ciri-ciri wanita yang solehah, bagus dibuat bini nanti, jadi contoh kepada anak-anak nanti" memikirkan tentang itu membuatkan Rayyan tersenyum riang, yeah 'anak-anak' hehehhe tak sabarnya nak ada anak.

Fatin yang ketika itu sedang melepak bersama rakan-rakannya mula berkerut apabila merasakan getaran di tangannya menandakan ada satu mesej masuk.

"baiknya baby kongsi hadiah dengan orang lain" Fatin mula hairan, tadi rasanya dia sudah menyekat number 'stalkernya' itu, macam mana boleh hantar mesej masih lagi.

"don't ignore my message baby, I know you read it" Fatin mula merengus. Kacau jelah dia ni.

"what do you want?!" Fatin membalas mesej tersebut.

"you"

"gila! Wrong numberlah pakcik ooi"

"yes I'm crazy baby, I'm crazy about you babygirl and don't call me 'pakcik' nanti hubby denda baby" Rayyan mula ketawa kuat sambil membalas mesej tersebut. Rayyan dapat bayang muka Fatin menahan marah sambil membalas mesejnya. Dan baginya panggilan 'pakcik' terhadapnya agak melucukan.

"pergi tanjung rambutan lah kalau dah mengaku gila"

"tak nak sebab u tak ada"

"diamlah! Stop hantar mesej-mesej ni, pergilah cari bini tu, sibuk kacau anak orang"

"u lah bini I"

Fatin yang melihatnya merasa geli-geliman, lalu dia ingin menyekat sekali lagi number tersebut. Tetapi sebelum menyekatnya tiba-tiba naik satu lagi mesej

"don't you dare to block my number babygirl, if you dare to do it, you'll get your punishment"

Fatin yang rasa menyampah terus saja menyekat number tersebut tanpa rasa takut.'huh punishment konon, jumpa pun tak pernah.. berani nak punish aku, aku lesing kang apa tak dapat' Fatin terus menutup telefonnya itu dan menyambung berborak bersama rakan-rakannya kembali

Rayyan yang melihat tindakan berani mati si Fatin yang menyekatnya sekali lagi terus saja ketawa seperti orang psiko. "wow baby!! how dare you baby!! you really like playing with fire, tunggulah your punishment bila kita dah halal, memang hubby kerjakan baby cukup-cukup"








Sorry guys this chapter agak pendek, harap korang enjoy read this story okay,

jangan lupa vote and comments okay, good night my readers.✨✨✨

Update : 12:46 a.m. (20/10/2021)

His Señorita: 𝑸𝒂𝒊𝑭𝒂 ( COMPLETE )Where stories live. Discover now