BAB 23

10.5K 424 71
                                    

'Make you mine'








" seriously ibu & abah setuju jer? diorang tak sayang anak ke apa ni?" Fatin mengumam perlahan lalu dia berjalan kearah pintu biliknya perlahan-lahan. Dia tidak sanggup untuk mendengar lagi dan berasa sungguh tertekan sekarang ini. Seolah-olah dirinya seperti burung yang terkurung didalam sangkar. Dia tak dapat terima bahawa dia akan menjadi hak milik seseorang seusia muda ini. Dia takut untuk menempuh segala ujian yang akan datang semasa bertunang nanti. Sesungguhnya dia belum bersedia untuk menghadapi segala ujian tersebut.

'Ting Ting Ting Ting' menandakan ada banyak mesej masuk.

"Haih senah-senah bawang ni tak menyempat" Fatin melihat dua orang rakannya berpusu-pusu menghantar mesej kepadanya dalam group yang ada mereka bertiga itu. Belum sempat dia mahu membalas satu persatu, tiba-tiba noti video call masuk dari group mereka bertiga.

"Hello Assalamualaikum Senah dan Bedah~~ kenapa call?"

"Waalaikumussalam, Senah dan Bedah kau!! Kau ada kawan lain ker selain kitorang?! Kau lah punya pasal, lambat reply macam siput" Tanya Diana seakan tidak berpuas hati, sedangkan dia tahu bahawa Fatin hanya berniat untuk bergurau saja.

"Waalaikumussalam Zameon, seronok balik dengan bakal tunang?" Manakala Amira pula hanya melayan saja karenah rakannya itu. Maklumlah semuanya masuk air.

"Seronok kepala otak kau!"

"Eleh, cakap jelah seronok, sekeh kepala kang"

"Entah dia ni, nak tegakkan benda yang dah sahih pula"

"Betullah"

"Eh, kau tak pernah cerita pun kan tentang Abang Rayyan dekat kitorang" tanya Diana

"Memanglah sebab selama ni dia cuma kawan ayah aku jer" manakala 'ex-crush aku juga' hanya mampu disebut didalam hati.

"Ouhh"

"Ceritalah sikit tentang korang" inilah cara Amira untuk korek rahsia.

"Cerita apa? Kitorang memang tak ada cerita lah"

"Tak kanlah tak ada, habistu macam mana si putera katak boleh terfall in love dekat si puteri cantik?" Kata Diana

" Uish kau samakan Abang Rayyan dengan Putera Katak?"

"Ha, habistu?"

"Macam tak sesuai jer"

"Lantak lah, bagi aku sesuai jer. Okaylah dari aku samakan dengan oing oing"

"Betul juga tu, memang anak yang baik kau ni"

"Well, baru tahu kah?" kata Diana dengan riaknya.

"Ooi ooi, nak dengar ke tak cerita aku ni?"

"Ha ceritalah"

Lalu Fatin pun ceritalah tentang kejadian dimana dia berjumpa dengan si Kumbangnya itu, Qaiser Rayyan dari A ke Z. Manakala Diana dan Amira pula tekun mendengarnya dengan kepala yang tersengguk-sengguk

30 Minutes Later~

"Haa gituw lah ceritanya?" Setelah berceloteh untuk masa yang lama, akhirnya habis juga sesi cerita dan soal jawab mereka.

"Ouhh gituw"

"Sweetnya korang, untunglah kau Atin" kata Amira

"Itulah dalam diam ubi berisi dia ni" tambah Diana pula.

"Kami doakan semoga jodoh korang berkekalan hingga ke Jannah, Aamiin"

"Aamiin" Amira dan Diana sentiasa mendoakan yang terbaik untuk rakan mereka.

His Señorita: 𝑸𝒂𝒊𝑭𝒂 ( COMPLETE )Where stories live. Discover now