BAB 35

12.4K 455 168
                                    

'wine and go down deh'






"Abang Mirul" kata mereka berempat serentak. Staff yang bernama Sally itu memandang aneh kepada mereka berlima 'kenal ker diorang ni?'

"Abang Mirul buat apa dekat sini?" Fatin memulakan perbicaraannya.

"Abang kerja dekat sini. Korang?" Amira yang mendengar penjelasan itu terus cuak mukanya 'Alamak! Habislah aku!'

"Kitorang intern dekat sini"

"Ouh, jadi koranglah budak-budak intern tu ya? Okay. Good luck, buat yang terbaik ya.. Kak Sally, saya naik atas dulu ya. Jumpa kat office nanti" Amirul berlalu pergi menuju ke lift VVIP. Semasa dia menuju ke lift tersebut, sempat dia membisikkan sesuatu di telinga bidadarinya 'see you later little pumpkin' bersama senyuman sinis tidak lekang dari bibirnya.

'boleh tak sekarang ni aku nak tukar tempat praktikal? Matilah aku kalau buat praktikal dekat sini'

"Baik Tuan" Sally berkata sambil menundukkan sedikit kepalanya.

“korang kenal ker dengan big boss sini?”

“kenal”

“macam mana korang boleh kenal?”

“sebab dia kawan tu--“ sebelum sempat Amira membocorkan rahsia, Fatin menekup mulutnya kuat.

“tu—apa?”

“heheheh tak lah, dia kawan abang saya” Sally memandang curiga kearah mereka.

“ouhh gituw.. tak apalah kalau macam tu, jom lah saya bawa korang ke department masing-masing. Kang lambat habis kena marah pula.”

“jom” lalu mereka pun menuju ke lift yang telah disediakan untuk staff itu.

Semasa di dalam lift, Fatin mencuit lengan kedua rakannya itu dan membisikkan sesuatu ditelinga mereka. “korang jangan beritahu sesiapa eh yang aku dah bertunang! And jangan beritahu dengan siapa aku bertunang! Aku tak nak nanti diorang syak bukan-bukan pula”

“apasal pula?"

“yalah! aku tak tahu pula yang  abang Mirul ni ada company besar. Nanti kalau orang tahu tunang aku kawan dengan dia, mesti diorang ingat aku ada guna orang dalam”

“kau ni! Suka sangat overthinking! Biarlah orang cakap apa-apa pun asalkan orang tahu kau tu dah bertunang. In case, kalau-kalau ada orang kacau kau macam mana? Tak ke naya nanti. At least diorang dah tahu yang kau ni dah berpunya.” Fatin berfikir kata-kata Amira itu. Ada betul ya juga, tapi entahlah, dia kalau boleh nak merahsiakannya. Bila kahwin nanti baru dia nak heboh.

“betul kata Mira tu, baik kau follow jer kata dia” Diana bersetuju dengan cadangan Amira itu.

“see! Diana pun setuju”

“buat kali pertama kau pandai Mira, kalau tak lembab jer memanjang” dalam memuji, sempat juga Diana mengutuk Amira.

“eh kau ni! Aku puk kang apa tak dapat!”

“hm yelah-yelah, nantilah aku fikirkan balik” Fatin mengeluh perlahan. Farhan yang mendengar perbualan itu secara diam terus menyampuk.

“alah, tak apa Atin. Apa-apa yang berlaku kami sentiasa dibelakang kau, kau jangan risaulah.”

“ooi! Kau pasang telinga eh?!” Diana memarahi perbuatan Farhan yang dikira agak kurang sopan itu. Boleh pula dia pasang telinga time orang bergosip ni.

“apa? Korang sembang macam lah aku tak boleh dengar. Aku duduk tepi korang jer kan” Farhan menjulingkan matanya keatas. Perempuan, selalu over.

Diana yang melihat perlakuan Farhan terus merengus geram. ‘eee mamat ni! Sehari Tak sakitkan hati aku memang tak sah. Minta simpanglah aku dapat husband macam ni!’

His Señorita: 𝑸𝒂𝒊𝑭𝒂 ( COMPLETE )Where stories live. Discover now