BAB 32

11.7K 454 188
                                    

' You're my ANGEL BABY'







"awak buat apa kat sini?" Ayat yang sama keluar dari mulut masing-masing. Mereka tercengang seketika lalu ketawa kecil.

"Kenapa asyik cakap benda yang sama ni?"

"Hm.. maybe sebab kita berjodoh" Fatin ketawa kecil apabila mendengar gurauan dari rakan Universitinya iaitu Isaac Iskandar. Mungkin baginya itu hanyalah sekadar gurauan, tapi tidak bagi lelaki muda yang bernama Isaac Iskandar ini. Sejak kali pertama mereka bersengkang mata, dia sudah pun jatuh hati dengan si bidadari manis ini, Fatin Adeera. Tiap-tiap masa dia asyik memikirkannya malah semakin lama, ia juga sudah menaruh harapan untuk menagih cinta dari si bidadari manisnya ini. Tapi apakan daya, suatu Hari nanti pasti hatinya akan berkecai apabila dia mendengar berita bahawa gadis idamannya kini sudahpun berpunya.

"Hahahaha awak ni, ada-ada jer" Fatin hanya menggelengkan kepalanya.

"Awak buat apa kat sini?"

"Saya datang sini sebab nak beli novel ni" Isaac Iskandar menunjukkan novel yang bertajuk Dangerous Love dari penulis Nisaamuttalib itu kepada Fatin Adeera.

"Wah! Awesome, awak pun suka baca novel?" Isaac Iskandar hanya menganggukkan kepalanya sambil menayangkan senyuman manisnya.

"Samalah saya, saya suka baca novel juga. Saya start kenal dengan novel ni, bila saya taksub sangat dengan apps novel macam wattpad, novel plus. Kat situ juga saya dapat kenal ramai penulis-penulis hebat seperti kak Jannah, kak Saraalee, kak Luna, kak N.. dan kalau awak tak percaya, saya juga kenal dengan kak Nisa. Diorang baik sangat awak.. arghh!! Saya Excited giler bila diorang notice saya, omo omo.. rasa macam her favourite artist notice their fans you know!! Kan best kalau dapat jumpa dengan diorang face to face." Fatin bercerita kesemuanya kepada Isaac Iskandar dengan perasaan yang teruja. Dia berasa sangat gembira kerana dapat berjumpa kawan Universitinya yang juga kaki Novel dan tambah pula, ianya seorang lelaki! Lagilah dia berasa kagum. Memang jarang nak jumpa lelaki yang suka baca novel ni. Isaac Iskandar pula hanya tekun mendengarnya sambil senyuman lebar yang tidak lekang dari bibirnya kerana ini kali pertama gadis pujaannya ini bercakap santai dengannya. Dia berfikir, alang-alang mereka mempunyai minat yang sama, dapatlah ia menjadi salah satu cara untuk dia mendekati Fatin dengan lebih dekat.

"Disebabkan apps-apps ni jugalah saya start kumpul novel tau. Penuh satu almari saya tu dengan novel- novel yang best. Haihh... Teringin juga nak jumpa dengan diorang" Fatin tersenyum sendirian memikirkan betapa bahagianya dirinya jikalau bertemu dengan idola-idolanya itu.

"In Syaa Allah, nanti mesti awak akan berjumpa dengan diorang."

"Aamiin.. hehehe sorrylah saya terexcited pula bila jumpa dengan orang yang sama minat dengan saya ni" Fatin tersengih kerang busuk. Dia pula tadi yang beria-ria bercerita dengan orang yang tidak rapat dengannya itu ini. Takut pula nanti orang lain menganggapnya sebagai over excited pula.

"It's okay pretty girl. I like it, at least saya tak rasa kekok bila bercakap dengan awak. Ini kali pertama saya tengok awak bercakap dengan saya seolah-olah kita berkawan rapat" Fatin menundukkan wajahnya menahan malu apabila Isaac Iskandar mengatakan sebegitu.

"Cutelah awak ni, janganlah malu. Kita kan dah jadi kawan" Isaac Iskandar mencuit sedikit awning tudung Fatin.

"Eh awak ni! Janganlah main tudung orang! Haih tahu tak susah nak jadi ni" Fatin merengus geram. Lama tau dia nak buat awning tudung ni, susah benar nak jadi.

"Janganlah marah. Awak marah lagi bertambah cute tau" Isaac ketawa perlahan.

"Urgh! Memang semua lelaki sweet talker eh?" Tanya Fatin sambil membetulkan awningnya.

His Señorita: 𝑸𝒂𝒊𝑭𝒂 ( COMPLETE )Where stories live. Discover now