BAB 43

13.5K 421 81
                                    

This is our dystany mio angelo








HOTEL XIA'S PRINCE

Fatin termenung apabila melihat kearah cermin besar yang kini mempamirkan dirinya yang memakai dress labuh berwarna Baby Blue itu. Walaupun simple tetapi sangat cantik dimatanya. Sungguh tak dapat ia ucapkan dengan perkataan disaat ini. Pandai sungguh suaminya, memang menepati citarasanya. Tidak terlalu ketat dan longgar, muat-muat saja dia memakainya.

"amboi! Cantiknya pengantin kita ni" tegur Datin Linda dari belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"amboi! Cantiknya pengantin kita ni" tegur Datin Linda dari belakang

"pengantin lama lah ibu" Fatin ketawa kecil.

"tak kiralah pengantin lama ker, baru ker. Diwajah kakak tetap Nampak seri pengantin tu." Datin Linda mengusap pipi anaknya dengan lembut.

"Abang Rayyan kat mana ibu?"

"dia ada kat bilik sebelah, tengah tunggu bidadari dia ni. Tak sabar-sabar nak jumpa, katanya rindu. Tapi, nasib baik Amirul halang dia dari datang sini. Kalau tak, silap-silap hari bulan korang tak jadi bersanding, tapi jadi benda lain." Fatin ketawa mengenangkan sikap gelojoh si Rayyan. Memang sejak-sejak mereka berpisah, Rayyan bersikap lebih protective, obsessive terhadapnya. Tadi pun semasa sampai di hotel, punya gigih dia memujuk Rayyan supaya melepaskannya kerana mahu masuk ke bilik untuk bersiap. Tapi, Rayyan tetap tidak melepaskannya dengan berkata 'kenapa kena bilik asing-asing sedangkan luar dan dalam hubby dah tahu?!'. Padahal pada awalnya dia yang minta bilik asing, katanya nak surprise. Ceh!

"kakak, kakak dah siap?" tiba-tiba Dato Ilham datang mengetuk pintu dan menanyakan keadaannya.

"dah abah"

"jom. Pengantin lelaki dah siap tunggu depan pintu dewan" Dato Ilham menyambut tangan mulus anak tunggalnya itu. Fatin dengan gemuruh berjalan mengikuti ayahnya ke pintu dewan manakala Datin Linda pula setia mengikuti disisinya.

"relax kakak, jangan nervous. Ibu dengan abah ada." Datin Linda memujuk supaya anaknya bertenang kerana terbias di wajah anaknya perasaan gemuruh itu.

Semasa mereka berjalan ke pintu dewan, tiba-tiba pandangan Fatin disajikan dengan susuk tubuh seorang jejaka yang tegap iaitu suaminya yang sedang membelakanginya. Suaminya itu memakai suit ala-ala prince berwarna dark blue.

 Suaminya itu memakai suit ala-ala prince berwarna dark blue

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Señorita: 𝑸𝒂𝒊𝑭𝒂 ( COMPLETE )Where stories live. Discover now