BAB 14

11.3K 506 105
                                    


I love you for infinity










DEWAN KULIAH

"Baik semua seperti yang sedia maklum hari ini kita akan mengadakan taklimat tentang keusahawanan, oleh itu semua pelajar diminta untuk memberikan perhatian yang sepenuhnya dan silent kan telefon anda semasa taklimat ini berlangsung" kata Pengerusi tersebut.

"Aduhh macam tahu-tahu jer aku nak main fon time dengar taklimat" Amira merungut perlahan.

"Alah apa susah, kau silent fon then main jelah senyap-senyap.. macamlah tak pernah buat" kata Fatin.

"Entah dia ni, bab-bab ni kita dah pro dari azali kan" Diana pula menyokong.

"Siapa yang tidak memberi tumpuan sepenuhnya dalam taklimat ini akan dikenakan denda". Semua pelajar mengeluh apabila mendengar amaran tersebut.

"Kau agak-agak kan, siapalah yang akan beri taklimat tu?" Amira bertanya dengan nada sangat perlahan kepada Fatin memandangkan satu Dewan Kuliah telah menjadi senyap sunyi.

"Entah, aku tak nak ambik tahu". Fatin menjawab dan terus mengeluarkan earphonenya dari poket dan terus memakainya.

"Psst Diana" Amira memanggil Diana yang tersenggok-senggok.. 'sakan minah ni, tak mula lagi majlis dah tidur'

"Apa?!" Jawab Diana dengan malas.

"Beraninya kau tidur"

"Alahh relax ah, kita duduk belakang kut. Bukannya diorang nampak pun.. lagipun aku dah cover line baik punya, tapi nanti kalau tak jadi, korang cover jugalah aku"

"Pfft bertuah punya minah tomboi" Fatin mencubit pipi Diana

"Sakitlah Atin" Diana merengek perlahan

"Padan muka kau HAHAHAHA" Amira ketawa. Fatin dan Diana yang melihat Amira ketawa terus saja mereka menutup mulutnya itu. Perempuan ni kalau ketawa boleh dengar satu dunia

"Diamlah bengong, nanti semua pandang sini" Fatin menarik pipi Amira dengan kuat.

"Auchh sakit-sakit, sorrylah terlepas" Amira mengaduh perlahan.

"Dipersilakan Encik Muhammad Qaiser Rayyan iaitu CEO of MQR COMPANY untuk memberikan taklimat" semua bangun dan memberikan tepukan gemuruh kepada Rayyan.

Ketika Rayyan masuk kedalam Dewan tersebut, mereka dapat merasai aura ketegasan yang sangat kuat. Dengan muka yang garang tidak menunjukkan sebarang senyuman dan penampilannya yang sangat kemas, berkot hitam, dan berkemeja putih, serta tie hitam. Boleh dikatakan tiada cacat cela dalam penampilannya itu.

Rayyan masuk kedalam Dewan tersebut dengan gahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rayyan masuk kedalam Dewan tersebut dengan gahnya. Setelah sampai ditengah - tengah pentas, dia memerhati keadaan sekeliling dan akhirnya dumm. Dia tersenyum sinis ketika berjumpa dengan sang bidadarinya yang kini juga melihatnya dengan wajah yang terkejut. 'I found you babygirl'

His Señorita: 𝑸𝒂𝒊𝑭𝒂 ( COMPLETE )Where stories live. Discover now