Bab 2

57 10 0
                                    

JAM sudah menginjak masuk pukul dua belas tengah hari menunjukkan waktu untuk makan tengah hari.

Hero menuju ke arah pangkin yang berdekatan di kawasan sawah padi tersebut. Peluh yang merinik di dahinya dikesat dengan belakang tapak tangan sebelum baju yang membaluti tubuh sasanya ditanggalkan begitu saja. Rasa membahang pula tengah hari ni.

"AHHHHHHH!"

Suara seseorang menjerit membuatkan Mael dan Hero yang berada di situ tersentak tiba-tiba. Mael hampir-hampir saja mahu melatah tapi saat matanya menangkap batang tubuh Nana yang terpacak di situ, terus dia menghela nafas lega di situ. Nyaris-nyaris sahaja dia hampir kena serangan jantung.

"Nana! Kau dah kenapa ni?" Mael terlebih dahulu bersuara. Bila bercakap dengan Nana ni memang kena ada kesabaran yang tinggi. Kalau tak dengan dia-dia sekali mereng sama .

Mael naik mengusap-usap lembut dadanya. Kus semangat!

"Lah nak bersorak sikit je. Salah ke?" Nana menjawab.

"Itu bukan namanya bersorak. Kalau kau nak menjerit, pergi dekat sarkas sana. Hah dekat situ kau nak menjerit ke melalak semua boleh. Tapi bukan dekat sini. Sekarang ni waktu rehat. Jadi tolong jangan ganggu," ujar Mael lagi. Sempat lagi matanya mengerling ke arah Hero yang cepat-cepat menyarungkan bajunya semula apabila melihat kehadiran Nana secara tiba-tiba di situ.

"Sorry, Nana terlebih excited pula bila nampak abang Hero hari ni. Boleh tak Nana nak join sekali?"

"Tak boleh!" Serentak mereka berdua menjawab. Lalu berpandangan sesama sendiri.

"Okay tak apalah kalau macam tu," Nana menjawab, "Abang Hero! Jangan lupa makan bekal yang Nana bawa tu tau. Penat tau Nana buatkan bekal tu untuk abang. Ada masa nanti, Nana bawakkan makanana kesukaan abang pula." kata Nana siap dengan gaya menggelitisnya itu.

Mael yang menjadi saksi di situ hanya mampu menggelengkan kepala. Ingat senang ke nak goda si Hero yang berhati macam batu ni?

"Dah-dah pergi sana. Menganggu je hang ni."

Sebelum pergi, sempat Nana menjelirkan lidah ke arah Mael. Kalau tak difikirkan abang Hero ada di situ, memang dah kena dah si Mael ni. Tapi memikirkan Mael sahaja satu-satunya kawan baik abang Hero, jadi nak tak nak terpaksa juga dia mengalah. Mael je satu-satu harapan untuk dia mendekati abang Hero pujaannya itu.

"Okay tak Hero?" tanya Mael setelah kelibat Nana hilang dari pandangan mata.

Hero yang baru sahaja meneguk minumannya hanya mengangguk kecil. Pandangannya ditebarkan ke arah sawah bendang yang menghijau. Rasa tenang sungguh hatinya saat melihat suasana yang mendamaikan seperti ini. Jauh dari bunyi kenderaan yang membingitkan seperti di bandar yang berkembang maju. Sesiapa juga akan berfikir dua kali untuk meninggalkan kawasan perkampungan ini.

"Kau fikirkan pasal apa ni?" ujar Mael apabila melihat Hero seakan sedang hanyut dalam lamunan ciptaannya sendiri. Dalam diam Mael menyimpan senyuman. Hero tak pernah-pernah mengelamun panjang seperti ini melainkan kalau ada sesuatu perkara yang penting telah menganggu fikirannya.

"Ke tengah sibuk fikirkan tentang anak Syed Haizarl?"

Tembakan Mael membuatkan Hero terbatuk-batuk kecil. Nasib baik dia tak teguk botol mineralnya tadi, kalau tak memang dah tersembur ke wajah Mael tadi.

"Kau mengarut apa ni Mael?" kata Hero dengan batuk kecil yang masih bersisa. Perit rasa tekaknya ketika itu.

"Aku tanya je. Mana tahu Hero Zahin yang berhati beku dan dingin dengan wanita ni, dalam diam tengah jatuh cinta dengan seseorang..." Sakat Mael sambil menjongketkan sebelah keningnya.

Hero HaylaWhere stories live. Discover now