Bab 6

65 10 0
                                    

"TEH panas untuk minuman petang hari ni."

Suara Mael mengejutkan Hero yang sejak tadi memandang sawah padi yang terbentang nun luas. Walaupun cuaca petang ini agak baik tapi tidaklah pada raut wajah Hero Zahin. Wajah lelaki itu kelihatan pucat dan pelipisnya nampak dihiasi oleh keringat.

"Hmm nyamannya menyegarkan!" ujar Mael selepas menghirup teh panasnya sambil mengerling sekilas ke arah Hero. Saja mahu memancing perhatian Hero yang sejak tadi mengelamun tak ingat dunia. Buntu Mael melihat tingkah Hero yang hampir seharian mendiamkan diri tanpa sebab.

"Kau kenapa ni? Cuba cerita kat aku apa yang tak kena dengan kau ni. Macam berat je masalah kau ni aku tengok." Leter Mael sambil mengambil tempat duduk di sebelah temannya itu.

"Tak ada apalah." keluh Hero perlahan lalu kepalanya disembamkan ke atas meja yang tersedia di atas pangkin kayu itu.

"Tak ada apalah? Kau patut tengok diri kau sekarang. Dah macam orang mati bini pun ada."

Saat itu juga wajah Hayla melintas di pinggir matanya. Dia mengimbas lagi pertemuan yang tidak pernah diduga bersama gadis itu. Semuanya seakan pantas baginya. Gadis itu muncul di dalam hidupnya secara tiba-tiba dan entah berapa kali bayangan gadis itu bermain di fikirannya.

Mael memetik jari di hadapan Hero, membuatkan Hero tersentak dan kembali semula ke alam yang nyata. Hero mendongak memandang Mael yang berada di hadapannya kini.

"Memang dari tadi aku cakap ngan tunggul ke?" selar Mael dengan nada tak puas hati.

"Err... Mael, aku rasa aku nak balik dulu. Apa-apa nanti aku call kau." Hero bingkas dan berlalu pergi.

Jeritan Mael yang memanggilnya langsung tidak dhiraukan sama sekali. Dia perlukan jawapan untuk semua pertanyaan yang bermain di benak fikirannya.





LANGKAH Hero semakin laju menuju ke rumah. Jarang bagi Hero untuk dia pulang pada petang begini kerana dia tahu pada waktu sebegini pasti banyak gadis-gadis muda yang keluar berjalan di sekitar kampung ini.

Tapi apakan daya, dalam keadaan sebegini terpaksa juga Hero meredahinya jua. Dalam dia melewati setiap gadis yang lalu di tepi jalan itu pasti akan ada bisikan-bisikan kecil bersama lirikan pandangan dari mata-mata mereka. Bagi Hero sudah tentu dia memang akan rasa tidak selesa. Sehinggakan dia terpaksa menundukkan setiap pandangannya dari mana-mana gadis yang memandangnya. Hero tak adalah bengap mana untuk mengerti setiap pandangan yang dilemparkan oleh gadis-gadis itu.

Sebaik sahaja tiba di rumah, Hero mula rasa resah bila kelibat gerangan yang dicarinya itu seakan tiada di dalam rumah itu. Dadanya mula dipalu rasa gemuruh. Tak mahu apa yang bermain di fikirannya betul-betul terjadi.

Dengan cepat Hero menanggalkan seliparnya lalu masuk ke dalam rumah. Matanya melilau mencari kelibat maknya.

"Mak!" Jeritan Hero memenuhi ruang. Matanya melilau mencari kelibat mak nya di dalam rumah itu.

"Mak!" panggil Hero lagi.

"Ya Allah! Hero! kamu ni buat terkejut mak je. Kenapa balik tergesa-gesa ni?"

Kelihatan Mak Jah muncul dari muka pintu rumah sambil mengelap peluh yang bersisa di dahinya. Hero mula bergegas mendapatkan maknya.

Melihat beberapa beg plastik di pegangan tangan Mak Jah, tahulah Hero yang maknya baru saja pulang ke pekan membeli barangan keperluan harian mereka.

"Kamu kenapa ni? Ada apa-apa berlaku ke?" ujar Mak Jah dengan penuh lembut sambil menatap satu-satunya anak terunanya itu.

Tak semena-mena Hero menggigit dinding pipinya. Entah kenapa dia jadi kelu untuk bersuara tika ini. Hero sendiri tak faham apa yang tak kena dengan dirinya ni.

Hero HaylaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora