Bab 3

48 10 0
                                    

"Terima kasih Hero sebab sanggup tolong Tok Walid kat sini. Kalau tak ada kamu, tak tahulah macam mana Tok Walid nak buat semua kerja menukang ni."

Hero yang baru sahaja selesai mengemas segala peralatan pertukangannya terus menghampiri Tok Walid dengan senyuman di bibir. Dia rasa sungguh berbesar hati bila Tok Walid yang merupakan ketua kampung masih lagi mahu menggunakan khidmatnya di kampung ini. Walaupun dia bukan profession dalam bidang pertukangan ini, tapi itulah minatnya sejak kecil. Bahkan sebenarnya arwah ayahnya juga yang mengajar segala ilmu pertukangan ini. Nak jadi lelaki sejati kena la pandai menukang, itu apa yang arwah ayah kata.

"Tak ada masalah pun Tok Walid. Kalau ada masalah lagi boleh je panggil saya. Saya akan tolong semampu mana yang saya boleh."

Itulah Hero. Selagi orang kampung masih memerlukan bantuan, dia akan tolong sedaya upayanya tidak kira apapun. Dia gunakan sebaiknya kemahiran yang dimiliki dengan menolong orang kampung.

Hero berkemas-kemas untuk pergi memandangkan hari pun dah masuk waktu senja jadi dia takut emaknya yang berada di rumah masih menunggu kepulangannya. Mael yang menemaninya dari tadi ikut sama bangun.

"Tunggu kejap Hero!"

Laungan Tok Walid menghentikan langkahnya. Hero menoleh ke belakang dan melihat Tok Walid mula tergesa-gesa mengejarnya yang sudah menapak langkah untuk pulang ke rumah.

"Ni ada lauk lebih Tok Walid beli tadi. Makan ya nanti." ujar Tok Walid sambil menghulurkan beg plastik yang berisi lauk pauk itu.

"Buat susah Tok Walid je. Lagipun bayaran yang Tok Walid bagi pun dah cukup banyak. Saya tak harapkan apa-apa balasan pun."

"Tak susah mana pun. Rezeki sama dikongsi. Nanti boleh makan dengan emak kamu sekali. Oh ya jangan lupa kirim salam dengan mak kamu nanti ya," pesan Tok Walid.

Hero hanya mengangguk lalu dengan penuh rendah hati dia menyambut huluran beg plastik yang berisi lauk-pauk itu. Syukur. Rezeki memang tak salah alamat.

"Jangan risau. Untuk kamu pun ada sekali Mael," celah Tok Walid lagi.

"Betul ke ni Tok Walid?" tanya Mael dengan wajah tersengih-sengih. Tak sangka langkah kanan betul dia hari ni. Tak tolong pun dapat juga makanan. Kalau macam ni, hari-harilah dia nak singgah rumah Tok Walid.

"Terima kasih Tok Walid. Moga Allah murahkan lagi rezeki Tok Walid. Kalau tak ada apa-apa lagi, kami pergi dulu ya?" kata Mael dengan penuh sopan sebelum mereka berdua melangkah pergi dari rumah ketua kampung itu.

"Mael, kau rasa tak apa yang aku rasa?" ujar Hero tiba-tiba.

Dahi Mael berkerut seribu. Dah kenapa Hero ni tiba-tiba cakap macam tu. Dah la mereka berdua ketika ini tengah berjalan meredah senja ketika ini. Jangan kata yang Hero nampak makhlus halus bertenggek kat mana-mana sudah la.

"Aku...aku tak rasa apa-apa!" jawab Mael tergagap-gagap. Sehabis baik dia control wajahnya. Padahal dalam diam rasa nak cabut lari cepat-cepat.

"Tak adalah. Aku rasa macam ada benda buruk akan berlaku." kata Hero lagi dengan nada yang begitu perlahan tapi masih dapat didengari oleh Mael di sebelahnya.

Setelah berjalan menyelusuri beberapa kawasan di kampung itu, mereka berdua lalu di kawasan laut kerana di situlah rumah mereka berdua berdekatan.

Hero mula rasa tidak sabar untuk pulang dengan membawa rezeki yang penuh nikmat di tangannya sebaik sahaja nampak rumahnya yang tidak jauh dari kawasan laut itu.

"Tolong! Sesiapa tolong! Ada orang lemas kat laut sana tu!" lantang jeritan itu membuatkan Hero dan Mael berpaling mencari suara itu.

"Lemas? Siapa pula yang nak lemas kat laut sana tu?" Mael bertanya dengan soalan yang tak berapa cerdik.

Hero HaylaWhere stories live. Discover now