Bab 7

74 8 0
                                    

BUNYI kokokan ayam mengejutkan Hayla dari lena yang panjang. Mentari membuka tirai dengan sinar hangatnya menyapa pagi itu. Dari celah-celah tingkap kayu, Hayla dapat melihat embun pagi mulai mencair, membasahi rerumput hijau di laman rumah ini.

Hayla masih tak percaya, rumah yang dia menetap ini betul-betul berdekatan dengan laut.  Tambah pula dengan bunyi ombak yang menyapa telinganya, lagilah mengasyikkan rasanya. Tidak seperti duduk di tengah-tengah bandar. Di sini jiwanya lebih tenang dan damai.

"Ah nyamannya bila dapat tinggal kat sini." desis Hayla perlahan bersama senyuman kecil terukir di bibir.

Setelah merenggangkan tubuhnya, Hayla kemudian bangun lalu keluar sambil mencapai tuala lalu menuju ke bilik untuk membersihkan diri.

Setelah menyiapkan dirinya, Hayla bergegas keluar untuk mencari kelibat Mak Jah terlebih dahulu.

Kelihatan Mak Jah sedang sibuk memasak sesuatu di dapur. Hayla tak mahu menganggu Mak Jah jadi langkahnya diatur mencari kelibat Hero pula.

"Hero..."

Untuk seketika, kaki Hayla automatik kaku di tempat dia berdiri.

Hero sedang berdiri di luar rumah sambil menukang sesuatu. Cuma berseluar jeans lusuh tanpa berbaju. Mata Hayla ralit melihat gerak geri tubuh lelaki itu. Melihat biceps nya bergerak tiap kali tangannya lincah menukang di luar rumah. Serta merta Hayla menelan liurnya. Tak tahu bagaimana dia mahu lepaskan keindahan di depan mata itu.

"Dah puas tengok?"

Serta merta merah padam wajahnya bila menyedari tatapan mata Hero melekat ke arahnya.

"Awak buat apa?" tanya Hayla sekadar berbasa basi sambil mendekati Hero yang agak sibuk dengan kerja tukangannya itu. Sedikit sebanyak Hayla berasa agak kagum dengan hasil kerja yang dibuat oleh Hero. Begitu teliti sehingga membuatkan Hayla kagum dengan kelebihan yang dimiliki oleh lelaki itu.

Hero mengangkat pandangannya semula. Namun begitu, pertanyaan Hayla langsung tak dibalas, sebaliknya hanya panahan tajam saja yang dilemparkannya.

"Baru bangun?"

Hayla menjulingkan mata sekilas. Bukan main lagi perlian dia tu. Pagi-pagi begini pun dia sudah disajikan dengan wajah dingin Hero. Susah sangat nak senyum agaknya.

"Awak tak kerja hari ni?" Hayla memulakan perbualan.

"Kejap lagi aku nak turun laut."

Kali ini Hayla hanya mengeluh berat. Typical Hero. Mana mahu lelaki itu mahu mendengar nasihatnya. Dah cakap suruh berehat, masih lagi memikirkan soal kerjanya yang tak berkesudahan.

Hero lantas bangun lalu mengemas segala peralatan menukangnya itu. Dia menyarung baju t-shirt hitam ke tubuhnya semula. Nampaknya kerjanya sudah selesai. Tiba masanya untuk dia bergegas menuju ke laut pula.

"Saya nak ikut awak!" usul Hayla tiba-tiba.

Automatik Hero menoleh.

"Kau nak ikut aku turun laut?" soal Hero dengan rasa tak percaya.

Hayla mengangguk laju.

"Tak payahlah..."

"Bolehlah, bolehlah..." ujar Hayla dengan wajah yang penuh mengharap. Berkelip-kelip matanya cuba untuk menagih simpati lelaki itu.

Hero menghela nafas berat. Bukan ini yang dia pinta.




TERLAKAR wajah kegirangan Hayla tatkala mereka berdua sudah tiba di laut.

"Tak sangka saya dapat lihat pemandangan yang indah macam ni lagi."

Hero berdiri di samping Hayla sambil mengukirkan senyuman. Matanya turut sama melihat pemandangan laut. Sempat dia mengerling ke arah Hayla yang sedang memejamkan mata menikmati suasana yang begitu damai . Sesekali angin sepoi-sepoi bahasa menerbangkan rambut panjang milik gadis itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 14, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hero HaylaWhere stories live. Discover now