1 4

183 14 0
                                    

"Weh, kau ingat tak harini hari lahir siapa? "

"Hm, siapa? "Hany dengan malas nak tak nak jawab. Atira menjeling.

"Pandang lah aku, kau ni! "Atira menarik bahu Hany. Tch

"Hah, apa dia. Buang masa mata aku je pandang kau. "Hany mencebik

"Harini hari lahir Zarith weh! "Atira menepuk-nepuk bahu Hany. Kalau Atira dapat rasa dia punya tepuk tu, ish nak je dia bagi sebijik.

"So, apa kena mengena dengan aku? Hany menyoal balik. Atira mengecilkan matanya, eh perempuan ni rasa tak bersalah langsung!

"Kau lupa ke? Ke kau pura-pura lupa?"Atira nak pastikan apa yang berada dalam otak Hany sekarang ni.

"Entah, apa dia?"

Atira tepuk dahi, perlahan.

"Allah kau ni! Makan kerengga ke? Kan memang dah tradisi dekat dalam kelas, sambut hari lahir untuk semua, kau lupa? " Atira sakit hati dengan kawannya itu. Kalau ye pun benci dengan Pengawas kerek tu, jangan lupa lah rakan kelas yang lain. Sumpah tak masuk akal langsung!

"Ergh, apa-apa jelah malas aku layan. "Dengan menonong dia berjalan ke depan, wajah selambanya itu di tayang kan. Memang sekarang dia malas nak ambil tahu pasal Zarith Aqashah!

Basyirah hanya kerling Atira, Hany hanya membuat muka toya dia. Tanda malas nak ambil tahu. Sikap Hany sebegitu, Atira malas nak bertegur dengan Hany. Basyirah hanya jadi pemerhati. Dan dia juga jadi orang tengah. Perang psikologi di jalan kan. Rasa-rasanya dia sekarang stress in air.

"Hoi makcik! Kau orang ni dah kenapa? Masam je macam makan garam sekilo."jerkah Basyirah. Dua-dua pandang ke arah Basyirah. Tajam, e'eh Minah ni kang aku bagi penampar tahun ni kang.

"Pandang aku macam nak makan tu kenapa? "

Hany gulingkan biji mata nya.

"Tanyalah kawan baik kau tu, menyampah aku. "Ujar Atira, Basyirah pandang ke Hany.

"Dah lah malas aku nak cakap apa-apa, sekarang masa apa dah ni? Kalau tak ada apa-apa aku blah, nak ponteng! "Bulat mata Atira dengan Basyirah mendengarnya.

Sekali lagi dia orang ni dah kenapa?

Basyirah memicit kepalanya. Pening!

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Perang psikologi di jalankan oleh Hany. Sekarang dia hanya seorang diri di belakang sekolah. Langkah terhenti seketika. Sekejap, kenapa aku jalan dekat sini? Allah!

Tubuh Hany separuh menggigil. Sebab takut, dan seram sejuk sekarang ni. Dia takut kejadian dua bulan lepas terjadi lagi. Cepat-cepat dia berjalan ke arah pagar belakang sekolah. Baru sahaja ingin mencampakkan beg ada suara memanggil nya. Ya Allah! Kantoi!

"DALENA HANY!"

Aku tak berganjak kemana pun sekarang sebab -

"Aku panggil kau jawab lah! "

"Ye? "Soal Hany sepatah.

Ketua Pengawas KEREK! [OG]✓Where stories live. Discover now