1 9

66 6 0
                                    


"Hany , pusing belakang jap. Tapi jangan laju-laju" kata suara lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan si Zarith. Aku panggil macam dah takde suara dah. Aku ikut katanya.

" Dah, apanya ?" Soalku dengan malas. Rimas betul lah monyet ni.

" Nah," tangan dia keluarkan lalu benda itu di bagi aku. Cincin?

" Er, apa ni?" Pura-pura tak faham tapi aku mengerti. Dia nak masuk minang aku ?! Zarith sengih. Aiseh men senyuman dia. Ya Tuhan!

" Can you be my fiancé after SPM? " Suara garau nya sudah tiada. Itu suara lembut Zarith! Ya Allah kenapa dia romantik sangat! Tak-tak sekarang ni dia tengah melamar aku dekat belakang pagar sekolah? Tak grand langsung lah dia ni!

" Untuk? Untuk apa aku terima kau. " Mula tu aku tak nak cakap macam ni . Aku nak cakap YES tapi , tak boleh aku geram sangat! Wajah nya bertukar.

"Kau tak terima aku ?" Dia menyoal. Rasa nak high five dahi dekat tanah. Aku mengeluh.

" Aku tak suka. Aku tak suka kau nak lamar aku dekat sini. Tak romantik langsung!" Pura-pura kawal emosi. Tetapi aku kawal riak aku. Tak nak sangat nampak teruja. Zarith? Dia senyum simpul macam pondan.

"Oh, patutlah. Hahaha, comel betul lah kau ni." Zarith angguk-angguk macam faham maksud aku.

"Takpelah kau terima cincin ni dulu lepas exam aku masuk minang terus! Setuju?" Dia kata . Aku macam kena renjatan elektrik. Terkejut. Terkedu. Tiba-tiba

" Piweettttt! Piweettttttt! Sweet siak!" Tiba-tiba ramai suara budak-budak kelas aku dan yang lain kenalan Zarith. Aku auto jadi tomato. Dan aku pun mengambil cincin itu dan aku pakai sendiri. Nak dia sentuh? Oh tolonglah aku jaga adat. Hehe. Lepas nikah baru boleh!

"Thankyou ." Ucapan aku seikhlas yang mungkin. Lagi pun lepas olahraga ni , kita menempuh ujian yang sangat besar bagi aku. Tahun ni tahun akhir aku di sekolah ini. Jadi aku harap yang terbaik. Pelbagai ujian aku hadap , pelbagai acara aku terima. Itu adalah kehidupan aku masa zaman sekolah.

"Sama-sama kasih, Hany. Cumanya aku harap kau di sisi aku sampai akhir nafas aku. Ajal maut di tangan Tuhan. Kau kena sentiasa ada dengan aku. " Zarith berkata. Aku pastu Zarith buat yang terbaik. Aku harap dia boleh bimbing aku.

" Okay sayang !" Tiba-tiba dia terkejut.

"Apa ? Tak dengar." Pura-pura tak dengar ke dah dengar dia ni?

"Taknak cakap lagi." Malu jangan cakap lah. Haha.

"Kau malu, kau comel." Kata Zarith . Eh dia puji aku? Haha, rasa hati berbunga-bunga pula.

"Dah kau nak puji-puji pulak. Nak apa? Kaki nak?"kasar macam biasa. Ni lah aku. Daleena Hany, Hany yang kasar, garang semua ada. Lepas ni tak ada lagi berita pas Hany kena ganggu dengan troublemaker itu. Semuanya dah lalu.

Raptai balapan dan pandang dah berakhir. Jam menginjak pukul enam petang. Hany hanya memandang wajah Zarith yang berbual itu. Pengawas kerek jadi tunang aku? Haha, macam mimpi, tapi semua tentang dia aku suka. Bukan apa cuma aku takut terjadi macam dulu-dulu.

"Jom Hany,aku hantar kau balik" ajak Zarith. Aku hanya mengangguk sambil senyum. Zarith pandang ke arahnya

"Kenapa? Ada sesuatu kat muka aku ke?" Aku meraba-raba mukaku. Dia ketawa lepas.

"Tak ada, cuma aku tahu selama ni kau ada perasaan dekat aku. I know you Hany," Zarith berjalan iringan dengan aku. Selamat berada disampingnya.

"Haha, yalah dah muka aku senang nak dibaca orang," kataku.

"Kan" sama-sama ketawa.

Tiba di kawasan rumah aku, dia berhenti

"Okay Hany, aku balik dulu. Masuk nanti mandi, solat okay? Jaga diri." Pesanannya buat kan hatiku terusik.

"Kau pun, kau bawak motor jangan laju, Zarith. Jaga diri jugak!" Dia menganggukkan kepalanya.

Dia mula pusing belakang, aku pandang kearahnya. Jauh sudut hati masih ragu, betulkah keputusan aku untuk menerima nya? Adakah aku bersedia? Istikharah!

Langkah aku mula atur, aku masuk memberi salam dalam hati. Pintu bilik ku aku buka. Alhamdulillah sampai juga dalam bilik. Penat bukan main. Mandi!
Lepas itu aku solat benda wajib.







HARI OLAHRAGA SEKOLAH ,

Pasukan rumah biru iaitu rumah Gamma, pelumba lari tersebut ialah senior tingkatan enam aku ingat-ingat lupa namanya, Iskandar Ryzal. Dan paling penting Zarith Akasyah pelumba lari yang kedua mewakilkan rumah sukan Alfa iaitu kuning. Lelaki idaman sekolah terpaling macho lah sangat. Dan seterusnya rumah oren iaitu violet lelaki India siapa entah aku pun tak tahu namanya. Petak seterusnya rumah infra iaitu rumah merah. Kebanyakkan aku tak kenal ,sebab tak ambil tahu pun. Harap-harap rumah kuning nombor satu! Lagi-lagi Zarith kesayangan aku memang atlet sekolah. Sah-sah menang.

Bila cikgu suruh berdiri mengikut petak-petak lumba lari itu, semua rumah-rumah suka menyaksikan siapakah yang bakal menang di tempat yang pertama. Dan paling mendebarkan Zarith. Bagiku dia lah paling hebat!

Semua pelajar bersorak-sorak. Dan menyokong antara satu sama lain. Aku pun ikut sekali.

"Oit, buat apa sorang-sorang, "

Aku pandang wajahnya, lah Sofia. Senyum,

"Tu, tengok bakal suami aku bertanding" konon sebut bakal depan Sofia.

"Ceh! Geli aku bakal-bakal dulu bukan main gaduh dengan dia," ah sudah dah mula bebel buka zaman jahiliyyah pula.

"Kau boleh tak tolong jangan ungkit kisah lama? Aku sepak karang,ada yang tak jadi apa kang ," cuba untuk bangun tapi di tahan.

"Alah kau ni sejak-sejak baik ni tak boleh buat gurau ye? Maaf-maaf." Kata Sofia, aku sengih. Memang tersentap tak boleh dah. Hahaha,

"BAIK LAH SEMUA PELUMBA DAN PENONTON ,MARI KITA SAKSIKAN SIAPA YANG MENDAHULUI GARISAN PENAMAT UNTUK 200 METER LELAKI, DAN MEREKA YANG MENONTON MARI SAMA-SAMA MENYOKONG PASUKAN RUMAH ANDA!" MC majlis, suara agak aku kenal. Shahril. Kawan si Zarith. Tak sangka pula ye dia sesuai jadi MC.

Semua pelajar dan guru berteriak, bukan main bingit telinga. Aku dan Sofia bersorak-sorak untuk rumah sukan kami.

Ketika itu,semua pelumba lari sudah bersedia.

"KEGARISAN SEDIA, PRIIIIIITTTTTTTTTT!!!"

Aku nampak sendiri Zarith mendahului, sungguh laju,

"ZARITH, ZARITH, ZARITH!!" semua pelajar melaung nama Zarith.

Ada yang menyebut nama ,

"IS , ABANG ISS LAJU LAGI ABANG IS, ISS BOLEHHH!!" Sekumpulan pelajar perempuan yang merupakan f3 peminat agaknya. Mungkin, tapi malangnya Iskandar itu tak dapat kejar Si Zarith Akasyah, yang dah sampai ke garisan penamat. Dan nampaknya buah hati aku menang!!

"Weh, Zarith.." Sofia cuba kata pada aku yang Zarith menuju ke arah aku. Straight forward betul mamat ni! Semua orang pandang.

"Hany nanti medal tu untuk kau" katanya dan dia pergi semula ke arah padang. Uhukss terkedu pun ada.

"UUUUUUUUUUU" Semua pelajar piwit ii aku. Alahai! Malunya aku.

Takboleh ke dia tu nanti-nanti nak sweet pun alahai.

Ketua Pengawas KEREK! [OG]✓Where stories live. Discover now