1 8

172 9 8
                                    

     Raptai Balapan dan Padang. (Hari Sukan Sekolah)

Hari ni aku pakai baju sukan. Tapi aku tak masuk pembarisan untuk tahun terakhir ni. Juga olahraga. Adalah sebab-sebab tertentu. Yang paling penting aku malas! Bila teringat balik, Zarith datang sekolah semalam. Aku nak tegur dia tapi,berat hati. Aku masih ragu-ragu.

Agh!sudahlah Hany. Jom kita sekolah!

Tanpa di paksa datang dia dah muncul , siapa lagi kalau bukan Hariz. Si tukang bodyguard tak bergaji.

"Hai Hany, Selamat pagi." Dia menghadiahkan senyuman nya untuk aku. Manis!

"Pagi juga. Kacak kau hari ni? Haha," tangannya mengusap tengkuk. Tanda malu.

" Eh kau puji ke tu?. Dah lah jom." Ajaknya. Dia sebelah kiri aku. Dia nampak tinggi ,tapi kalau dengan Zarith dia lebih rendah. Zarith lagi tinggi dari dia. Tiba-tiba Zarith pulak.

"Kau okay ke?" Hariz menguyah gula-gula getah, sambil tangannya masuk ke poket.

"Okay je. Cuma,Zarith datang ke harini?" Soalku. Hariz pandang aku.

"Datang , cuma dia naik kereta. Ujarnya. Aku hanya angguk.

Tiba 15 minit ke sekolah, kakiku berhenti. Aku nampak Zarith depan pondok Pak Gat , berdiri. Dia toleh ke arah aku. Aku pantas menoleh tempat lain.

" Hany ,jom? " Kata Hariz yang tadi hanya diam.

"Oh,okay-okay"

Masuk sahaja bangunan sekolah, riuh rendah dalam dewan memecahkan kesunyian aku tadi. Aku hanya senyum tak lama lagi aku dah nak habis sekolah. Langkahku terhenti bila ada tangan memegang.

"Weh tunggu jap. " Kata suara garau itu. Aku pun pandang dia.

"Lepaskan tangan kau." Suaraku berura-ura marah. Zarith. Nasib baik berlapik. Kalau tak benjol dah dahi dia aku kerjakan.

"Kau nak apa? Panggil jelah tak payah pegang-pegang," suaraku mendatar. Dia pandang dengan mata redup. Dup dap dup dap.

Asal jantung ni?

"Kau cuba lari dari aku, Hany?"soalnya . Dia jongket kening.

"Tak, mana ada? Ada nampak?" Nafiku. Puas aku lari tapi dia ?

"Aku bukan kenal kau  baru tadi Hany. Kau cuba lari. "

Persekitaran ku Zarith tak hiraukan. Cuma, Hariz dia menyaksikan aku dengan Zarith di tengah-tengah Dewan Za'aba. Hanya beberapa orang memandang ke arah kami.

"Tak. Aku nak beratur. Hariz terima kasih teman aku pergi sekolah." Muka aku tak ada perasaan yang aku tayang. Buat macam tak ada apa-apa.

"Sama sama Hany." Jawabnya ringkas.

Aku masuk barisan perempuan. Zarith pula hanya terkebil-kebil. Macam dia tak sangka aku macam ni. Mungkin.

"Hany!!" Si perempuan yang terkinja macam bapok cuba memegang bahuku. Nasib aku tak ada sakit jantung.

"Kau ni pun. Bagi lah salam ke apa ke? Ni terjah je, macam bapok!" Suaraku seoktaf. Terhibur Aina di sebelahku.

Ketua Pengawas KEREK! [OG]✓Where stories live. Discover now