0 3

442 31 2
                                    

"Woi, nak lah satey tu, aku lapar ni!"jerit Hany pada abangnya,Hazriq.

"Kau ni, tempolok besar betul. Sabar lah sikit. Aku tengah bakar ni, kang ada yang terbakar tangan aku, tak dapat nak inai di jari nanti"katanya. Hany membuat muka menyampah.

"Puih, awek pun tak ada, ada hati nak kahwin? Ew, siapa nak kau ni? Maya Karin pun tak nak lah dekat engkau" ejek Hany.

"Aip-aip, cakap baik sikit. Aku sula dengan batang satey ni kang" Hazriq mengacu batang satey itu kepada Hany. Hany menjelir lidahnya kepada Hazriq.

Pada masa itu, Hany dan abangnya mengambil masa lapang untuk me release tension kepala otak mereka. Almaklumlah, abangnya Hazriq tingkatan 6,Hany pulak tingkatan 5 otak masing-masing beku nauzubillah.

"Hany,kau nak tahu tak, aku ada lah usyar satu awek ni-"

"-Buifhhh!" Hany tersembur air di depan meja mereka.

"Hoi! Kurang adab betul kau, elok-elok lah minun air tu, sengal betul"Hazriq tak sempat hendak bercerita tentang perempuan idamannya dah adiknya terkejut. Apa? Ingat abangnya tak ada awek nak usyar ke?

"Dah engkau suka cakap merepek, aku sembur lah"

"Kurang asam punya adik. Patutnya kau support aku! " Kata Hazriq.

"Dah lah, aku malas nak dengar, sudah, aku nak satey ayam tu. Bagi cepat! " arah Hany. Hazriq muncung tiga depa.

"Yelah-yelah, lepas ni balik. " nada Hazriq merajuk. Hany memandang abangnya. Ai? Merajuk ke bang? Hany menjongket kan bahunya. Malas nak fikirkan abangnya yang tengah angau nak bercinta. Ni kalau abah dengan umi tahu ni matilah kau, Hazriq!

Setelah dua jam berkelah tanpa menjemput kawan-kawan, hanya mereka berdua sahaja berkelah, mereka pulang ke rumah nya. Dalam perjalanan, diam seribu bahasa. Hany pun tidak tahu nak cakap apa. Abangnya hanya fokus pemanduan.




****




NUR DINI QISTINA hanya duduk di wakaf yang di sediakan oleh pihak sekolah, untuk menunggu Hany, rakan karibnya. Sedang dia menunggu ada beberapa orang ingin ke tempat nya. Dia membuat muka selamba, dan buat tak tahu sahaja.

"Weh, bla ni tempat aku"kata perempuan yang menggalas beg di belakang itu. Nina hanya diam dan selamba. Dia tidak berpuas hati, terus mencengkam tangan Nina.

"Hoi! Lepaskan dia! " Hany dan Atira datang untuk mendapatkan Nina. Lalu, Nina menolak mereka bertiga dan berlalu pergi meninggalkan budak perempuan berambut pendek itu.

"Maaf weh, aku lambat tadi. Ni lah, Atira lambat sangat keluar rumah apalah yang di belek tak tahulah"sindir Hany, Nina tersengih.

"Eh kau, suka hati je cakap aku lambat tampar karang"

"Dah-dah jom ke kantin, tak payah lah gaduh" Nina menenangkan Hany dan Atira.

"Ha,jom aku kebulur ni weh" kata Atira. Hany menjeling.

"Perut kau guni beras ke? "soal Hany. Minah ni suka makan patutlah pipi pau!

Sampai je di kantin Hany, Atira dan Nina menunggu si Basyirah yang tak sampai-sampai dari tadi.

"Weh, mana Syirah eh? Asal lambat dia tu?" tanya Atira kepada Nina.

"Mungkin dia demam kut, aku takut nanti dia kena tahan dengan ketua pengawas kerek tu" ujar Nina. Hany hanya senyap. Agaknya,  malas nak ambil tahu. Tiba-tiba -

"Engkau, ke mari!" tanpa di izin untuk memegang tangan Hany terus dia terkejut, dengan tangan yang ringan Hany terus lempang lelaki yang menarik lengan Hany. Ambil kau! Kurang ajar sangat.

"Padan muka engkau shy ton! Lain kali minta izin Umi dengan abah aku lah, ni tak tiba-tiba je datang terus pegang tangan. Kau fikir aku ni apa? Isteri kontrak engkau ke? "marah Hany sambil mencungap. Dada Hany berdebar-debar kerana dek monyet tanpa izin datang. Nina dengan Atira lah ni suka sangat sebut nama monyet ni.

"Dah kau pekak aku panggil tak nyaut, kau fikir, suara aku suara mikrofon ke?" Zarith mengusap pipi nya yang di tampar oleh minion pendek yang dia menyampah ni.

Menyampah-menyampah pun kau suka buli dia. Kenapa?

" Weh korang aku chau dulu, aku tak ada mood nak makan dengan adanya monyet tak ada adab ni, lagi aku nak muntah! "

"Jomlah kita pergi sama-sama,buat semak je dia ni" Kata Atira sambil menjeling.

"Hoi minion! Aku tak puas hati dengan kau! Tunggu kau dalam kelas nanti" ugut nya. Hany tak mengendahkan nya.

'Ya Allah, aku sabar je dengan engkau Zarith Aqashah, kalau tak aku dah buka langkah dah nak terajang kau sampai Afrika Selatan sana!'

"Dia nak buli kau lagi ke weh?" soal Nina. Hany senyap.

"Entah Zarith memang macam tu, suka hati dia je nak buli orang tahu lah kaya. Kaya sangat kalau tak ada adab tak boleh juga. Nak je aku cili mulut dia, eeeee!" bebel Atira.

"Biar lah dia tu, mungkin otak dia yang shot. Aku nak tengok je dia sampai bila nak buli aku. Kalau dia rasa penat dia akan penat. Lepastu,  boleh lah aku buli dia balik, haha"Hany bersuara. Atira terlebih dahulu ketawa. Nina hanya sengih.

"Oi korang! " laung Basyirah. Ha, sampai pun minah murai ni.

"Awal gila kau sampai?" Perli Atira. Nampak sangat Atira nak ajak gaduh.

"Kau nampak ni? Agak-agak lah nak perli aku, aku tertinggal bas,bongok!" Syirah memukul bahu Atira. Hany dengan Nina hanya menggeleng kepala. Macam budak-budak!

"Dah lah, jom masuk kelas, aku ada kerja yang tak siap ni, ada kang cikgu Amirahanim membebel" kata Hany sambil membetul-betulkan rambutnya yang serabai itu.

"Okay, guys jumpa masa rehat!" jerit Nina. Nina pantas melangkah ke arah kelas nya yang di sebelah aku. Kelas aku bernama Benficce.





****



ZARITH AQASHAH, menghembus asap yang terakhir dan terus memijak rokok itu. Tanpa memandang ke kiri dan ke kanan Zarith terus panjat pagar di belakang kantin, dia mengerling jam tangan menunjukkan pukul 10:50 a.m. sekarang masa rehat. Lalu, dia ternampak Hany membeli makanan di kantin. Idea jahat Zarith pula muncul.

Zarith dengan sengaja langgar Hany di meja berdekatan itu lalu makanan itu tumpah-

"Waterpark! Makanan aku sia!" marah Hany. Dia mula menoleh ke arah Zarith. "Kau lagi!? Asyik-asyik muka kau je, tak ada ke muka lain aku nak tengok? Ganti balik makanan aku!" Hany meminta bayaran makanan itu. Zarith sengih sinis.

"Apa? Ganti? Haha, cium aku dulu baru boleh" ugut Zarith. Hany membuat muka muntah. Cium? Kau fikir aku nak?

"Kepala otak kau lah, aku minta ganti bukan cium, dasar pervert! Blah lah kau, monyet!" Hany menolak Zarith ke tepi. Nampak sangat muka kau Hany, comel.

"Okay-okay aku ganti. Tapi Hany-"

"Apa tapi? Tak nak tapi-tapi aku nak kau ganti je,kalau tak nak tak apa. Aku ada duit lagi. Tak hairan aku dengan duit kau berkepuk-kepuk tu" laju Hany melangkah. Aku hanya tersenyum.

'Minion pendek!"

Nak sahaja Zarith menjerit nama itu, tapi itulah,  dalam hati sudah boleh berkata kalau ter keluar habislah tamat riwayat kau harini Zarith...





"『🌙』 :: i care about you because i love you . but you never notice me ."

Ketua Pengawas KEREK! [OG]✓Where stories live. Discover now