0 1

1K 56 0
                                    

Pagi ini, aku berjalan ke arah pagar sekolah, namun hati aku rasa nak patah balik. Aku kerling jam tangan aku. Aku keluh, ya Allah aku dah lambat. Why semalam aku tidur lambat! Aduh lah, kalau Cikgu Khuzairi nampak ni mampus aku. Aku nak panggil pakcik guard tu tapi -

"Ha kau, asal tak masuk lagi? Nak ponteng? Dah lambat buat cara lambat tak payah nak ura-ura balik rumah!" kata budak lelaki memakai baju biru. Sah-sah lah pengawas tak bertauliah ni! Sebenarnya aku malas nak tengok muka monyet ni.

"Hm"sepatah aku menjawab. Dia tak puas hati lalu dia menarik lengan aku. Apani?"Hoi, suka-suki kau je pegang tangan aku, lepaskan! Dasar monyet!"alamak, mulut aku tak ada insurans langsung! Mampuslah.

"Apa kau kata? Monyet!? Punyalah muka aku ni kacak macam Fattah Amin, kau kata monyet? Dah lah,  pendek macam minion!" kurang asam boi betul kau, monyet.

"Biarlah pendek, tapi comel. Dari kau galah terlebih kalsium!" aku yang tak mahu kalah dengan pengawas kerek paling aku menyampah ni terus aku pijak kasut dia. Ambil kau! Puas hati aku.

"Woi minion! Kasut aku mahal lah! Jahanam kau"jerit pengawas itu. Aku sengih sinis terus aku tak mengendahkan dia. Kau nak tangkap aku? Tangkap lah sampai lubang hidung kau tak akan dapat aku.

****

Daliena Hany, seorang pelajar perempuan kasar,kau nampak sahaja dia perempuan lembut tapi, bila kau cuba dekat dengan dia, satu cm je dia dah tibai. Nampak tak perbezaan dekat situ? Kau jangan main-main dengan minah ni.

Orang gelar dia,'Hany Rough' sebab dia perangai macam lelaki. Mungkin dekat rumah dia lembut sedikit lah berbanding di sekolah. Masuk je bangunan sekolah, Hany membuat muka selamba tanpa memandang ke arah budak-budak yang tak pernah tengok perempuan comel. Acah.

Hany berjalan ke arah Dewan Za'aba untuk beratur mengikut kelas. Ya, hari ni hari isnin. Mungkin bagi sesetengah budak sekolah benci waktu perhimpunan, termasuk Daliena Hany.

Zulaikha Atira, rakan kepada Daliena Hany. Dua-dua sekepala, masuk air tapi, bila marah Atira lah paling garang. Hany pun takut.

"Weh, Hany! Asal kau lambat? Kau tahu tak hampir-hampir kau di panggil oleh Cikgu Khuzairi. Nasib kau baik harini sebab aku cover kau tahu?" Hany membuat muka menyampah. Atira ni tolong aku tak ikhlas!

"Duh, kalau tak sudi tolong aku, tak payah tolong lah. Menyusahkan engkau je. Dah ke tepi, aku nak duduk! " jawab Hany dingin. Zulaikha Atira berkerut. Kenapa dengan minah sorang ni?

"Kau kenapa? Baru lepas bergaduh dengan Ketua pengawas kerek itu ke? Asal lain macam je, layan aku?" Hany mengeluh, bila lah Atira nak berhenti bercakap ni?

"Nanti aku cerita okay? Dah, diam pengetua nak berbual"ujar Hany. Atira senyap seribu perkataan. Hany memandang buku catatan yang di pegangnya. Dia menilik satu persatu muka surat itu. Lepas itu, MC berbicara.

INGGG! Bunyi mikrofon mengejut kan semua pelajar. Ada yang ngilu mendengar bunyi itu.

"Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera, saya mewakili ketua pelajar untuk membaca doa dan ikrar, sila berdiri untuk menyanyikan lagu sekolah dan lagu negaraku" Hany mengangkat mukanya. Seperti pernah dengar suara itu. 'Monyet!' gumam hatu Hany. Sejak bila monyet ni acah-acah baik?

Daliena Hany dan semua pelajar bangun untuk menyanyikan lagu sekolah dan negaraku. Dengan tiga kilo punggung Hany memberatkan lagi punggungya. Terlebih malas.

"Haih, malas betul nak bangun. Atira angkat aku, cepat!" arah Hany. Atira yang malas nak bertekak dengan Hany tiga suku ni terus bangun kan nya.

"Atira, weh pekak ke sini kejap! "Atira toleh ke barisan belakang.

"Apa! Terjerit-jerit nama aku. Macam aku ni pekak tujuh keturunan " suara Atira sedikit tinggi buatkan dua barisan menoleh ke arah Atira.

"Aku panggil kau tadi, dah kau tak dengar aku panggil lah kuat. " kata Basyirah. Nur Basyirah rakan kepada Zulaikha Atira dan juga Daliena Hany.
"Ada apa? Kejap lagi lagu nak mula"

"Nak tahu tak? Ada gosip terhangit harini? "kata Basyirah. Atira jongket kening. Kalau bukan nama Basyirah bukan kaki gosip dekat kelas, memang tak sah lah gelar dia 'Minah murai'.

"Hm apa lagi? Gosip hangit lah sangat. Aku tak nak dengar. Okay bye" Atira melangkah laju ke barisan kelas di hadapan tadi. Hany menunggu macam patung cendana. Apani? Lama sangat, radio rosak ke?

"Haih, cikgu ni buat penat kaki aku je menunggu, lembab betul" rungut Hany. Atira pandang Hany.

"Lek lah, macam kau tak tahu Cikgu ni " Atira menjawab.

"Maaf atas kesilapan cikgu, pelajar. Harini perhimpunan di batalkan. Ada masalah teknikal. Pelajar-pelajar semua boleh masuk kelas dalam barisan kelas. Terima kasih" Cikgu Ainon mengarahkan pelajar memasuki ke kelas masing-masing.

"Arghh! Best nya tak ada perhimpunan! " salah seorang pelajar perempuan yang terjerit kecil itu bersuara. Childish! Gumam hati Hany.
Sampai sahaja di kelas, Hany, Atira dan Basyirah duduk di tempat mereka sendiri. Tapi Basyirah sahaja yang duduk di belakang Atira. Kerana, tempat meja itu bersusun dua meja. Jadi, terpaksa Basyirah duduk di belakang.

"Weh, sekarang masa apa?" Afrina bertanya. Basyirah mengeluh kecil.

"Sains" jawab Basyirah pendek

Sedang Hany melayan perasaan, dengan tiba-tiba buku Hany di tolak jatuh-

"Eh? Kau apahal?! " marah Hany.

"Hoi perempuan, kau jangan sesekali rapat dengan ketua pengawas tu,dia tu aku punya!" kata Arisya. Tiba-tiba masuk kelas tak bagi salam lepas tu, kata Pengawas engkau punya? Otak mana otak? Sejak bila pengawas tu kau punya? Kalau kau nak pun kau ambil jelah, aku tak nak pun.

"Kau gila apa Arisya? Sejak bila aku rapat dengan monyet tu? Pandang kaki aku ni,ada ke aku nak dia? "soal Hany balik. "Tak habis-habis dari dulu sampai sekarang kau masih dengki dengan aku. Kau ni, macam budak-budak. Cukup lah Arisya, kita dah tingkatan 5,berfikiran matang sikit" kata Hany yang cuba menenangkan Arisya. Dengan jelingan tajam dia terus keluar dari kelas aku. Eleh, sentap lah tu.

Rakan-rakan sekelas aku hanya ketawa menyaksikan apa yang berlaku tadi. Tapi, kelas tiba-tiba jadi senyap. Seorang lelaki, melangkah masuk ke kelas kami dan-

"Aik? Tiba-tiba senyap? Kenapa?" kata monyet itu. Hany memang gelar dia monyet. Cuma dia je tak terima. Dasar pengawas kerek!

"Hany, aku nak jumpa kau masa balik nanti" kata Zarith Aqashah. Hany toleh dengan hairan 'gila apa monyet ni? ' .

" Nak buat apa? Nak rogol aku eh? " ayat luar otak muncul mengikut hati terburai lah di mulut.

"Sengal apa kau? Kalau aku ni jahat macam perogol bersiri dah lama aku rape  kau, biol" kata Zarith. Aku sengih.

"Yelah-yelah"

Anjing dengan kucing sering bergaduh tetapi tak pernah baik. Aku dengan kau selalu bergaduh tapi kita selalu jadi kawan baik. Hari demi hari Hany memikirkan kehidupan yang dia tempuhi. Hidup nak cari apa?







****


"I know you smile when you talking with me "

Ketua Pengawas KEREK! [OG]✓Where stories live. Discover now