0 4

370 27 0
                                    

ZULAIKHA ATIRA,mengambil kertas yang terjatuh di tepi meja itu lalu dengan sengaja nya si Zarith memijak kertas itu dan-

"Woi! Kau buta ke hah! Kau tak nampak ke kertas aku kau pijak tu?! Weh, Hany tolong aku.. " Hany terpinga-pinga dalam keadaan terhuyung-hayang Hany berkata-

"Apa ni jerit-jerit? Aku nak tidur pun tak senang lah " Hany masih dalam keadaan blur. Atira tidak menghiraukan Hany.

"Zarith aku nak kau buat balik! Aku tak kira! Tu kertas kerja, Add Math bengap. Mampus Cikgu Kalsom marah aku nanti"

"Tak. Nak"

"Buat balik! "

"Tak. Nak"katanya tak nak mengalah.

"Aku bagi tahu pengetua, kau hisap rokok belakang sekolah baru tahu!" ugut Atira.

"Kau berani bagi tahu, siap kau, aku kerat telinga kau nanti!" dengan perempuan pun dia tak nak mengalah. Zarith terus duduk di sebelah Hariz Adrian. Semua orang menyaksikan pergaduhan Atira dengan Zarith. Hany masih dalam khayalan.


BIOLOGY,subjek killer budak kelas depan Madam Valarmathy, selaku guru Biology yang antaranya popular di sekolah ini. Tetapi, subjek ini subjek tidak wajib bagi Hany. Sebab apa? Hany benci kelas depan!

"Arghhhhh! Aku tak suka subjek Bio!" jerit Hany dalam tandas,Atira terkejut mendengar nya.

"Hoi nyah, kau dah kenapa? Mental? Nak aku hantar kau dekat Hospital Permai sana?"soal Atira dengan jelingan Hany membuat kan Atira ketawa. Tak sekarang, dia ke gila aku?

"Blah ah, menyampah aku. So,  sekarang macam mana? Nak ponteng dengan aku ke tak?" Hany mengubah topik subjek bio tadi. Tiba-tiba dia teringat yang dia pun badgirl dekat sekolah ni. Muka talam lah katakan.

"Kau betul-betul ke nak ponteng? Tak takut?" soal Atira. Hany senyum senget.

"Dah lima tahun aku buat kerja ni. Tak kan kau tak kenal aku lagi, Atira oi" ujar Hany. Atira hanya mengangguk.

Selepas beberapa minit, Hany dengan Atira keluar dari tandas. Hany melencong ke arah belakang sekolah yang termaktubnya port ponteng sekolah. Atira pula memasuki ke kawasan kelas nya.

Dalam perjalanan, Daliena Hany perlahan-lahan ke tembok yang tinggi nya sebelas kaki, dia memanjat tembok itu dan-

"Hoi! Kau ponteng eh!?"

'Alamak takkan kantoi pulak! ' gumam hati Hany.

"Aku kata kau turun sekarang! Sebelum aku rogol kau dekat sini!" eeh kau, sesedap ajinomoto je kau nak rogol aku. Dengan pantas, Hany tak jadi melangkah terus turun ke tembok yang tadinya dia berdiri.

"Kau! -"

"Aku apa? Apa?" memang patut aku panggil kau monyet tanpa izin!

"Diamlah! Shuh-shuh!"halau Hany.

"Halau aku pula, bukan nak ajak lepak sekali" katanya. Ish, tak kuasa aku nak ajak kau lepak ke ponteng ke kahwin ke, asalkan kau takde, SEMAK!

"Kau, penyemak dalam hidup aku. Ke mana saja je lah kau ada! Kau stalk aku eh? " soal Hany. Zarith tersengih.

"Tengok rumput hijau ni, ada ke aku stalk kau? Puih, tak hingin aku dengan minion tak cukup zat besi ni" perli Zarith. Cis, nanti kau.

"Okay, apa-apa je lah. Dah ke tepi, aku nak masuk kelas! " Hany menolak badan sasa Zarith keras macam patung dekat Batu Caves sana.

"Ke tepi! "dia tidak mahu berganjak. Ish, mamat ni. Aku tampar sekali terus masuk ICU kang.

"Aku tak nak bagi kau masuk kelas" katanya. Apakah?

"Dah tu? "

"Jom ponteng sekali"ajaknya. Ini ketua perosak pelajar ni bukan ketua pengawas membimbing pelajar. Cikgu Khuzairi tolonglah, pecat Monyet ni!

Dalam keadaan tangan Hany di tarik oleh Zarith, Hany mula risau dan dia bertanya kepada Zarith."Wait Zarith, kita nak ke mana ni?" soal Hany menggelabah.

"Ikut je lah aku, kau ni boleh senyap tak? Aku cium kau kang" katanya dengan nada ugut.  Haish, mana boleh jadi aku dengan dia berdua ni.

Peluh menitis di dahi, Hany mengelap nya dengan tangan, tanpa meminta Zarith menghelurkan tuala tangannya ke Hany.

"Apa ni?" soal Hany.

"Buat makan"sindir nya. Ish, main-main pulak.

"Thank you "ucap Hany. Badboy tapi baik. Hm....

"Bila nak balik sekolah balik? Kau tak rasa ke Cikgu Khuzairi tu cari kita?" keadaan kekok mula terasa, apabila Hany membuka bicara. Zarith memandang Hany.

"Kau tak payah risau lah"Zarith meneruskan perjalanan dia dan aku hanya mengikut telunjuk nya. Macam 'lembu cucuk hidung'.

Sampai sahaja destinasi, Hany terbeliak biji matanya. Jalan besar!

"Weh, apahal jauh beno nak ponteng sekolah?"terkejut Hany di buatnya. Yela, mana tak nya Hany ingatkan nak ponteng dekat-dekat area sekolah je tapi?

"Tempat port aku dengan kawan-kawan aku, kau je perempuan aku bawa dekat sini first time " Zarith berkata. Hany hanya senyap. Eleh, ingat aku nak sangat ke ikut dia ni? Kau juga yang paksa aku!

"Tak tahu dan tak nak tahu, so?"

"Okay lah, aku tahu kau tak suka aku. Kalau kau tak nak ponteng dengan aku, kau boleh balik" Zarith yang duduk di batu celah-celah semak itu terus mengeluarkan sebatang rokok Dunhill. Kalau kau jadi suami aku,dah lama aku blacklist!

"Dah lah, bawak aku balik sekolah balik. Aku tak suka bau rokok"kata Hany dengan tenang. Zarith hanya senyum nipis.

"Maaf Hany, aku tak boleh, sebab aku ada kerja lain" katanya dengan senyuman jahat.

"Kurang asam betul, habis tu siapa nak ambil aku ni,gila? Dah lah tempat tak di ketahui orang!" Hany mula meninggi suaranya. Hany memandang keliling jalan besar itu, tiada satu pun kenderaan lalu.

"Tolong lah Zarith, jangan buat aku cemas!" Hany meminta pertolongan, Hany rasa badan nya terapung-apung di langit lalu badanya memyembah di jalan. Ya, aku pengsan.

"Hanyy! Hanyyyy! Bangun woi! "







Zarith Aqashah, hanya menyalahkan diri nya kerana dia Hany pengsan. Masuk jam 3 petang Hany masih tidak bangun kan diri. Tiba-tiba badan Hany bergerak-gerak.

"Hany? Hany kau okay tak?" Zarith menggoncang bahu Hany. Masih dalam mimpi Hany hanya senyap.

"Maafkan aku, Hany" ucap Zarith. Pertama kali dalam hidup nya tak pernah perempuan yang di bencinya, sekarang terlantar di katil nya sekarang. Apa yang dia dah buat?

"Ni semua salah engkau, Zarith! Kalau tak dia tak pengsan tadi!" Zarith menjerit sendiri.

"Umi.... " terpacul suara Hany menyebut uminya. Allah mati aku.

"Hany, Hany kau dekat rumah aku ni" perlahan-lahan Hany membuka mata dan bangun dalam keadaan kelam kabut.

"Kau buat apa dekat aku? Macam mana aku ada dekat sini? Cakap lah! Macam mana aku ada dekat sini!" marah Hany. Zarith diam.

"Hoi! Aku tanya ni!"

"Aku angkat kau tadi, kau pengsan dekat semak tadi, maaflah aku terpaksa angkat kau bawa balik rumah aku. " Kata Zarith jujur. Jujur dia tak ada buat apa-apa.

"Betul ni? Kau tak ada buat apa-apa?"soal Hany lagi sekali.

"Betul lah, gila apa aku nak rogol kau?Dahlah,siap-siap aku hantar kau balik. Dah pukul 3 lebih ni. Kang ada yang kena kahwin free nanti" katanya bergurau. Hany membaling bantal. Zarith mengelak dari kena bantal. Hany yang malas bermain lagi terus berkata-

"Kepala botak engkau" Hany terus bangun dari baring tadi terus mengemas-ngemas dirinya, dan menyikat rambut nya yang serabai.










"Sometimes you’ve got to be able to listen to yourself and be okay with no one else understanding."

Ketua Pengawas KEREK! [OG]✓Where stories live. Discover now