0 5

335 31 0
                                    

DALIENA HANY , membetul-betulkan tali kasut converse nya yang terbuka ikatan talinya. Tiba-tiba -

Gedebuk!

"Hoi! Tak nampak ke hah!? "aku punya lah besar macam panda,kurang asam boi betul.

"Dah kau ikat tali kasut tengah-tengah jalan, mana lah aku nampak." Zarith hanya membuat muka selamba, tanpa menghiraukan Hany.

"Punya lah aku besar macam gajah ni, kau kata tak nampak?" soal Hany mencebik.

"Haa, gajah tapi pada aku kau minion! Dah lah, ke tepi aku nak jalan!"dengan riak macam galah nya Hany menjelir lidah kepada Zarith.

"Siapa nak halang kau jalan, jalan jelah, kejap lagi aku kaki karang!"jerit Hany.

"Kau pendek, mana sampai" ejek Zarith, cis! Pandang rendah ya? Nanti kau,monyet!

Dengan berbekalkan tenaga Hany yang mencangkung terus bangun lalu, dia menyepak betis Zarith. Ambil kau, rasakan tendangan Hany yang paling sakit di sekolah ini.

"Sakit lah gila! Kau ingat kaki aku ni batang kayu ke? Minion dasar tak sedar diri!" marah Zarith. Hany senyum sinis, padan muka engkau.

"Jangan ganggu aku" kata Hany, tanpa memandang Zarith lalu dia ke arah tangga untuk menaiki ke kelas.

"Tch, mana minah dua ekor ni? " bebel Hany sendiri. Sedang Hany naik ke tangga ada tiga orang perempuan berambut pendek menghalang jalan Hany. Eh, dia orang ni kenapa?

"Ke tepi, aku nak jalan" mereka mengaca-acah jalan Hany. Dengan geram Hany menolak salah seorang daripada rakan mereka.

"Kau apahal nak tolak dia?"

"Dah engkau orang halang aku nak jalan, aku tolak lah. Tak nampak ke aku nak lalu, bingai"kata Hany dengan tahan marah.

"Acah gangster minah ni"perempuan berambut pendek memakai jaket kelabu itu berkata. Euw, gemuk!

Hany menolak mereka bertiga, terdorong ketepi. Tak cukup dengan tu, salah seorang dari mereka menarik rambut panjang Hany, Hany mengerang kesakitan.

"Sakitlah! Lepaskan aku! Bodoh,kau fikir aku ni junior kau ke?! "jerit Hany. Sampai lah mereka menarik Hany ke kelas di depan pintu. Kelas itu kosong tiada siapa pun.

Mata Hany mula bertakung, menahan kesakitan yang perit pernah dia rasa.

"Lepas, lepaskan aku!! " jerit Hany dengan kuat.

"Kau dengar sini eh, perempuan. Aku tak nak tengok engkau berbual lagi dengan Zarith! Kalau aku nampak sekali lagi, huh, nahas kau aku kerjakan! Chau! " nampak macam ketua gengster tetapi bagi Hany, dia amat takut dengan pembuli itu.

"Tsk, tsk" adu Hany. "Umi, tolong adik,tsk tsk"










***







ZARITH AQASHAH,baru sahaja hendak melangkah ke tangga ,dia terdengar bunyi tangisan seorang perempuan di tepi pintu kelas. Bunyi nya jelas, Zarith terus pergi ke arah itu.

Seorang perempuan menangkuh di pintu sambil menutup muka nya. Zarith jadi hairan, siapa perempuan ni?

"Oi, kau kenapa?" soal Zarith. Bila perempuan itu mengangkat kepalanya -

"Kau Hany? Asal dengan kau?? Siapa buat kau ni? " Yang Zarith nampak, muka Hany bengkak, tangan berdarah dekat siku akibat di tarik oleh pembuli tadi.

Ketua Pengawas KEREK! [OG]✓Where stories live. Discover now