01

36 6 0
                                    

Matanya kini sedang memerhati kanan dan kiri. Ligat mencari satu sosok. Rakan yang meneman di belakang hanya mengeluh. Tangan diangkat lalu menepuk bahunya.

"El, dah-dah la tu. Pergi la tengok dekat kelas dia."

Tangan menutup mulut yang sedang menguap. Gadis itu mula duduk mencangkung apabila hampir setengah jam mereka berdiri disebalik dinding.

"Sekejap la, Ali. Aku tak nampak lagi dia."

Ali atau nama sebenarnya Laura Aliya. Lebih gemar dipanggil sebagai Ali kerana sifat kewanitaannya agak maskulin.

Aliya membuang pandangan meluat mendengarkan itu. Siapa sangka gadis bernama Arya Ellen yang seorang pendiam mempunyai perasaan terhadap seorang lelaki yang agak terkenal dan peramah.

Biasalah lelaki yang seperti ini pasti mempunyai ramai peminat. Rupa yang menawan dan sifat yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman.

Arya mula tersenyum apabila dia melihat kelibat pujaan hatinya. Is.

Is nama panggilan yang diberikan kepada Isaac Lee. Lelaki kacukan cina ini.

"Ali, tu-tu Is tu."

Arya menampar bahu Aliya yang sedang mencangkung membuat Aliya agak bengang.

"Sabar nyah." Dia mula berdiri dan ikut menyintai.

Isaac mula membuka pintu loker miliknya. Tangan dimasukkan ke dalam dan mengambil satu bekal berwarna merah. Arya serta merta senyum.

Bekal yang dia berikan kepada Isaac. Macam mana dia boleh letak dekat dalam tu? Kerana Isaac tidak pernah kunci lokernya sebab dia tahu peminatnya bakal memberikan hadiah.

Ini kerana arahan daripada Isaac sendiri. Pernah satu kejadian dimana Isaac mengunci lokernya dan membuatkan para fansnya sukar untuk meletakkan hadiah.

Lalu meja milik Isaac dikelas penuh dengan pelbagai jenis hadiah sehingga pihak sekolah mengambil tindakan kepada siapa pemberi hadiah tersebut.

Bagi mengelakan fans terkena tindakan dan meja Isaac bersepah, dia tidak akan mengunci loker untuk memudahkan para fans letakkan hadiah disitu.

Sweet kan? Lah.

"Dia ambil bekal aku,Ali."

Arya mula teruja melihat Isaac mula buka bekal tersebut lalu mencium bau. Makin kembang senyuman Arya melihat senyuman kacak milik Isaac.

"Dia suka. Aku nak pengsan."

Aliya mengerutkan dahi lalu menampar belakang kepala Arya.

"Pengsanlah. Suruh Isaac angkat."

Arya memberikan jelingan tajam pada Aliya. Apabila melihat kelibat Isaac pergi bersama bekal merah ditangan membuatkan Arya menghela nafas suka.

"Jom masuk kelas. Dah lewat ni."

"Tahu pun. Jom!"

Arya tersenyum manis lalu merangkul lengan Aliya dan berjalan menuju ke dalam. Apakah daya umur sama tapi berlainan kelas dengan Isaac.

***

"Ape tu weh?"

Tanya Syed Hamdi dengan melihat bekal merah dipegang oleh Isaac yang baru masuk ke dalam kelas.

"Creampuff."

Sepatah sahaja balasan dari Isaac membuatkan lelaki di hadapannya tersenyum ringai.

Isaac paham sangat dengan pandangan yang diberikan oleh Hamdi sebelum meletakkan bekal tersebut diatas meja.

[OG] C R U S H Where stories live. Discover now