03

11 3 0
                                    

"Assalamualaikum, Arya dah balik."

Kasut sekolah dibuka lalu diletakkan di atas rak. Selepas meletakkan beg sekolah di sofa, Arya mengeluarkan bekas tupperware untuk diletakkan di dapur.

Dapur dituju lalu menampakkan seorang wanita berusia dalam 40-an sedang memasak makan malam.

"Ibu."

Tegur si anak membuatkan bahu si ibu sedikit terhinjut.

"Eh Arya. Lewat balik. Kamu balik ibu tak dengar pun."

Puan Evelyn yang merupakan wanita kacukan malayu-british itu memandang wajah anak perempuannya.

"Baru je tadi. Tadi study dengan Aliya tu yang lambat."

Si ibu mengangguk mengerti lalu menyambung kegiatannya. Melihat Arya yang meletakkan bekal itu di tempat bersesuaian disoal oleh Puan Evelyn.

"Kamu bagi bekal apa harini dekat Is, Arya?"

Terus Arya berhenti. Dia membalikkan badannya lalu menghadap si ibu. Semena-mena wajah Arya memerah akibat nama crushnya disebut.

Puan Evelyn tahu akan kewujudan crush Arya iaitu Isaac kerana selalu diceritakan dan digosip dengannya. Pasti ada saja cerita yang diceritakan.

"Arya bagi creampuff dekat dia."

"Iye? Untung crush kamu. Tapi ingat jaga batas ye,nak." Arya hanya mengangguk kepalanya.

Selepas itu, Arya yang menawarkan diri untuk menolong Puan Evelyn memasak, ditolak. Katanya Arya busuk.

Mahu muncung habis bibir si Arya. Dengan bebal dirinya mengambil beg lalu menuju ke bilik tidur.

Bukannya terus mandi malah menghempaskan badan ke katil. Dia meregangkan badan sehingga bunyi tulang bergeser.

"Penatnya."

Tangan diseluk ke dalam poket lalu telefon berjenama iphone dibawa keluar. Ruangan chat antara Arya dan Isaac dibuka.

Bibir Arya mengukir senyuman yang paling manis. Tidak sabar untuk melakukan rutinnya dengan,

menghantar mesej pada Isaac.

Pasti sahaja ingin bertanyakan akan keadaan bekal yang dia berikan tadi. Tetapi Isaac tidak tahu akan identiti Arya sebenarnya.

Mr.Crush^^

Hai,assalamualaikum!
(6:23p.m.)

Macam mana bekal saya harini? Nampaknya awak makan.^^
(6:23p.m.)

Saya harap awak suka la.
(6:24p.m.)

Selesai sahaja Arya menghantarkan mesej tersebut, terus telefon ditutup lalu diselitkan dibawah bantal. Kaki bergerak mendekati almari lalu mengambil tuala untuk mandi.

Baru tangannya yang ingin membuka tombol pintu bilik air, bunyi notification daripada telefon segera Arya mengalihkan pandangan.

"Dia dah balas!"

Dengan teruja, Arya berlari kembali kearah katil lalu menyeluk mengambil telefonnya.

Air muka terus berubah tatkala nama yang menghantar mesej tidak seperti Arya mahukan. Dirinya berdecit sebelum membalas pesanan.

Ali acah swag (Aliya sekolah)

El.
(6:25p.m)

[OG] C R U S H Where stories live. Discover now