02

17 3 0
                                    

Mata Arya melilau mencari kelibat Isaac di dalam court bola keranjang. Anak mata mula hilang akibat tersenyum kerana sudah jumpa akan pemilik baju yang memakai jersi bernombor '05'.

Tetapi sudahlah nombor kesukaannya adalah nombor tujuh. Jadi tidak mengapalah untuk dia minat juga nombor lima. Aliya membuat muka menyampah memandang kawannya yang diangau cinta.

"Kot ye pun, duduklah."

Bahu Arya ditarik duduk membuatkan Arya melabuhkan punggung disebelahnya. Mata Arya masih lagi bertaut pada Isaac.

Aliya memandang mereka yang lain sedang bermain.

"Bekal kau dah ambil?"

Tanya Aliya membuatkan Arya memandangnya sekilas.

"Dah. Aku sempat letak kat kelas tadi."

Aliya mengangguk. Bekal merah yang dia berikan pada Isaac. Lelaki itu akan pulangkan selepas sesi persekolahan dengan meletakkan balik di dalam loker.

Selalunya Aliya akan meneman Arya untuk mengambil selepas Isaac pulang ke rumah. Kadang-kadang Isaac juga akan pulangkan selepas waktu rehat di loker.

Dua waktu itu akan ada ramai berpusu-pusu ke loker Isaac untuk mengambil bekal dan barangan yang ditinggal oleh Isaac.

Hanya orang bernasib sahaja barang mereka tiada disitu menandakan Isaac mengambilnya. Dan pada yang beri bekal, bekal yang kosong yang siap dicuci menandakan Isaac memakannya.

"Ape yang special sangat dengan Isaac, El?"

Dia tidak faham dengan kawannya seorang ini. Bukan main cinta teruk dia dengan Isaac. Padahal ramai lagi yang handsome daripada Isaac.

"Entah."

Balas Arya tanpa memandang wajahnya. Sesekali Arya bersorak gembira dalam diam apabila pasukan Isaac dapat menjaringkan gol.

"Cuba kau confess dekat dia."

Terus Arya pandang wajah Aliya dengan riak terkejut.

"Gila ke? Tak nak aku. Nanti kena reject tak ke malu nanti."

"Belum cuba, belum tahu."

"Belum cuba pun aku dah tau,Ali. Aku ni spesies penakut dan pendiam. Orang tegur aku sikit dah gabra." Ngeluh Arya.

Dia ingat lagi kejadian dimana pertama kali dia ditegur oleh Isaac sewaktu di tingkatan satu. Sejak dari situ dia mula memendam rasa suka terhadap Isaac.

Kejadian itu dimana Arya yang baru sahaja sampai sekolah dan secara tidak sengaja berlanggar bahu dengan Isaac. Habis semua buku yang dipegang oleh Isaac jatuh ke tanah.

Boleh dikatakan ramai yang menyaksikan kejadian itu. Tapi Isaac pula yang meminta maaf padanya.

Baru Isaac mahu menegurnya dengan menanyakan nama, terus dia melarikan diri daripada meminta maaf dan menolong.

Dapat dia dengar panggilan daripada Isaac. Sejak dari itu, ramai mula judge dirinya dengan pandangan meluat. Makin tambah rasa malu dan takut. Itu menyebabkan Arya menjadi seorang yang sangat pendiam.

Tetapi lain dengan Aliya. Gadis yang tidak seberapa perempuan itu. Pertemuan pertama kali dia dengan Aliya sangatlah dasyat.

Dengan selamba Aliya menyuakan tangan tidak tahu dari mana untuk bersalaman dengan ayat 'Wanna be my friend?'.

Teragak-agak juga untuk Arya terima. Lama-kelamaan Arya selesa dengan Aliya membuatkan gadis itu banyak melihat sisi lain pada Arya.

"Lah berangan pulak. Aku tanya ni oi!"

[OG] C R U S H Where stories live. Discover now