04

12 2 0
                                    

"Tahulah aku suruh kau datang awal tapi bukan awal pagi buta macam ni."

Aliya membebel apabila tidur paginya terganggu apabila kehadiran Arya pada pukul 5 pagi di dalam biliknya.

Kebetulan rumah mereka hanya berjarak dua buah rumah sahaja. Boleh dikatakan yang mereka dua adalah jiran.

"Hehe sorry. Aku ada bende nak cerita dekat kau."

Aliya menjeling tajam melihat wajah Arya yang dikatakan tidak bersalah itu. Cepat dirinya mengemas buku sekolah sebelum duduk sebelah Arya di atas katil.

"Boleh je tunggu kat sekolah kan. Buat macam aku nak mati sekarang ni."

"Ish kau ni. Aku risau tak sempat je." Aliya berdecit sebelum merapati Arya.

"Benda apa ?"

"Pasal Isaac."

Terus berkerut dahi Aliya mendengarkan nama itu. Rambut Aliya yang basah ditolak ke belakang. Riak wajah Arya yang tadi biasa tiba-tiba senyum macam orang gila.

"Kau pahal ?"

"Nothing. Btw argh! Dia chat aku and tiba-tiba tanya pasal aku. "

Kata Arya sambil menepuk paha Aliya dengan kuat. Aliya menghela nafas perlahan. Perhati sahaja Arya dari ekor mata.

"Kau kalau aku sepak, hancur harapan abadi kau dengan Isaac nanti."

"Kau ni tak fun la, Ali." Bibir Arya dimuncungkan kehadapan.

"Kau fikir cute la buat macam tu. Dia tanya apa kat kau ?"

Terus riak wajah Arya menjadi teruja.

"Dia tanya pasal siapa aku. Tapi lepas tu, aku palau chat dia." Arya kata dengan nada sedih pada ayat terakhir.

"Asal kau palau ?"

"Takkan aku nak bagitau pasal siapa aku sebenarnya en. Takut aku."

"So ?"

"So, hajat aku datang awal pagi ni nak suruh kau bagi idea untuk balas chat dia. Kalau aku nak tanya kau dalam chat, bukannya kau balas."

"Bak sini fon."

Arya tersenyum-senyum gedik lalu menyeluk poket baju dan mengambil telefonnya. Ruangan chat antara Isaac dan Arya dibuka lalu disua telefon kepada Aliya.

Aliya mengambil lalu membaca pesanan antara mereka. Baru separuh Aliya menaip, Arya bersuara.

"Kau jangan balas chat macam kau nak ajak gaduh dengan dia."

Terus Aliya memadam pesanan yang ditaip lalu berdecit pada Arya.

"Ish mana adalah."

Arya mendekatkan dirinya pada Aliya dan memandang apa yang ditaip oleh Aliya. Aliya menjauhkan dirinya apabila Arya semakin dekat padanya.

"El, kau boleh jauh sikit tak ?"

Pinta Aliya dengan sabar dan lemah lembut. Arya yang mendengarkan itu, terus menjarakkan dirinya. Faham yang Aliya sedang menahan amarah.

"Done !"

Serentak itu, Arya mengambil telefon nya apabila telah disua oleh Aliya. Membulat matanya melihat apa yang dikatakan oleh Aliya.


Erm,  siapa diri saya ni biar jela rahsia.  One day  awak akan tahu jugak siapa saya. So, don't worry.
(5:43a.m)

"Nanti kalau dia balas apa maksud awak dengan one day? haa tak ke panik aku nanti."

Aliya membuat muka toya apabila melihat Arya yang gelabah.

[OG] C R U S H Onde histórias criam vida. Descubra agora