05

9 2 0
                                    

"Kau asal Is ? Cuba bawa bertenang."

Syed pelik melihat Isaac yang seperti cacing kepanasan. Dari tadi duduk, bangun berdiri dan duduk semula. Pening Syed dibuatnya.

"Hah? Eh, takdak pa."

Isaac yang sudah ditegur kembali duduk ditempatnya. Dia bukan apa, dia terpikir pesanan chat yang dia terima daripada gadis itu.

Apa maksud dia dengan one day? Syed yang pening melihat kawannya seorang ini lalu mengajak borak.

"Kau kalau ada masalah, beritahu la aku. Apa guna aku depan mata kau ni ?"

"Aku-"

Baru sahaja Isaac ingin membuka mulut, matanya terpandang dengan satu sosok yang tidak sengaja membuat eye contact dengannya.

Terus Arya melarikan pandangan itu dan kembali memandang seorang lelaki disebelahnya.

Satu perasaan aneh tiba-tiba muncul di dalam hati Isaac apabila melihat betapa dekatnya jarak mereka dua.

"Woi!"

Tegur Syed sambil menepuk bahu dengan kuat membuatkan Isaac tersedar ke realiti.

"Kau asal ni ? Penatlah aku tengok. Cuba bagitau aku apa yang kau fikir sekarang ni?"

Isaac membuat muka meluat sambil mengelus bahu dimana tempat ditepuk oleh Syed.

"Kau kenal tak dengan seorang perempuan ni? Nama dia Arya."

Pertanyaan Isaac membuatkan Syed memikir sejenak.

"Maksud kau Arya yang budak pendiam berkawan dengan Ali yang gangster tu?"

Ali yang gangster. Berani sia jantan ni. Kata Isaac dalam hati.

Sebut saja pasal Arya mesti akan dikaitkan dengan Aliya. Kerana mereka dua tidak pernah nampak jalan berasingan. Dimana-mana saja berdua.

"Haah. Dia tu la."

"Kenal. Asal dengan dia?"

"Kau ada nombor dia tak ?"

Syed yang tadi bersandar elok, terkejut lalu badan mendekati Isaac dengan tatapan mengejek.

"Kau minat dia eh?"

"Eh aku? Tak daklah. Aku saja ja tanya."

Cepat-cepat Isaac mengdalih apa yang dikatakan oleh Syed. Tanpa sedar, telinganya sudah bertukar warna.

"Kau mana pandai menipu,Is. Aku takdak nombor dia."

Mendengarkan itu, Isaac menekup kedua telinganya. Malu.

"Oh ok."

"Kau nak buat apa dengan nombor dia?"

Syed memandang kearah mata Isaac. Isaac menarik nafas lalu menghembus perlahan.

"Aku sendiri pun tak tahu."

Dia sendiri tidak paham apa dia mahukan sekarang ini. Padahal dia dengan Arya bukannya rapat sangat pun. Berkawan pun tidak.

Syed mengelengkan kepalanya sahaja. Biarkan Isaac memikirkan masalahnya sendiri. Malas sudah untuk menyibuk.

***

"Kau ok ke tak?"

Waiz bertanya apabila perasan wajah Arya berona merah seakan gadis itu sedang sakit.

Arya mengalih memandang kearah Waiz dengan wajah kebingungan. Dia agak kurang dengar apa yang ditanyakan oleh Waiz.

"Awak tanya apa?"

[OG] C R U S H Where stories live. Discover now