06

13 2 0
                                    

Issac kini hanya sedang berehat di sebuah taman yang berdekatan dengan kawasan kantin. Disebabkan kawasan kantin yang ramai dengan pelajar, kemudian dia ambil keputusan untuk makan di taman.

Kelihatan taman disini dijaga dengan elok oleh tukang kebun. Subur dan segar sahaja udara disitu. Bekas bekal warna merah berada digengamannya.

Penutup dibuka lalu cupcake kecil-kecil disusun dengan elok di dalam bekal tersebut. Senyuman terukir dengan manis. Siapalah yang bagi bekal ni hm?

"Saya berharap sangat yang saya dapat tahu siapa awak gadis bekal merah."

Disisi lain, terlihat Arya yang tersenyum melihat Isaac yang memakan makanan pemberian dia. Itu sahaja membuatkan hidupnya terasa berseri-seri.

Sedang Arya yang sedang elok mengintai anak teruna orang, Waiz di belakang memandang arah yang sama seperti Arya.

Berkerut dahi lelaki itu apabila mengetahui Arya sedang melihat pelajar lelaki lain yang berada di taman.

"Usya crush ka?"

Tersentak Arya apabila dia ditegur dari belakang. Tangan mengusap kearah dada yang dia merasakan jantungnya berdegup sangat laju.

Dengan reflex tangan Arya satu lagi menampar perlahan lengan Waiz akibat perbuatannya.

"Awak ni terkejut saya tahu! Nasib saya tak dak penyakit jantung."

Waiz hanya menaikkan keningnya sebelah tanda kebingungan. "Sorry. My bad."

Terus Arya sedar akan sesuatu. Wajahnya kembali merah padam.

"Kau dah kenapa pulak merah muka?"

"Awak la tuduh saya camtu."

Waiz mengukirkan senyuman nakal lalu memandang tepat kearah Arya.

"Jadi betullah yang kau on crush dekat budak lelaki dekat taman tu?"

"Ish nanti orang dengar."

Arya membuat gaya dengan meletakkan jari telunjuknya dibibir untuk menyuruh Waiz memperlahankan suaranya. Walaupun kawasan itu kurang orang lalu lalang.

"Am i right?"

"Mana ada lah!"

Arya berjalan meninggalkan Waiz ke belakang. Reaksi Arya telah mendatangkan decihan daripada Waiz. Seronok lelaki itu melihat tingkah laku Arya sebelum bertindak mengejar langkah Arya.

"Arya! Tunggulah."

Jerit Waiz dari belakang. Arya membuat gaya menutup kedua telinganya yang berlapik itu.

"Taknak!"

Dalam tidak sedar, tingkah laku mereka dua diperhati oleh Isaac dari tadi. Satu perasaan aneh mula bertandang dalam hati.

"Kenapa aku rasa lain macam ni? Takkan sebab Arya?"

***

Waiz sedang berdiri di luar bilik guru. Tertunggu-tunggu dirinya sebelum nama dipanggil. Pelajar yang lalu lalang disitu memandang Waiz pelik.

Tak pernah tengok orang kacak ka? Nasib Waiz yang ingat title sebagai pelajar baru itu tidak menjeling kearah pelajar lain. Mahu sahaja dia mencucuk mata yang memandangnya.

"Tengku Waiz, mari masuk."

Finally. Waiz mula menapak masuk ke dalam bilik guru tersebut. Bukannya dia buat salah pun tapi pahal kena sidai luar dah macam kena denda memang kena perhati la.

"Kamu ambil borang ni dan isi. Pastikan esok sebelum balik letakkan atas meja saya."

Huluran daripada Cikgu Azmi disambut oleh Waiz. Tajuk besar borang tersebut dibaca tanpa suara. Borang Daftar Ahli Bola Keranjang.

Itulah tujuan Waiz berada di bilik guru. Niatnya ingin masuk ke permainan basketball itu perlu dicapai. Lagipun memang basketball salah satu sukan yang Waiz sukakan.

"Baik terima kasih cikgu."

Seraya itu terus Waiz berjalan keluar dari bilik guru. Sempat dia menangkap beberapa pandangan dari pelajar perempuan yang berada di bilik guru. Dah macam tak pernah nampak manusia.

Waiz yang ingin membelok pada selekoh koridor, berhenti secara mengejut apabila tiba-tiba ada seseorang berjalan dari arah bertentangan dengannya dengan laju.

Hampir sahaja mereka berdua bertembung. Waiz memandang atas bawah pada gerangan dihadapannya.

"Sorry. Untung tak berlaga."

Waiz mengangkat keningnya sebelah. Menatap setiap inci pada lelaki itu. Dia ni ka yang Arya usya haritu?

Isaac yang merasakan tidak selesa mula menyuakan tangannya kehadapan.

"Saya Isaac Lee. Semua orang dekat sini panggil Is sahaja."

Tanpa menunggu lama, Waiz menyambut salaman itu. Tidak mahu orang hadapannya menanggung malu.

"Panggil Waiz."

Terangguk-angguk Isaac. Terus Waiz meleraikan pegangan tangan itu. Risau kalau lama-lama sangat.

"Lain kali jalan biar hati-hati. Risau awek kena rembat ka?"

Selepas mengutarakan ayat itu, terus Waiz melangkah pergi meninggalkan Isaac yang kebingungan.

"Awek? Bila masa aku ada awek ni?"

Baru Isaac yang selangkah kehadapan, dia mula teringatkan sesuatu. Itulah budak baru yang bersama dengan Arya dan Aliya.

Isaac mula mengukir senyuman. Dia tahu apa yang mahukan pada Waiz. Pasti sahaja lelaki itu dapat membantunya nanti.

"Eh Arya."

Isaac menegur Arya apabila tiba-tiba gadis itu berjalan kearahnya. Makin besar senyuman Isaac melihat gadis itu. Arya merupakan seorang gadis yang membuatnya berasa lain dari lain.

Boleh dikatakan dirinya mungkin sudah jatuh suka pada gadis bernama Arya.

"Sorry, Is. Awak ada nampak Waiz tak?"

Terus pudar senyuman Isaac apabila nama lelaki lain yang disebut dibibir Arya. Tapi cepat-cepat Isaac kembali senyum walaupun terpaksa.

"Saya baru ja terserempak dengan Waiz. Dia pergi arah sana tadi."

Isaac sambil itu menunjuk arah dimana Waiz pergi sebelum dia kembali memandang Arya. Tidak sengaja mereka dua membuat eye contact bersama.

"T-terima kasih ya, Is."

Isaac tersenyum sebelum memandang Arya pergi ke arah Waiz menuju. Comel.

"Ada apa la mereka dua tu? Haih."

"Bro."

Tegur seorang lagi membuatkan Isaac hampir sahaja mengeluarkan perkataan mengaibkan.

"Allahu. Terkejut saya."

"Haha sorry la. Nampak Arya tak?"

Nampak sangat gadis dihadapannya tercungap-cungap seolah baru sahaja selesai berlari.

"Penat semacam awak ni, Ali."

"Semua salah Arya la. Bukan main laju dia jalan. Tak padan dengan kaki pendek tu."

Tergelak Isaac dengan itu. Aliya hanya pandangnya meluat. "Cepatlah. Nampak tak Arya ni?"

"Nampak. Dia baru sahaja pergi sana."

Sekali lagi dia menunjuk arah yang sama kepada Aliya.

"Okay thanks."

Ditepuk bahunya sebagai tanda terima kasih sebelum pergi kearah yang dikatakan. Isaac hanya mampu menggelengkan kepalanya. Lepas sorang-sorang.



TBC

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 27, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] C R U S H Where stories live. Discover now