× 3 ×

649 122 125
                                    

"Nak?" tanyanya lagi setelah aku terkebil-kebil dekat 10 saat di situ macam orang yang kehilangan fungsi mata, terkelip-kelip di luar kawalan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nak?" tanyanya lagi setelah aku terkebil-kebil dekat 10 saat di situ macam orang yang kehilangan fungsi mata, terkelip-kelip di luar kawalan. Cermin mata yang aku pakai, aku betulkan cepat-cepat. Rasa insecure pula.

"Ambillah, awak tak lapar ke? Sepatutnya waktu rehat macam ni, berehatlah. Nanti baru sambung belajar," katanya lagi sambil mengunjuk bekas sandwic telur berbentuk segi tiga itu. Dia tersenyum senget.

Aku bukannya apa, jauh sekali terfikir benda-benda buruk macam, lelaki ni mungkin letak racun arsenik atau sianada dalam isi sandwic itu. Cumanya aku tak pernah sangka pun orang seperti dia yang beri benda-benda macam ni kat aku.

"Oh, saya kena pergi dulu. Makanlah! Jangan tak makan!" Dia meletakkan sandwic telur itu di atas meja aku sebeluk beredar tergesa-gesa. Kedengaran suara rakannya, mungkin memanggilnya dari jauh.

"Doyoung! Doyoung! Cepatlah masuk kelas!" laung rakannya itu. Aku menjenguk ke koridor sekilas, melihat kelibatnya masuk ke kelas sebelah.

Pelajar-pelajar (perempuan terutamanya) tersipu-sipu malu kat tepi koridor macamlah nak sambut pengantin datang pung pang pung pang kompang dipalu, pengantin baru, duduk bersanding, tersipu malu ewah!

Sedangkan yang lalu tadi tu cumalah seorang pelajar, setahu akulah. Aku angkat bahu, pelik-pelik je.

Sandwic telur di atas meja aku lihat, bersungguh betul si Doyoung tu nak bagi sandwic ni. Motif? Tak tahu, mungkin motif viral.

Buku teks Fizik ditutup, bekas sandwic telur itu dibuka. Dah orang nak bagi tu, kita terima jelah dengan hati yang terbuka. Perut aku ni pun dah macam Dinosaur Jurassic Park mengaum kemarahan, risau aku mendengarnya.

Rezeki, bisik aku dalam hati.

-----

Huruf-huruf itu ditulis besar-besar di hadapan. Arahan daripada Sir Kim. Naik terketar juga tangan aku tulis tiga huruf itu.

          F
P  =   —
          A

"Bagus Haneul. Kamu boleh balik semula ke tempat duduk kamu. Terima kasih," kata Sir Kim. Kata-katanya diiringi dengan tepukan budak-budak kelas aku, yang paling kuat sudah tentunya datang daripada Ara yang duduk di belakang kelas.

Aku duduk elok-elok kat tempat aku, malu pula aku ni. Ikutkan hati aku nak je aku pengsan kat depan tu tiba-tiba je Sir Kim masuk kelas suruh aku tulis benda alah tu kat depan.

"Inilah formula asas bagi Pressure atau Tekanan. Tak silap saya, sebelum ni saya pernah pesan kat kamu semua kan untuk baca dulu buku teks. Baca tak?" tanya Sir Kim, kelas tiba-tiba sunyi. Hanyalah kedengaran bunyi burung gagak yang memang sinonim betul dengan situasi macam ni.

"Mmm agak dah. Kalau Haneul tu, saya tahulah dia memang baca, yang lain ni entah-entah buku teks pun tak pernah dibuka, tak tahulah dia yang tengok buku ke buku yang tengok dia." Sempat lagi Sir Kim menyindir, aduh Sir ni pun. Nak sindir orang lain pun janganlah petik nama aku!

Yang lain hanya terkulat-kulat malu, selalunya perempuanlah. Kalau yang lelaki jenis pasang muka selamba babun, bebel masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Sir Kim mula mengajar untuk tajuk baharu bagi matapelajaran Fizik hari ini. Kedengaran bunyi kapur keletak keletuk berlaga dengan papan hitam itu. Pelajar lainnya hanya senyap mendengar apa yang keluar dari mulut Sir Kim.

Mendengar? Ketahuilah bahawa ini cumalah penipuan semata-mata, dah boleh kira dah berapa kali orang buka mulut sebab menguap, yang kat sebelah sana dah tersengguk-sengguk, nasib takde air terjun (baca: air liur) keluar je dari mulut.

Mata aku meliar-liar lagi, aku ni memang CCTV setia dalam kelas ni, sebab entahlah. Aku suka tengok gelagat orang lain, belajar personaliti mereka.

Aku rasa aku nak ambil bidang psikologi selepas ini.

Mata aku bertentang dengan Ara yang tekun menulis, dia tersenyum senget sambil angkat buku nota. Aku pun ikut tersenyum tengok gelagatnya menulis nota dengan penuh gigih, sampai terjuih-juih mulut.

Ara tu, nak kata kawan aku dia bukan kawan aku pun. Sebenarnya, aku takde pun kawan yang aku boleh gelar 'kawan baik' atau seumpama dengannya. Aku layan semua orang baik dan adil. Cumanya si Ara tu pun, aku kenal sebab selalu bertanya itu ini tentang pelajaran, rajin orangnya. Carilah isteri serajin dia eh tiber.

"Haneul!"

Tersentak aku dibuatnya sampai aku tertendang kaki kerusi, cermin mata yang aku pakai terjatuh hingga ke lantai. Ish, cermin mata ni pun satu, nak sangat jatuh tu kenapa?

Byungho di meja sebelah hanya tergelak, dengan tangan panjangnya dia mengambil cermin mata aku yang terletak elok kemain dia posing atas lantai tu.

"Nah!" Aku sambut hulurannya, bila pakai baru nampak cerah mata ni.

"Ya, Sir?" tanya aku. Sir ni pun, dah takde nama lain ke dalam kelas ni nak panggil? Nama aku juga. Cubalah panggil nama sendiri pula.

"Saya tahulah awak tu bijak, tak bermaksud awak tu jadi pemerhati dalam kelas ni, tengok orang lain menguap berapa kali, tengok berapa banyak habuk kat kipas dan sebagainya."

Pergh, setepek kena. Sir ni pun, janganlah kantoikan aku. Aku hanya mampu tersengih jelah, yang lain pun sekadar ikut tersengih. Memang kenal sangat dengan Sir Kim yang suka mengenakan pelajar.

Kalau pelajar kenakan dia, marah pula isk isk isk inilah cikgu zaman sekarang ops!

"Boleh awak berikan tiga prinsip yang ada dalam tajuk ni?" Sudah, soalan maut sudah keluar.

Aku telan air liur, nasiblah aku sempat baca-baca sikit. Takdelah blur macam makan satu busut semut okay perumpamaan tu melampau betul. Ingat tenggiling ke makan semut banyak-banyak?

"Prinsip Archimedes, Prinsip Bernoulli dan Prinsip Pascal," jawab aku dengan yakin.

Yang lain sekadar ternganga, kejap pandang wajah aku kejap pandang wajah Sir Kim. Sir Kim sekadar mengangguk.

"Betul, duduklah," katanya, gaya macam mengaku kalah pun ada. Yang lain-lain pasang muka bangga, siap angkat-angkat kening lagi. Byungho di meja sebelah tunjuk thumbs up.

Aku pun duduk jelah, fuh nasib dapat jawab. Buat malu aku jelah, ish benci betul! Buku nota dibuka, bukannya aku tak tulis pun nota, aku tulis ringkas-ringkas je. Tulis panjang-panjang buat apa? Nak kirim surat kahwin ke luar galaksi Bimasakti ke? Nak utus surat ke Tuan Presiden? Pendek-pendek dahlah.

"Eh apa benda ni?" Satu sticky note dengan corak-corak gambar memerang di tepi-tepi kertas itu aku tenung. Sejak bila pula ada kat meja ni?

Hai Haneul, saya Doyoung :)

Puff, macamlah aku ni pelajar baru kat sekolah ni sampai tak tahu nama dia. Kalau dah namanya pelajar popular, bukan setakat aku, dengan pustakawan, pak cik guard malah makcik cleaner pembersih kolam ikan koi pun kenal.

Sticky note pun, macam budak-budak. Nak gelak tapi takut kantoi pula. Buat-buat tak tahu jelah.

Tapi comel je, bisik hati aku.

-----

Aku belanja chapter panjang sebab semalam tak update. Mesti korang rasa bosan en baca buku ni tahu mmm HAHAHHAHAHAH

Aku sibuklah geng, nak buat persiapan balik kampus nanti. Banyak je barang tak siap beli lagi, apa nak jadi jadilah. Malas gue fikir.

Lepas tu nak cakap, mungkin aku akan jarang update sebab aku ni tak biasa sangat nak tulis wattpad ni kat tempat lain selain rumah mmm

K k vote and comment saya nak sambung assignment ♥️♥️♥️

     

• m&m • kim doyoungWhere stories live. Discover now