× 28 ×

291 75 53
                                    

"Seriuslah apa yang kau cakap ni?" Doyoung tekup mulut, terkuat pula suaranya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Seriuslah apa yang kau cakap ni?" Doyoung tekup mulut, terkuat pula suaranya. Dia tak mahu ada orang lain terdengar perbualannya ini. Masalah besar kalau ada orang lain tahu.

"Seriuslah!" kata Junghwan bersungguh. Dia mengeluarkan lolipop dari dalam poket, dibukanya pembalut lolipop tersebut sebelum dimasukkan dalam mulut.

Doyoung terdiam. Dia melirik ke arah tempat duduk Nana yang berada di hujung kiri kelas. Tak sangka betul gadis itu berbuat demikian. Tanpa sedar, dia mengenggam penumbuk, sebal.

"Eh, tapi macam mana kau boleh terdengar pula? Takkanlah kau masuk dalam tandas perempuan pula," kata Doyoung perlahan, aneh juga si Junghwan. Nak kata Junghwan skodeng pelajar perempuan dalam tandas, dia tak rasa Junghwan akan buat macam tu.

Junghwan yang santai menikmati lolipopnya berubah menjadi panik. Dia tak mahu dituduh buat benda yang bukan-bukan. Dia cumalah seorang insan yang gemar untuk makan, bukannya gemar buat benda jahat-jahat macam ni!

"Ish, bukanlah!" Junghwan mendekati Doyoung dengan lebih rapat. Biar rahsia ni tak terlepas sampai orang lain boleh tahu. Malu sampai tujuh keturunan dibuatnya nanti, kesian anak cucu cicit dia nanti.

Cewah, kemain cerita, calonnya pun ada ke takde, nampak samar-samar je masa depan tu isk isk isk.

"Aku nak pergi tandas tadi, lepastu tengah on the way pergi sana aku terdengar bunyi bising-bising kat tandas perempuan. Aku pun pergilah tengok, mana tahu ada orang terjatuh sampai melolong minta tolong ke, ternampak ada hantu kat tandas keempat ke, boleh juga aku tolong lempangkan. Tengok-tengok ada dua orang tu tengah gelak-gelak, risau juga aku. Aku ingat dijangkiti virus gelak ke mana tahu, varian COVID-19 yang terbaru."

"Tu yang aku cepat-cepat balik kelas sebab takut terkantoi. Berita panas macam pisang goreng baru keluar kuali ni perlu disampaikan kepada kau! Haneul tu kan kawan kau." Junghwan menekankan perkataan kawan tersebut, dia kemudiannya terkemut-kemut senyum.

Yalah, walaupun dia sibuk melantak murtabak maggi tiga keping dalam kelas rehat tadi, telingannya memang dipasang lebar untuk mendengar pengumuman Doyoung tadi melalui pembesar suara.

Nak kata dia terasa pun, dia bukannya pelajar perempuan yang jelas-jelas menunjukkan rasa minat mereka terhadap lelaki yang merupakan anak kepada doktor ini. Dia masih lelaki sejati yang menunggu dipinang oleh gadis cewah!

Doyoung terdiam buat kali kedua. Kalau sebelum ni memang dia sekadar mensyaki gadis itu adalah dalang di sebalik khabar angin ini, penyataan yang baru keluar dari mulut Junghwan sebentar tadi menguatkan lagi sangkaanya.

Maaf, perasaan menyampahnya terhadap gadis itu semakin bertambah. Kalau sampai gitu sekali gayanya, macam mana orang nak suka kat dia? Dalam diam, dia berdoa biarlah si Nana tu jadi andartu, padan muka!

"Aku dah agak dah," katanya. Tangannya laju mengemas buku di atas meja, bunyi loceng menandakan kelas sudah tamat hari ni telah lama berbunyi.

"Agak apa?" tanya Junghwan, lolipopnya tinggal sedikit sahaja yang berbaki. Buku atas mejanya pun berterabur lagi, dalam laci meja pun penuh lagi pembalut roti Gardenia.

"Adalah!" Doyoung galas beg. Kakinya cepat-cepat melangkah keluar, dia nak singgah kelas sebelah kejap.

"Anyway, thank you Junghwan!" katanya dari muka pintu. Matanya sempat bertentang dengan Nana yang masih di mejanya, sibuk berbalas mesej di telefon barangkali.

Dia menggulingkan bebola matanya sebelum beredar. Menyampah!

-----

Kedai cermin mata yang dikunjungi beberapa hari lepas kami jejaki lagi hari ni. Nampaknya, cermin mata baru aku dah siap, aku tahu pun sebab Doyoung datang kelas tadi.

"Jomlah masuk Haneul!" Doyoung yang baru sahaja nak buka pintu kaca tersebut, terus terhenti. Pelik mungkin melihat aku seakan-akan nak tak nak masuk.

"Kenapa ni?" Doyoung datang dekat dengan aku, bahu aku dipegang seketika.

"Saya tak bawa duit sebenarnya hari ni." Dari tadi lagi sebenarnya aku nak cakap tetapi tak sampai hati. Sebabnya, aku tengok si Doyoung ni bersungguh sangat ajak aku pergi, senyum memanjang.

"Lah, sebab tu ke? Takpe, kan saya kata saya bayarkan. Saya ikhlas, janganlah anggap awak ada hutang dengan saya. Paling-paling pun, awak anggaplah cermin mata tu..." Doyoung telan air liur.

"Hadiah persahabatan kita, boleh?" Aku angkat muka. Persahabatan? Dia memang betul-betul anggap aku sebagai kawan dia ke?

Jauh di sudut hati, aku terharu. Walaupun aku nampak macam orang yang tak suka bersosial, jarang bercakap dan macam tiada perasaan, tetapi aku juga manusia. Manusia yang menghargai seseorang yang dipanggil kawan dalam hidup mereka.

Aku sekadar mengangguk. Kalau itu yang Doyoung nak, aku terima je.

"Okay, jom!" Dia tarik tangan aku masuk ke dalam kedai tersebut.

Setelah selesai semua urusan di dalam kedai tersebut, kami mengambil keputusan untuk pulang, aku pula mahu mengambil Hyunjoo di taska. Tak boleh lambat-lambat, kasihan dia keseorangan di sana.

"Biar saya teman!" kata Doyoung. Aku angkat kening, aku bukan apa, aku tak nak menyusahkan dia lagi. Cukuplah, bagi aku dia dah banyak sangat menolong aku dari awal lagi aku bertemu dengan dia.

"Takpelah, nanti lambat awak balik rumah. Risau pula mak ayah awak nanti," kata aku, sesekali aku betulkan cermin mata supaya kelihatan lebih selesa.

Doyoung terdiam, wajahnya kelihatan berubah seketika (apa yang aku perasanlah), dia terlihat agak sugul apabila aku cerita tentang mak dan ayah. Punya masalahkah dia?

"Doyoung?"

"Eh, takpe Haneul! Jom cepat, kesian adik awak tunggu," kata Doyoung sebelum melangkah. Kedua-dua tangannya dimasukkan dalam poket seluarnya. Kakinya dilajukan, sesekali dia memandang langit petang yang memang saban hari akan bertukar warna di lewat petang.

Aku cepat-cepat menyaingi langkah kakinya. Beg kertas bertulisan nama kedai cermin mata aku pegang erat.

"Doyoung, awak kata saya kena janji sesuatu dengan awak." Aku ingatkan, memang dari kelas tadi aku terfikir-fikir janji apalah si Doyoung ni nak.

"Oh, pasal tu." Wajah Doyoung berbahang, malu dia apabila teringat insiden itu. Keberanian dari puncak gunung manalah yang merasuk dia sampai bertindak begitu sekali, tak pasal-pasal bertambah episod memalukan dalam hidup dia.

Dia berdehem seketika. "Saya nak awak..." Dia berkira-kira, separuh hatinya menyuruh dia untuk beritahu sahaja, separuh lagi menghalangnya. Dia bingung.

"Terima saya jadi kawan awak...boleh?" katanya, dia bertentang mata dengan aku.

Terima jadi kawan awak? Aku ingatkan hal serius apalah sampai kena janji bagai.

"Oh, boleh. Boleh je," kata aku, ringkas. Cepat-cepat aku larikan mata.

"Terima kasih," katanya, suasana di antara kami tiba-tiba sahaja sepi. Hanya bunyi derap kaki sahaja yang mengisi ruang kesunyian itu.

Doyoung ketap bibir. Sejujurnya bukan itu yang dia ingin katakan, bukan itu yang dia ingin gadis itu berjanji dengannya. Lain sebenarnya.

Sebenarnya dia ingin gadis itu menjadi teman wanitanya, tetapi dia tahu batasnya. Dia sedar dirinya siapa, dan dia tahu benar perangai gadis itu. Tak mungkin dia akan berkata sedemikian.

Kadang-kadang, hanya sekadar kawan itu lebih baik, bukan?

-----

Updated! Jarang-jarang update malam tapi suka hati akulah hahahahah so far i'm ok rn I'm ok wirohajimaaa. Aku nak tahu result exam but at the same time aku takut, sebab aku nak dekan sem ni, sekurang-kurangnya takdelah aku rasa ralat sangat tapi entahlah mmm tengok gaya jawab final haritu mmm

Aku tengah tengok ajl, aku harap lagu lara menang hahahahahha

Vote and comment ♥️ I really appreciate it :)

• m&m • kim doyoungWhere stories live. Discover now