× 16 ×

347 84 7
                                    

"Kat sini ke?" Aku garu kepala seketika, payung yang aku bawa tadi aku tutup

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

"Kat sini ke?" Aku garu kepala seketika, payung yang aku bawa tadi aku tutup. Telefon ditilik beberapa kali, manalah tahu alamat ni alamat rumah orang lain. Buat malu keturunan je kalau aku tekan loceng rumah ni kalau salah.

"Betul dah ni," kata aku, sesekali aku jenguk ke dalam pagar rumah. Kalau ada orang, bolehlah tanya terus minta kepastian.

Senyap je rumah ni, macam takde orang pun ada. Tetapi, mungkin memang macam ni kot, rumah orang-orang kayalah katakan.

Jari aku mahu menekan loceng rumah tetapi aku seakan-akan teragak-agak, takut pula aku nak tekan. Rasa kekok aku berada dalam taman perumahan golongan elit ni, rasa macam pencuri pula walaupun aku datang sini dengan niat yang baik.

Aku hela nafas, kumpul kekuatan. Bukannya kalau aku tekan nanti tiba-tiba keluar patung buaya lepas tu gigit tangan aku sampai putus. Takde nya jadi macam tu. Ini semua overthinking semata-mata je.

Loceng ditekan. Sekarang, aku kena tunggu je sampai si Nana tu keluar, ataupun siapa-siapa sahajalah yang berada dalam rumah agam ini.

Kelihatan seorang wanita berusia 40-an terkocoh-kocoh berlari ke pagar rumah. Aku agak dia pembantu rumah berdasarkan uniform yang dipakainya.

"Kamu Haneul kan? Kawan Nana?"

Saya bukan kawan dia pun, bisik aku dalam hati, sempat lagi tak nak mengaku. Macam jahat sangat pula kata bukan kawan, okaylah, kawan sekolah. Kawan juga tu.

Aku sekadar mengangguk, sesekali membetulkan cermin mata yang tak pernah lekang daripada atas batang hidung aku tu.

"Masuklah!" Makcik tersebut mempersilakan aku masuk setelah dia membuka pagar kecil. Aku melangkah masuk berhati-hati, mata aku meliar-liar melihat laman rumah itu yang kelihatan bersih.

Nampaklah makcik ni memang buat kerja dengan penuh berdedikasi, bukannya sekadar goyang kaki minta gaji tiap bulan. Hanya sangkaan aku sahaja, cerita sebenarnya siapalah tahu kan? Setakat yang aku tahu, aku tak tahu.

"Marilah masuk! Nana tu kan, entah kenapa excited sangat tunggu kamu datang, siap suruh makcik buatkan kek lagi untuk kamu. Sebelum ni kawan-kawan dia yang lain tu pun takdenya dia suruh makcik buatkan itu ini. Ni kali pertama kan kamu datang sini? Kamu mesti special kan?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut makcik pembantu rumah.

Rupa aku ni dah serupa penjaga kaunter pertanyaan ke sampai banyak betul soalannya. Mengalahkan soalan ujian akhir tahun.

"Haah, makcik," jawab aku ringkas. Soalan pasal aku special ke tidak tu aku biarkan tergantung tanpa jawapan sebab aku sendiri tak tahu.

Kalau nak tahu, tanyalah Nana. Dia yang minta aku datang sini.

Ktang!

Bunyi piring kek berlaga dengan meja. Ada kek gulung yang telah dipotong dan secawan air teh, aku rasa air teh strawberi berdasarkan baunya diletakkan di hadapan aku. Terpinga-pinga aku dibuatnya.

• m&m • kim doyoungजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें