× 10 ×

376 93 22
                                    

"Tahniah pak cik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Tahniah pak cik. Bolehlah lepas ni Doyoung datang selalu, nak harga diskaun boleh?" gurau Doyoung sebelum kepalanya diketuk pak cik saudaranya itu.

"Dah kalau asyik bagi harga diskaun, lama-lama bankrap aku!" kata Pak Cik Kim. Mulutnya memuncung, dah agak dah perkataan 'diskaun' tu akan keluar dari mulut kaum kerabatnya. Kalau tak keluarga, mesti member. Dah boleh agak dah!

Doyoung mengusap-usap kepalanya yang agak sakit itu. Tak boleh bawa gurau betullah pak ciknya yang seorang ni. Gurau pun salah!

Tangannya laju menolak bungkusan keropok ke dalam bakul berwarna hijau itu. Cawan-cawan ramen disusun elok-elok dalam bakul itu, senang nak letak bungkusan keropok yang kembung dek oksigen terlebih itu. Alang-alang dia ada kat sini, beli jelah banyak terus buat stok.

"Doyoung, kalau kamu ada kawan-kawan yang tengah cari kerja part time, bagilah tahu ada kerja kosong kat sini. Boleh tambah duit poket," pesan Pak Cik Kim, dia memerhati keadaan sekeliling. Memang pasar raya ni baru buka, jadi dia sangat memerlukan pekerja buat masa sekarang.

"Okay," jawab Doyoung ringkas. Dia lagi sibuk memilih kerepek kentang mana lagi sedap dan lagi berpatutan harganya.

Kita sebagai pengguna yang bijak kenalah pandai memilih tak gitu? Belilah produk buatan Malaysia #SapotLokal.

Okay, sangat tiber di situ. Doyoung sekadar menggeleng-geleng, aneh-aneh sahaja pemikirannya.

"Doyoung sambunglah jalan-jalan kat sini, pak cik ada urusan sikit nak buat," kata Pak Cik Kim sebelum berlalu pergi meninggalkan Doyoung sendirian. Doyoung sekadar angkat bahu, tak kisah sangat.

Biasalah orang bisnes, sibuk memanjang. Dia meletakkan balang kerepek kentang yang telah dipilihnya tadi. Lama betul dia nak buat keputusan.

"Err hyung." Doyoung angkat kening, siapa pula yang tegur dia ni? Nak kata hantu, sekarang tengah siang.

Eh, siapa cakap hantu muncul waktu malam je? Boleh je dia muncul waktu siang, takde masalah pun. Orang yang fitnah dia cakap muncul waktu malam je. Haih, tak baik memfitnah, lagi-lagi dengan benda yang kita tak nampak.

Doyoung menoleh ke kiri, arah datangnya suara tadi. Seorang lelaki, tingginya lebih kurang sahaja dengannya berdiri sebelahnya sambil menghulurkan sebungkus keropok.

"Keropok ni terjatuh dari bakul hyung. Saya kutipkan takut hyung tak sedar," katanya lalu menghulurkan bungkusan tu, agak teragak-agak.

Tak sekarang ni, Doyoung sumpah rasa nak tolak keropok yang ada kat rak depannya sekarang, sumbat kepala dia kat situ. Malu tahap tujuh keturunan, malu tingkat Gunung Kinabalu. Nampak sangat banyak betul keropok dia ambil sampai ada yang jatuh isk isk isk

Doyoung tersengih-sengih lalu meletakkan ke dalam bakulnya. "Err terima kasih!" Cepat-cepat dia angkat kaki, buat apa lama-lama kat situ. Buat tambah malu je. Malu tu kalau boleh bau, mesti bau dia busuk kan? Malang tidak berbau eh tiber.

"Err hyung!" Kaki Doyoung terbrek secara automatik. Dah kenapa pula lelaki misteri ni panggil dia lagi?

"Nama hyung...Kim Doyoung kan?" tanyanya, haa sudah, macam mana dia boleh tahu sampai nama penuh pun tahu? Scammer ke apa ni?

"Err ya, saya kenal awak ke?" tanya Doyoung. Telan air liur jap, mmm rasa air Tealive yang dia beli tadi.

"Eh, tak! Saya tegur sebab yalah, hyung kan pelajar popular kat sekolah? Saya ada kakak sebaya dengan hyung juga. Nama dia–"

"Hajoon! Jomlah, aku dah nak pergi bayar ni!" Lelaki tadi menoleh ke belakang, mungkin kawannya yang panggil tadi.

"Oh sorry, saya kena pergi dulu." Dia menunduk sedikit tanda hormat sebelum berlalu pergi. Doyoung terkebil-kebil melihat lelaki yang bernama Hajoon itu berlalu pergi.

"Hajoon? Budak ni mesti satu sekolah dengan aku. Siapa kakak dia? Aku kenal ke?" kata Doyoung sendirian, siap garu-garu kepala lagi.

"Muka dia pun...macam familiar. Macam..." Doyoung cuba mengingat semua wajah yang tersimpan kemas dalam memori otaknya yang berkapasiti besar tetapi digunakan tak sampai suku pun. Dia bukan Albert Einstein nak fikir macam-macam.

Dia memetik jari. Gotcha! Dah ingat.

'Macam Haneul.'

-----

I know it's late but congrats! Akhirnya kamu graduate juga skskskskksksks

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

I know it's late but congrats! Akhirnya kamu graduate juga skskskskksksks

Vote and comment, this is the last chapter for 2021 huehue 🤭

• m&m • kim doyoungWhere stories live. Discover now