× 21 ×

316 71 26
                                    

"Tepi tepi!" Kakinya melangkah dengan lebih laju, nasiblah skirt uniform sekolahnya agak labuh dan dia pakai stoking panjang hari ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tepi tepi!" Kakinya melangkah dengan lebih laju, nasiblah skirt uniform sekolahnya agak labuh dan dia pakai stoking panjang hari ni. Takdelah nampak perkara yang tak diingini.

"Woi, tak payahlah langgar bahu orang!" jerit seseorang, tak sempat dia nak tengok siapa.

Ada hal yang lebih penting sekarang!

"Sorry sorry!" laungnya kuat, biarlah satu koridor tu dengar pun takpelah, dia dah biasa hadap perkara memalukan dalam hidup. Dasar muka tembok!

Tap tap tap

"Haneul!" katanya lantang di hadapan pintu kelas. Hampir semua mata memandangnya, ada yang siap menjuih-juih mulut buat muka menyampah macam tapir kena tampar.

Ara cuba berprasangka baik, mungkin mereka mengalami ulser kronik, bukan setakat dalam mulut mungkin dalam tekak juga. Tu yang pasal masing-masing buat muka hodoh di pagi hari yang tak berapa bahagia ini.

Aku angkat muka, tercengang juga aku tengok si Ara tu berdiri dengan kedua-dua tangan terdepa macam tu. Dia tu sudahlah tinggi, apabila dia buat macam tu nampak macam labah-labah pun ada. Jangan-jangan, dia ni pelakon back up untuk cerita Lelaki Labah-labah: Tiada Jalan Pulang agaknya.

Sekeping kertas yang agak keronyok sedikit aku gumpal-gumpal. Hati aku sebal melihat isi surat layang itu tetapi aku senyapkan sahajalah. Aku ni siapa je kat sekolah ni nak kecohkan hal sebegini?

Ara mengetap-ngetap bibir, dia menyingsing lengan baju sebelum menapak mendekati aku. Entah kenapa, seakan-akan semua mata memandang kami berdua, dan juga Byungho yang berdiri di sebelah aku.

Byungho tahu isi surat tu, dia kan jiran sebelah meja aku. Mestilah nak jadi insan paling prihatin, takdelah aku bagitahu dia pun cumanya Byungho ni haa yang nak tahu sangat. Terpaksalah aku cerita.

"Kau okay tak, Haneul? Ada apa-apa jadi kat kau tak?" tanya Ara, kelihatan nada tegas. Siap bercekak pinggang gaya Mak Jemah.

"Aku okay je," jawab aku ringkas, malas nak besar-besarkan cerita. Biarlah tutup sampai sini je.

"Tak, Haneul tak okay, Ara. Kau kena tolong dia!" celah Byungho yang dari tadi sekadar menjadi pemerhati. Siap goyang-goyangkan bahu Ara lagi tu, memang nampak sangat riak risau dan kebimbangan tahap angkasa lepas di wajahnya.

"Aku dah agak dah. Bagi sini kertas tu!" Ara merampas kertas misteri itu dari tangan aku, jarinya laju membetulkan kertas yang memang dah keronyok macam apa je.

Aku telan air liur, cuba berlagak tenang. Sudahlah hampir satu kelas pandang-pandang kami semua.

"Nak kena orang ni!" Ara menepuk meja Byungho. Byungho pula yang risau, silap hari bulan boleh roboh 4 kaki mejanya itu. Dahlah harta milik kerajaan, dia tak nak dituduh melakukan vandalisme. Habis tercemar nama baiknya macam pencemaran sungai.

"Baik korang mengaku, siapa yang tulis surat ni lepas tu bagi kat Haneul?" tanya Ara dengan kuat, matanya tajam memerhatikan setiap wajah pelajar kelasnya, yang mana yang nampak mencurigakan boleh masuk dalam senarai suspek.

• m&m • kim doyoungWhere stories live. Discover now