× 18 ×

323 84 13
                                    

Kepala aku sandarkan pada tingkap bas yang tertutup separuh itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kepala aku sandarkan pada tingkap bas yang tertutup separuh itu. Angin menderu-deru masuk, dan aku berasa nyaman dengan keadaan seperti itu. Tenang, walaupun hanya untuk seketika.

Sesekali aku mengerling ke arah Doyoung yang duduk di sebelah aku. Dia sedang memakai earphone, mungkin tengah dengar lagu kegemarannya. Ataupun sekadar pakai sebagai tanda dia tak mahu diganggu. Tak tahu, aku buat andaian je.

Sebenarnya aku rasa kurang selesa dia duduk di sebelah aku tetapi aku tak naklah halau dia pula. Lagipun, dia teman aku balik ni dah kira cukup bagus walaupun aku tak minta pun.

Fikiran aku menerawang teringatkan omma, teringat kata-kata doktor yang merawat omma.

"Omma awak berkemungkinan selepas ini perlu selalu datang untuk buat pemeriksaan kesihatan, dan jangan skip ubat. Kalau boleh, jangan bagi dia buat kerja berat lepas ni, banyakkan rehat je."

"Dan satu lagi, saya minta awak janganlah minta tangguh lagi pembayaran, sebabnya nanti akan menyusahkan banyak pihak."

"Mana aku nak cari duit lagi ni?" Aku pejam mata rapat-rapat, tanpa sedar air mata aku mengalir. Beratnya dugaan ni.

Dalam hati aku menyumpah. Aku bukannya tak nak bayar tetapi kami memang betul-betul tiada wang, wang simpanan pun hampir habis. Nak sara kami adik-beradik. Sakit omma pun bukannya makin baik, makin teruk adalah.

Aku tak tahu nak salahkan siapa. Salahkan doktor yang tak memahami keadaan kami, ataupun salahkan diri sendiri yang tak mampu nak sediakan wang secukupnya. Aku buntu.

"Haneul." Satu tangan hinggap ke atas bahu aku, membuatkan aku tersentak. Cepat-cepat aku seka air mata, ini bukan tempat yang sesuai untuk aku buat drama air mata kat sini.

Aku cuma, tak mampu nak kawal perasaan aku sendiri.

"Awak okay?" tanya Doyoung, jelas kelihatan riak wajahnya risau. Mana taknya, tiba-tiba ada orang menangis di sebelah siapa je tak gelabah?

Aku sekadar mengangguk, malas nak buka cerita. Lagipun tak penting untuk Doyoung tahu. Cukuplah aku simpan masalah ni sendiri.

Lagipun kami bukannya rapat. Err mungkin sejak akhir-akhir ni jelah. Itu pun aku tak tahu kenapa, kebetulan mungkin. Atau... memang Doyoung ada niat tertentu? Aku tak tahu.

"Saya tahu awak tak okay. Tapi takpelah kalau awak tak nak cerita pun." Doyoung ketap bibir.

"Saya cuma nak awak tahu, awak bukan seorang kat dunia ni. Bila-bila masa kalau awak nak luahkan masalah awak, akan ada orang akan dengar dan bersama dengan awak," sambungnya sebelum tiba-tiba dia meraih tangan aku.

"Salah seorangnya ialah saya. Ingat apa yang saya cakap," katanya lalu tersenyum nipis. Entah kenapa muka aku berbahang, cepat-cepat aku tarik tangan aku.

Suka hati je dia ni pegang-pegang aku. Nak tegur rasa jahat pula haih kadang-kadang aku fikir, aku ni selalu layan orang buruk sedangkan orang tu berniat baik je dengan aku. Macam apa yang Doyoung buat.

Aku cuma tak reti nak ekspresikan rasa menghargai aku. Mungkin aku kena belajar selepas ini.

Doyoung masih lagi tersenyum. Tangannya dimasukkan dalam poket seluar. Dia tidak ambil hati dengan reaksi dingin gadis itu, serius. Sebab dia faham, memang personaliti gadis tu macam tu.

Dan disebabkan personalitinya yang lain daripada orang lain membuatkan Doyoung tertarik untuk dekat dengannya. Ikhlas.

-----

"Awak turun kat sini?"

Doyoung mengangguk, dia melihat bas yang tadi dinaiki berlalu meninggalkan kami berdua sebelum pandang muka aku sekali lagi.

"Kan saya kata nak temankan awak? Saya temankan awak sampai rumah. Bahayalah awak jalan seorang," katanya. Dia masih lagi tersenyum, macam biasa.

Jujur aku katakan, jarang sekali nak nampak reaksi wajahnya yang lain. Doyoung memang selalu senyum, dan aku rasa kalau muka biasanya pun dia nampak seperti tersenyum. Membuatkan wajah dia nampak menarik untuk dipandang dan nampak kacak di mata pelajar-pelajar perempuan di sekolah.

Apa yang aku merepek ni?

"Kenapa awak tepuk dahi awak?" tanya Doyoung seraya tergelak. Kelakar sangat ke? Aku tak rasa aku ada buat persembahan lawak solo ke apa kat perhentian bas ni.

Dan aku tak perasan pun aku tepuk dahi tadi. Malu pula aku, nampak sangat aku fikir bukan-bukan tadi.

'Comel,' bisik hati Doyoung. Walaupun sebenarnya dia tak tahu kenapa gadis itu berbuat demikian, namun perlakuannya tetap nampak comel di matanya. Sudahlah gadis itu kecil dan rendah sahaja berbandingnya, kalau hendak melihat wajah perempuan itu pun paling-paling dia perlu menunduk sedikit.

"Saya tiba-tiba teringat saya kena pergi beli barang dapur." Nasib sempat otak aku berfikir cari alasan. Mati aku kalau terlepas cakap tadi. Nanti entah apa-apa dia fikir pasal aku.

Haneul, ingat diri sikit!

"Oh, kalau macam tu saya temankanlah. Apa kata kita pergi pasar raya yang baru buka tu? Tu pasar raya pak cik saya." Sempat Doyoung promote, selagi ada peluang selagi tu dia promote. Bila lagi nak jadi anak saudara berguna kan hehehehehe.

"Oh, pasar raya tu." Aku jadi mati kata. Aku tak pernah pergi sana. Sempat aku berkira-kira, takut tak cukup pula bajet aku untuk membeli. Selalunya aku beli sahaja di kedai runcit.

"Jangan risau, pasar raya tu masih buat diskaun lagi sekarang tau! Sebab dia nak tarik pelanggan datang," kata Doyoung lagi, tak putus asa untuk cuba mengubah fikiran gadis itu.

Sebenarnya dia cuma ingin bersama dengan gadis itu lebih lama, itulah sebabnya dia memilih untuk menemani gadis itu walaupun agak renyah juga untuk dia pulang ke rumah semula nanti.

Tetapi dia tak kisah, asalkan dia dekat dengan gadis dingin ini.

"Okay." Doyoung tersenyum lebih lebar. Rancangannya berjaya. Dan dia berharap rancangannya selepas ini juga turut berjaya.

-----

Perghhhh nak dekat chapter 20 baru nak ada interaction Haneul dengan Doyoung, korang jangan expect apa-apa dengan aku. Aku memang camni tulis terabur 😂😂😂 bertabah jelah ya. Kalau nak aku update lagi cepat, rajin-rajinlah muncul di ruangan komen. Aku memang akan reply semua jangan risau :))

Vote and comment ❤️

• m&m • kim doyoungWhere stories live. Discover now