× 34 ×

296 72 10
                                    

"Hajoon minta maaf," katanya, dia menunduk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hajoon minta maaf," katanya, dia menunduk. Air teh panas yang masih berasap di hadapannya tidak disentuh lagi.

Aku hanya senyap, rasa marah ini membuatkan aku tak mampu nak susun ayat di dalam minda aku. Sedari tadi, aku hanya berdiam diri mendengar kata-kata adik lelaki aku.

Aku tahu, niat dia hendak membantu aku menyara keluarga ni tetapi kenapa dia perlu sorokkan hal ini daripada aku? Bukankah dia boleh sahaja duduk berbincang dengan aku?

Lagipun aku tahu, yang dirinya sering dibanding-bandingkan dengan aku dalam akademik, sama ada dalam kalangan guru-guru atau pelajar. Aku tak nak perkara tu berlaku dan aku tak minta. Mudah sekali orang luar untuk membandingkan, apa mereka ingat walaupun adik-beradik, ada kemampuan, kemahiran dan personaliti yang sama?

Jauh di sudut hati Hajoon, aku tahu dia terasa dengan apa yang orang sekelilingnya kata walaupun dia tak pernah sekalipun mengatakan perkara itu. Aku tahu. Disebabkan itulah aku sokong dia apabila dia hendak menyertai sukan di sekolah, sebab aku tahu itu kemahiran yang dia ada, yang aku tiada.

Dan aku tak nak ada perkara lain yang menganggu akademiknya, misalnya bekerja separuh masa. Cukuplah aku seorang.

Keadaan sunyi sepi di antara kami yang berada di ruangan dapur ini. Adik-adik pun sudah lama tidur. Hanya kami berdua.

"Kalau noona...nak Hajoon berhenti kerja, Hajoon buat. Hajoon ikut cakap noona, maafkan Hajoon," katanya lagi, perlahan. Mungkin dia sendiri rasa berat hati untuk melepaskan kerjanya.

Aku faham, tetapi aku rasa itulah yang lebih baik untuknya.

"Baguslah kalau macam tu." Aku bingkas bangun, cawan dibawa ke singki, dibasuh lalu diletakkan di atas rak sebelah singki. Aku berlalu pergi meninggalkan Hajoon berseorangan di dapur.

Hajoon hanya menghela nafas berat. Wajah diraup, memang berat rasanya tetapi dia terpaksa.

-----

"Haneul!" Bunyi derapan kaki seakan-akan orang berlari kedengaran dari belakang. Aku toleh belakang, Doyoung rupanya. Seperti biasa.

Dia termengah-mengah seketika, dia tarik tangan aku. "Kejap!" katanya dengan suara yang terputus-putus. Penat sangat dah tu.

"Saya nak tanya sesuatu."

"Tanya apa?" Aku pandang dia yang menepuk-nepuk dadanya seketika.

Dia pandang aku. "Saya nak tanya, pasal Hajoon," katanya. Dia membetulkan beg galasnya yang melorot jatuh dari bahu kesan daripada dia berlari tadi.

"Kenapa dengan Hajoon?" Aku angkat kening, dah kenapa pula Doyoung nak ambil tahu pasal adik aku?

Aku sebenarnya menyimpan rasa curiga dengan Doyoung. Kenapa dia sepertinya rapat dengan adik aku? Sebelum-sebelum ni pun, kalau dia nak bagi apa-apa kat aku pun mesti dia petik nama adik aku. Hajoon pun, di rumah selalu juga bercerita tentang Doyoung.

• m&m • kim doyoungWhere stories live. Discover now