Apartment worgh!

59 2 9
                                    

MEREKA berdua yang tadinya bergaduh, sekarang berkelip-kelip mata memandang ke bawah.

"Worgh!" Bunyi tersebut datang dari arah bawah. Pagar balkoni milik si lelaki dipegang oleh seekor zombi yang ingin memanjat naik ke arah rumahnya.

Mereka berdua terkaku. Mata mereka terbutang luas. Lelaki itu menutup rapat bibirnya tidak mahu mengeluarkan bunyi.

"Arghh!" Gadis itu menjerit ketakutan. Melihat sahaja rupa zombi yang compang-camping dengan berlumuran darah hanyir, matanya pula berwarna kelabu putih dan mulutnya seperti terkoyak besar membuatkan gadis itu menggigil ketakutan.

Lelaki itu menelan air liur dengan gugup. Dia melihat ke arah gadis yang berwajah pucat di sebelah balkoninya kemudian ke arah zombi yang semakin menghampiri dengannya.

Lelaki itu melihat sekeliling sebelum pandangannya jatuh pada sebatang penyapu yang berada di sudut balkoni itu. Dia mengambil dan menggenggam penyapu itu dengan erat. Kemudian dia mengangkat penyapu itu dengan tinggi lalu...

"Arghh!"

NAFASNYA naik turun. Seperti hendak kehilangan jantung sudah. Air liur ditelan gemuruh. Misha yang dari bawah meja, mengintai ke arah langsir balkoni dengan ketakutan. Sudah pastikan dirinya selamat, Misha berbaring lega.

"Apa yang jadi sebenarnya ni?" bingung Misha sendirian. Dia mengangkat kepala untuk memandang ke arah sekeliling rumahnya yang sudah gelap itu. Kesemua langsir sudah ditarik menutupi tingkap. Pintu, tingkap serta pintu balkoni juga dikunci rapat.

Tiba-tiba gambaran rupa zombi tadi menerjah masuk ke dalam fikirannya membuatkan dia serta merta memejamkan mata. Kepala digelengkan supaya imej itu hilang dari fikirannya tetapi ia tetap kembali dan membuatkan dia naik seram.

PAGI sudah kembali, seorang lelaki menarik kerusi dan meletakkan mangkuk di atas meja. Bijirin diambil dan dimasukkan ke dalam mangkuk bersama susu. Dia makan dengan perlahan setelah membaca basmallah.

Shafi makan dengan tenang. Sambil mengunyah dia termenung.

"Hmm, sedap." Shafi bersuara bersama anggukkan kecil. Dia kembali termenung. Kali ini memikirkan tentang kejadian semalam yang berlaku kepadanya dan jirannya itu.

Zombi itu semakin mendekat. Jika zombi itu memanjat satu langkah lagi zombi itu sangat hampir dengan Shafi.

Dia bersedia bersama penyapu. Penyapu diangkat lalu dia menunjal kepala zombi berwajah gerun itu dengan sekuat hati. Dia memandang ke arah gadis di sebelah balkoninya yang sudah memucat bersama mata yang membulat besar.

Shafi kembali melihat ke bawah apabila terdengar sesuatu yang kuat jatuh ke bawah.

"Arghh!" Shafi pantas berpaling memandang gadis disebelahnya. Melihat gadis itu jatuh terduduk buatkan Shafi mendekati hujung balkoni.

Kompilasi Cerpen QAZ Where stories live. Discover now