Apartment worgh! Part 2

9 0 0
                                    

MISHA membuka aplikasi Instagram miliknya. Dahi berkerut apabila tiada berita mengenai zombi di dalam aplikasi tersebut. Dia mula menaip sesuatu mengenai apartmentnya.  Semakin berlapis dahinya melihat tiada informasi mengenai zombi.

"Ke sebab orang luar tak tahu pasal hal ni? Dia orang semua dah jadi zombi ke?" bingung Misha sendiri. Terasa rimas, dia mengusutkan rambutnya. 

Kemudian, dengan rasa putus asa dia bangun hendak ke bilik belajarnya. Daun pintu ditolak lalu dia dengan malasnya duduk di sudut yang dihiaskan dengan beberapa buah bantal bersama selimut kait. Karpet berbulu berwarna coklat cair pula dijadikan pelapik.

Buku yang berada di situ dia ambil lalu membacanya. Dia tahu dia tidak patut membaca buku dalam keadaan begini tetapi dia betul-betul dalam keadaan bingung sehingga tidak dapat berfikir. Buku yang dipegangnya juga terbalik, menunjukkan betapa kelirunya dia. Mata yang menatap buku itu juga seperti sedang termenung. 

Misha yang baru tersedar dari termenung, mengetuk perlahan kepalanya pada dinding di sebelah kanannya beberapa kali. 

PUK! 

"YA ALLAH!" Shafi terkejut mendengar bunyi itu. Dia yang ketika itu sedang mencari informasi tentang 'cara melawan zombi' di dalam komputer ribanya di meja kerja, menolak dirinya menyandar pada belakang kerusi yang dia duduk. Tangan yang berada di komputer riba juga ditarik rapat ke badannya. Dia dapat dengar dengan jelas bunyi itu datang dari arah dinding yang berada di hadapannya. 

Shafi menarik nafas, mengumpul tenaga.

"Asal kau takut sangat ni, Fi? Kau lelaki sejati, kan! Jangan jadi penakut!" Dia cuba bersihkan mindanya dengan kata-kata semangat. Dadanya juga ditepuk kuat memberi semangat.

Setelah menarik nafas, dia kembali fokus pada komputer ribanya. Pelbagai informasi dia dapat. Entah betul atau tidak informasi tersebut. Dia tidak kisah, asalkan dia dapat keluar dari situ.

Sudahlah dia itu belum berkahwin. Jika dapat keluar daripada apartment itu dengan selamat, dia akan terus mencari pasangan. Tidak kiralah gadis itu dia kutip dari tepi jalan sekalipun, dia akan menerima dengan hati terbuka. Hanya perkara itulah yang berlegar di fikirannya ketika itu.

MISHA menggosok kepala yang terasa sakit. Hari ini saja sudah beberapa kali dia terhantuk kuat. Jika dia hilang akal nanti disebabkan terhantuk, jangan peliklah.

"Nak buat apa ni? Aku dah pening nak fikir ni." Misha menyilangkan tangan di dada sambil menyandarkan badan pada dinding. Kakinya juga dilunjurkan.

"Kau boleh!" 

Misha kejung. Suara itu, suara orang lelaki. 

"Ada orang curi-curi masuk rumah aku ke?" Misha bangun dengan berani untuk memeriksa rumahnya. 

"Ada ke pencuri time macam ni?" Dengan penuh berhati-hati, Misha melangkah ke ruang tamu. Melihat tiada sebarang bayang-bayang manusia, dia menggaru kepala. 

"Ah, aku lupa aku terhantuk tadi! Mungkin suara dalam kepala aku je... Kot?" Dia mengangkat bahu lalu kembali ke dalam bilik belajarnya.

"Arghh!"

Sekali lagi Misha kejung tatkala dia mendengar bunyi itu.

SHAFI mengurut dada apabila tenang daripada terkejut. Gambar yang terpapar di komputer ribanya dia tutup lalu terus menutup komputer ribanya. Wajah zombi yang dilihatnya tadi tidak kurangnya dengan zombi yang dia tolak semalam. 

"Kalau macam ni aku dah terkejut, macam manalah aku nak hadap zombi yang ada dalam apartment ni?" bisiknya sendiri.

TOK! TOK! TOK!

Kompilasi Cerpen QAZ Where stories live. Discover now